Pages

Thursday, November 1, 2012

Aidiladha keempat di Lincoln

Raya pertama
Orang lain makan juadah istimewa di pagi raya tapi kami anak-beranak makan cucur bawang di pagi raya! Hihi. Sampai ke pagi raya tak dapat buat keputusan juadah apa yang mahu dimasak, akhirnya goreng cucur bawang je ^_^. Tengahari barulah saya masak nasi beriani berserta kari daging. Ini pun bukan sebab raya masak nasi beriani. Beberapa hari sebelum tu lagi teringat-ingat nak makan nasi beriani...makanya jadilah nasi beriani sebagai juadah tengahari dan malam kami untuk raya pertama ^_^.




Raya kedua
Buat jamuan raya kecil-kecilan sahaja dengan menjemput anak-anak teruna dan dara. Petang sebelumnya baru buat keputusan nak ajak adik-adik ni makan di rumah. Sebelum tu terfikir nak buat rumah terbuka Aidiladha secara potluck tapi tak jadi. Tiba-tiba petang raya pertama tu pula suami kata buat jugalah jamuan untuk adik-adik ni.

Anak-anak teruna yang sampai dulu hari tu. Laju je mereka makan. Lepas semangkuk, semangkuk pula lagi, lepas tu semangkuk lagi. Macam dah seminggu tak makan..hihi. Seronok tengok mereka makan tapi dalam hati risau juga makanan habis sebelum anak-anak dara tiba.


Oh, saya hanya masak ketupat soto je. Biskut raya tu pemberian Aizat. Aidiladha ni saya tak buat biskut raya...tak rajin.


Alhamdulillah, makanan cukup untuk semua cuma ada yang tak dapat makan bergedil. Suka ajak adik-adik ni datang makan di rumah, gerenti licin. Perut saya yang lapar sebelum tu pun jadi kenyang tengok adik-adik ni makan bertambah-tambah.


Sempat juga saya buat sebiji kek. Lemon Coconut Cake. Ini pun atas permintaan suami. Katanya dah lama saya tak buat kek. Dia sendiri yang pilih kek apa yang dia nak saya buatkan :).



Raya ketiga
Menghadiri majlis raya; Nebraska Eid Al-Adha, Kurban Bayrami Celebration 2012 anjuran Intercultural Dialog Group (IDG) of UNL.

Bayrami = eid (dalam bahasa Turki). Kurban Bayrami = Eid Al-Adha = Hari Raya Aidiladha :).




Anak-anak buat dewan ni macam mereka yang punya. Safiyyahlah terutamanya, hanya berada dengan ummi dan papanya ketika makan sahaja.


Kids fashion show. Safiyyah dan Shakir juga jadi model. Model bidan terjun ^_^. Cenderahati untuk budak-budak masih banyak, jadinya penganjur panggil semua anak-anak dari setiap negara. Safiyyah dan Shakir tentulah mewakili Malaysia ;). Semata-mata tunjuk muka di depan, dapatlah mereka ole-ole untuk dibawa pulang. Safiyyah dapat rantai mak datin berserta magic wand, Shakir pula dapat kereta mainan dan sebiji bola :).


Makan! Nyum, nyum. Alhamdulillah, kenyang.




9 comments:

yatie chomeyl said...

wah meriahnya smp 4 hari beraya hehe

kakyongnida said...

meriahnya raya kat sana =)

Anonymous said...

seronok jugak beraya di perantauan kan...ada adik2 yg sudi datang...^^

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

meriah giler org kat sana beraya mcm rasa poser la pulak...omg cake sedapnyerrrrr...ai dah lama x baking ni :(

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bila diperantauan sahabatlah yg memriahkan suasana... bagus Nadiah ni hilang rindu adik2 niw

transformed housewife said...

byk acara walaupun raya Haji ye.

Oyis said...

org2 arab/ turki/ middle east mmg kalo dgn kanak2 sgt diorg memuliakan dan buat mcm2 utk menghappy kan. coklat / hadiah mmg x tinggal. even pada hari raya qurban yg lps, saya hntr Aisyah ke sekolah (friday), spjg2 jln ke sekolah kalo ada bapa2 or emak2 Muslim yg lain yg sama2 bwk anak ke sekolah bagi aisyah coklat. segan plak sbb saya x prepare apa2, sungguh! raya pertama pon saya masak utk family je, ada jg tetamu yg dtg, then tambah2 dgn bakar puff pastry segera hihi

radziah AR said...

safiyyah pakai kasut sendiri?....adakah terbalik kasut tu?

nurbijen said...

mmg seronok bila tgk org makan masakan kita kan? Apatah lagi bila bertambah2 :)
Ramai jugak student kat sana..