Ada sesiapa terliur? ^_^
Cengkerik goreng ni antara juadah yang disediakan di majlis ESA (Entomological Society of America) 60th Annual Meeting pada 11-14 November lepas. Mentang-mentanglah melibatkan pertemuan ahli entomologi (pengkaji serangga), juadahnya pun bertemakan serangga juga :p.
Licin! Laku juga cengkerik goreng.
Ini lagilah...moth larvae. Licin juga tu! *pengsan*
Aduhai...kembang tekak walaupun sekadar baca nama dan tengok gambar sahaja terutama larva tu >_<. Suami saya tak makan pun...dia hanya ambil gambar sahaja. Itu pun dah licin baru dia teringat nak ambil gambar. Cengkerik goreng tu dari pinggan kawan dia.
Nota:
- Kesemua gambar ni saya ambil dari Facebook suami saya. Dia menghadiri ESA meeting di Knoxville, Tennessee masa tu. Macam biasa, saya dan anak-anak kena tinggal di Lincoln.
- Belalang yang orang biasa makan pun saya tak makan, inikan pula cengkerik. Larva tu lagilah...terbayang-bayang ulat melentik-lentik masuk dalam mulut >_<.
15 comments:
cengkerikk??errkk.....
Esotik Sgt Nadiah..... Akak pun kembang tekak tengok....eeeee geli.. ;-/
Sume makanan eksotik saya x mkn
Organ2 dalaman lembu n ayam pun tak, inikan pulak cengkerik! Huhu
eeee..sedap ke??macam xlalu je..hukhuk
errkkk, dahlah loya je tekak ni, baca tajuk dan tgk gambar terus rasa nak terkeluar. Aduh! Mcm mana boleh mereka makan tu Nadiah.....huhu
adushh..
tak lalu nk telan gini..
sama la cam belalang kot.. huhu
kalau belalang kunyit goreng sy pernah makan time kecik2 dl...rasenya lemak2 gitu...nenek sy grg...bllang tu banyak time menuai padi kat Kelantan.
ermmm apakah rasanya. kalau habis licin camtu, tandanya mesti sedap kot...hehehehe
menu biasa kalau di Thailand dan Filipina tau.
As salam ummsyuhada,
Cengkerik goreng tu mesti ranggup! krup krap krup krap dalam mulut! Lava tu pulak mesti melting bila di gigit...euuuwww.... nice entry! Salam perkenalan :))
erkkk boleh makan ke?kalau belalang tu pernah gak makan masa kecik2 dulu.kalau bagi sekarang ni sure tolak awal2 dah
jgn kata nak makan..tengok gamba je dah geli gelema..huhu
erk...selera dorang nih pelik2 yer...
Sungguh menghayti serangga2 tu...siap makan lg...pecinta serangga la katakan...
errkkk...sedap ke tu???
Post a Comment