Seingat saya, tahun 2010 lebih banyak gerai dibuka oleh persatuan-persatuan pelajar antarabangsa. Tahun ni tak banyak sangat. Waktu tu juga ramai sangat yang pergi bazar ni. Bersesak-sesak dibuatnya. Tahun ni sedikit lengang. Tak tahulah kalau itu hanya perasaan saya semata-mata.
Kami sampai di Union pada jam 11 pagi kalau tak silap. Kebanyakan gerai pun masih belum mula beroperasi. Masing-masing masih sibuk menyusun atur makanan di gerai masing-masing termasuklah gerai NUMSA (Nebraska University Malaysian Student Association). Kami datang awal pun sebab ada urusan di bank.
Sempat singgah di gerai persatuan pelajar Thailand sebelum ke bank. Depan Safiyyah tu Juthamas (Thai) namanya. Kami kenal Juthamas melalui Sumardi yang dah pun pulang ke tanahairnya; Brunei beberapa hari sebelum Aidiladha lepas.
Selesai urusan di bank, terus ke gerai NUMSA. Tak sabar-sabar nak makan! ^_^
Seperti dua tahun lepas, NUMSA menjual nasi lemak dan karipap gergasi. Bezanya, dua tahun lepas ada menu tambahan. Tahun ni hanya nasi lemak (3 dollar) dan karipap (2 dollar) sahaja yang dijual. Tahun lepas pun nasi lemak juga kalau tak silap saya. Mungkin tahun-tahun mendatang pun nasi lemak juga yang dijual NUMSA..hihi. Saya suka je sebab memang suka nasi lemak ^_^.
Yum, yum!
Kami makan sekali dengan anak-anak dara bertiga ni; Hasanah, Fizah dan Elfha. Kebetulan terserempak dengan mereka. Masing-masing kepedasan masa ni. Berapi sungguh sambal nasi lemak tu. Memang tak tahan tahap kepedasannya. Saya yang suka pedas pun tak dapat habiskan sambalnya.
Anak teruna ni lepas makan nasi lemak dan karipap, makan kuih Arab pula. Tak tahu kuih apa namanya. Suami tak minat nasi lemak, dia cari makanan lain. Shakir ni bab makan tak ada masalah. Pantang nampak orang makan, mesti nak ^_^.
Dah kenyang, terus lena! Mengantuk sangatlah ni. Kalau tak, tak sesenang ni dia tidur. Selagi tak menyusu, susah dia nak lelapkan mata.
Selingan....
Hasil yang diperoleh dari Wells Fargo bank...
2 ekor kuda ^_^. Kalau buka akaun, akan dapat seekor kuda (bukan kuda betul pun :p). Kebetulan hari tu baru mula promosi ni. Buka satu je akaun baru tapi disebabkan buat akaun bersama (joint account), ia dikira 2 akaun. Makanya dapatlah 2 ekor kuda. Tak adalah berebut dua beradik di rumah ni. Bukannya mereka nak main pun tapi kalau hanya ada satu...adalah punca mereka nak berebut >_<.
6 comments:
salam nadiah..
lame dah tak tinggalkan komen kat sini..mai jenguk 2 beradik yang makin besar n comeyy..anyway congrate 4 3rd coming~~
Hanya nasi lemak yg senang disediakan Nadiah :D
Suka pulak aka tengok toys kuda tu comel...
Budak2 memang macam tu ada je bahan utk bergaduh yg dicarinya... akak lagi lah dah cuti sekolah.. berperang jer dengan dia orang >_<
Samalah kita, suka nasi lemak. hihi
ala comel betul shakit tertidur macam tu..mst pandai bw diri tak lama lg, sbb nk dpt adik mcm Iris :)
nanti leh main same2 kalu kuda tu ada dua yea...comel jerk kuda tu.
comei...si tecik 2 org tu..
best jugak ada bazar camni kan...blh rasa mcm2...hihi
hebatnya safiyyah mkn nasi lemak ada sambal! kalo aisyah, Allahu Rabbi, x bole tercalit merah pon kat nasi dia. feeling2 minah salleh betul huhu
Post a Comment