Pages

Tuesday, February 8, 2011

25 perkara...

...tentang saya...?

  1. Anak sulung daripada 2 beradik, merangkap anak bongsu perempuan (nak jugak gelaran bongsu tu :p)
  2. Diijabkabulkan di usia 26 tahun dengan jejaka Kelantan
  3. Suka makan makanan yang pedas terutama masakan yang berwarna merah (asam pedas, goreng berlada, sambal tumis, etc)
  4. Suka ambil gambar dan minat dengan seni fotografi
  5. Dulu-dulu selalu rasa tak best jadi anak sulung. Asyik kena mengalah je dengan adik..huhu. Tapi bila ada anak sendiri, baru terasa bertuah dilahirkan sebagai anak sulung. Semua orang sayang! (Err..dah tua-tua ni orang sayang lagi ke? :p) Ye la, anak sulung kan anak yang paling ditunggu-tunggu tapi rasanya jadi anak bongsu lagi best daripada anak sulung...boleh manja lebih-lebih sikit :p
  6. Masa anak dara dulu (terutama zaman kampus) lebih suka ke mana-mana sorang-sorang sebab tak suka menunggu orang dan tak suka juga buat orang tertunggu-tunggu. Bila dah kahwin, tak nak ke mana-mana tanpa suami di sisi walaupun ada anak yang menemani
  7. Pendiam, pemalu, sensitif, suka memendam rasa, perahsia
  8. Suka menulis sebab tu melibatkan diri dengan dunia blog. Dah jatuh cinta dengan dunia blog sebab selain dapat mencatat sesuatu di blog sendiri, dapat ramai kenalan maya di samping peroleh ilmu-ilmu yang bermanfaat daripada blogger lain
  9. Pernah berangan nak jadi penulis novel tapi rasanya macam takkan jadi nyata je angan-angan tu sebab imaginasi tak cukup tinggi
  10. Tak pernah sangka dapat menjejakkan kaki di negara 4 musim. Sekarang ni dah hampir 2 tahun berada di US. Alhamdulillah, rezeki dapat merasa kehidupan di rantau orang dan dah merasa keempat-empat musim yang sungguh indah!
  11. Sedara-mara selalu kata dalam mulut ni ada banyak emas...sebab tu susah nak 'bukak' mulut, takut emas berterabur :p
  12. Sangat tak berbakat dalam seni lukisan. Masa sekolah dulu, kerja-kerja seni semua mak yang yang buatkan..ngee~
  13. Tak reti dan segan minta pertolongan orang lain sebab takut menyusahkan dan tak nak terhutang budi dengan orang
  14. Pembawa thalassemia
  15. Berdarah campuran Melayu, Cina, Jawa dan Bugis. Terjawab le dah kan kenapa muka saya dan Safiyyah macam Cina :)
  16. Berketurunan pipi kembung tapi badan kurus kering (betul, memang keturunan..tak tipu). Mak saya, mak-mak sedara saya (yang perempuan la kebanyakannya) semuanya tembam dari kecik sampai la besar padahal kurus je semua. Dah berusia baru la hilang pipi kembung tu. Jadinya, selagi pipi saya kembung tapi badan kurus kering, maknanya saya masih muda la (perasan! ahaha..). Nampak gayanya menurun juga sifat yang 1 ni pada Safiyyah *wink*
  17. Kecik-kecik dulu tak nak makan nasi kalau takde sambal tumis ikan bilis. Hari-hari la mak kena masak sambal tumis ikan bilis (jadi lauk wajib setiap hari). Isy, isy...kecik-kecik dah pandai demand :p. Oh, bila usia semakin bertambah, kurang minat pulak ikan bilis
  18. Sangat sukakan roti terutama roti Gardenia
  19. Pernah accident masa di USM. Saya naik motor, saya langgar kereta orang :p. Alhamdulillah luka sikit je. Kebetulan masa tu saya dalam tempoh bertunang. Orang kata sebab berdarah manis tapi saya lebih percaya itu adalah peringatan Allah buat saya atas dosa-dosa saya
  20. Takde kampung. Kesian, kan? Walaupun mak ayah saya orang Perak, tapi saya takde kampung kat Perak tu sebabnya arwah atuk dan opah (baik belah ayah mahupun belah mak) dah lama berhijrah ke KL bertahun-tahun sebelum saya lahir lagi. Tiap-tiap tahun, orang lain semua beraya kat kampung, kami beraya kat KL :p
  21. Air mata jadi peneman setia dan penawar terbaik di kala berduka dan punya masalah
  22. Masa majlis kenduri kahwin belah suami saya dulu, saya hampir-hampir nak ajak ayah patah balik, tak nak pergi Temalir, Kuala Krai sana tu sebab jauh sangat di pedalaman, macam di hujung dunia :p. Kiri kanan hutan, rasa macam lama dah dalam kereta tapi tak sampai-sampai lagi padahal masa tu bertolak dari bandar Kuala Krai je pun. Tak keruan duduk dalam kereta. Rasa nak menangis pun ada (ahaha..teruk betul!). Tapi bila sampai rumah mertua, terjatuh hati pulak...memang betul-betul kampung. Nyaman je. Pagi-pagi sejuk. Takde kampung sendiri, dapat tumpang kampung suami pun jadi la :)
  23. Sejak kecik suka sangat pakai inai daun sebab suka baunya yang wangi. Tiap-tiap tahun tak pernah missed pakai walaupun orang kata kalau selalu pakai inai, nanti masa kahwin jari berinai tak naik seri. Tapi tak suka inai dibuat bercorak-corak kat tangan...nampak buruk la (pada mata saya la nampak buruk, mata orang lain mungkin nampak cantik)
  24. Penakut belon. Nampak je orang tiup belon, cepat-cepat tutup telinga. Bila belon tu makin besar ditiup, saya dah jerit dulu walaupun belon tu tak meletup pun lagi :p
  25. Pernah digelar 'tauhu comel' oleh salah seorang ex-roommate di USM dulu (dia siap letak nama saya sebagai tauhu comel dalam handphone dia :p) gara-gara hampir setiap hari saya makan tauhu (tauhu goreng berlada)

Dah siap! Hee...ni tag sebenarnya...dari Lady Lavender. Ok kak...Nadiah dah lunaskan hutang akak ni. Harapnya puas hati ye :D

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."


Erk..kena tag 25 orang pulak??

Saya tag semua la yang baca entry ni! Ngee~


p/s: sape-sape yang rajin buat tag, buat la ye...boleh saya baca :)

17 comments:

al-lavendari said...

dapatlah kenal awak lebih sikit melalui tag ini. kita ada persamaan dalam perkara 8, 10 dan 12.

saya dah pernah kena tag yang sama dulu !

~ yus ~ said...

no 1 sampai 6 kita sama..hehe

~ yus ~ said...

oops, salah, no 2 berbeza sama sekali, kahwin umur 25, org johor...hehe

sweet life said...

InsyaAllah sy pun nak buat lah.. :P
sbb tak de entry tuk blog saya.. ngeeehhhhh~

Lady Lavender said...

TQ nadiah...love to read all the 25 things about u. Lepas ni boleh la akak panggil nadiah 'tauhu comel' heehee..

Zefa NorAsmara said...

Salam nadiah aka tauhu comel.. hehe.. 25 yg menarik.. :-)

lina said...

nadiah seronok baca..tp akak tak sempat la :)

studioukm said...

"Pendiam, pemalu, sensitif, suka memendam rasa, perahsia"

...ermmm....macam tak percaya jer...(*melalui tulisan dalam blog...)

Nieza said...

assalam nadiah..best baca story nadiah ni...tapi akak pun kena tag juga tapi lum kesempatan nk buat lagi..:)

ishamizu said...

Salam ziarah kembali dr London, UK.
Terus tau serba sedikit ttg Nadiah yg kecik molek ni..;)

TQ for sharing those 25 random things abt you. :)

Nadiah Sidek said...

al-lavendari: tak berbakat dlm seni lukisan jgk? ada juga geng saya..hehe..

yus: anak sulung juga ye? :)

sweet life: buat la..nnt akak baca..hehe..

lady lavender: dah tak valid la kak tauhu comel tu..dah jarang makan tauhu dah :D

Nadiah Sidek said...

k.zefa: hehe..

k.lina: bila2 kak lina free buat la..boleh nadiah baca ;)

studioukm: yg tak pernah kenal saya di alam realiti mmg susah nak percaya. nak tahu saya yg sebenar2nya boleh tanya mereka2 yg kenal saya di alam realiti :)

k.nieza: nnt akk free buat ek :)

ishamizu: mcm mana boleh tahu saya ni kecik? hehe..

Chik Na said...

hmm... fakta menarik..sama macam hubby suka makan masakan yang berwarna merah..

ibunaznoy said...

salam nadiah,
saya pun ada kwn yg pipi kembung tp kurus,heeee..

Ummi Hanie said...

weee..kak nadiah...org perak rupenye...bagus juge tag ni kan..dpt brkenalan lebih sikit ;) nk tanye lebih2 malu ;p

kak,byk persamaan jugakla kite ni tambah2 point no. 7 , 11 , 12 dan 21 . :) sonok jumpe geng . mmg Hanie pun jenis mulut berat maybe coz ank bongsu kot , tau sembang dgn mak aje ;p

kakyong said...

kakyong pun suka tauhu goreng berlada... ada bbrp perkara yg ade sedikit kesamaan dgn nadiah... ;)

idasm said...

suka baca 25 perkara ni. byk yg kita dpt tahu dan jd lebih kenal...
insyaallah ada masa kak ida nak buat jugaklah... hehe...

- samalah kita - anak sulung dan suka sgt pakai inai... hehe