Pages

Monday, May 23, 2011

Malaysian Sunday Lunch

Makan tengahari bersama Malaysian di Omaha. Aktiviti kami semalam :). Atas inisiatif kak Ellie, dapat juga kami kenal dan jumpa dengan Malaysian yang ada di Omaha. Sebelum ni tak tahu pun ada Malaysian terutama Melayu di Omaha. Kenal kak Ellie pun dari Facebook melalui Pak Dan. Kak Ellie pun tak tahu ada Melayu kat Lincoln ni sebelum diberitahu Pak Dan.

Rupanya ada 5 keluarga Melayu di Omaha termasuk kak Ellie! Eh, ke 6 keluarga. Lupa pulak berapa kak Ellie sebut semalam. Dan kesemua mereka bertemu jodoh dengan rakyat sini. Dah bermastautin di Omaha le dah pun :)


Shakir dapat skill baru di rumah kak Ellie! Dah boleh angkat kaki tinggi-tinggi macam tu ^_^


Makanan. Masing-masing bawak sorang sikit. Pot luck style. Kak Ellie awal-awal lagi dah request keropok lekor :D. Jadinya kami bawak keropok lekor la. Macam biasa...suami saya la tukang buatnya..hihi. Sementara suami saya buat keropok lekor, saya buat kuih cara manis ;)


Ni menu yang kak Ellie sediakan. Siap ditulis lagi :D


Selain suami saya, yang lainnya adalah warga Omaha. Dari Lincoln, hanya kami dan Hafiz sekeluarga je yang dapat hadir. Terasa macam kat Malaysia pulak. Melayu, Cina, India semua ada masa ni :)


Sementara mak ayah masing-masing bersembang, anak-anak dilepaskan di laman belakang. Best la rumah kak Ellie ni. Laman belakangnya luas betul. Seronoknya kalau rumah sendiri nanti ada laman macam ni jugak


Shakir dengan aunty Arfah dan aunty Ellie


Safiyyah jumpa bunga kat laman belakang rumah kak Ellie


Kami berempat ♥


Muka-muka yang balik paling lambat (kecuali kak Ellie la). Dah dekat pukul 6 petang baru kami balik
*gambar ni dari kamera kak Ellie*

15 comments:

Fazlinil Irma said...

memang seronok bila dapat berkumpul. saya pun geram tengok laman belakang tu. besar..!

mimmie said...

safiyyah main bola pakai skirt...hhehehe..bila kat rantauan .. jumpa rakyat malaysia mesti terasa mcm ada kat negara sendiri kan kak..

yatie chomeyl said...

shakir makin bulat, gerammm

Mek Rose said...

bertuah kamu syakir bersalin kat negara omputeh..kamu pon jd putih melepak cam orgputeh eeheheh

Izan Ishak said...

wahhh... luas sgt laman tu. seronok safiyyah tgk bunga2 tu ye~

Syigim said...

seronok tgk family nadiah, comel2 belaka ;) best kan berkumpul sesama msians kat oversea ni. esp dpt makan mcm2 msian food :)

eB said...

nanti eB pn nk try wat keropok lekor tuh... mmg nmpk cam sedap :)

Kamalia said...

ni kena cuba ni keropok lekor husband nadiah..mmg seronok kan dpt kumpul ramai2 mcm tuh,smbl mkn2..safiyyah cute je pakai skirt flower2 tu..

dinor's family said...

meriahnya...happy je....

Mehjabeen Arif said...

Beautiful Post..

New to ur space and Following U :)

Do visit me as time permits
http://comeletseat.blogspot.com

transformed housewife said...

banyak mknan2 tu. seronok mkn ramai2 kan.

Kopiah Senget said...

Beautiful photos, great experiences and cheerful families!

Nadiah Sidek said...

irma: tu la..suka sgt dgn laman belakang tu. besar!

cikmimmie: pakaian alaf baru main bola..hihi..

yatie: baru bulat sikit :D

rose: hahaha..

k.izan: a'ah, suka dia dgn bunga tu

syigim: yup! at least dpt jgk mkn malaysian foods yg dimasak org lain ;)

Nadiah Sidek said...

eb: cuba la ;)

k.kamalia: a'ah, seronok sbb rasa mcm kat malaysia :D

dinor's family: ;)

mehjabeen arif: tq!

transformed hw: seronok!

kopiah senget: tq :)

MiSz ZuE said...

seronok bila dapat berkumpul mcm nie..lebih2 lagi di perantauan