Nota:
- Gambar-gambar diambil pada 20 Oktober 2012.
- Pertama kali menjejakkan kaki di Woods Park padahal ia adalah taman terdekat dengan rumah (lebih kurang 5-6 minit perjalanan menaiki kereta). Gara-gara geram dengan pemandangan musim luruh yang cantik di sini, singgah juga akhirnya di Woods Park :).
- Beberapa minggu sebelum tu lagi teringin nak ke Woods Park. Tujuan utama adalah nak ambil gambar ^_^. Terfikir nak bawa anak-anak dengan berjalan kaki tapi terpaksa melupakan hasrat memandangkan jalan besar yang perlu dilintas selalunya sibuk dengan kenderaan. Alhamdulillah, hasrat hati tertunai juga apabila suami sudi memenuhi permintaan isterinya ^_^.
- Sebelum keluar, kami pakai sweater. Bila keluar rumah, panasnya la cuaca walaupun suhu tak setinggi mana (kalau tak silap, tak sampai 20'C pun waktu tu). Terus tanggalkan sweater tanpa sempat masuk ke dalam kereta lagi. Padahal hari sebelumnya punyalah sejuk gedi. Cuaca dan suhu amat tak menentu dan sukar diduga di sini.
12 comments:
wah...best nyer...nieyl kat cni leh tgk daun kering aje...hihihi~
cantik sangat.....
nadiah, mee sua tu mcm mee lidi, keras sebelum dimasak....selalu org cina suka mkn.....
SubhanaAllah ... cantik!! Teringat semasa berada di bumi Jepun.
cantiknya....subhanallah...teringin nak merasainya.....kali ni, musim ni mcm panjang sikit. rasanya tahun lps, skjp ja, terus nadiah cite salji mula turun...apapun, sungguh bertuah nad....
subhanallah. skill ambil gambar makin baik.
skang ni kat plymouth pokok2 dah gondol. x sempat nak amik gmbr masa merah menguning hari tu
Subahanallah... canteekk sungguh permandangan musim luruh itu.. akak mohon copy gambar pemandangan itu ye Nadiah :D
comelnya safiyah dengan gaun pink+pemandangan yang cantik...ala princess gitu,heee...
Nasib baik suami sporting!
Saya pun tak sempat lagi pergi park yang dekat rumah.. tiap kali lalu selalu tak sempat singgah.. kena tunggu next autmn kot baru boleh buat sesi photoshoot :0
Cantik kan aumtumn, really heart it!
akak tinggal d oversea ek..bestnyaaa :)
cantiknya musim luruh kat sana...kalau kt malaysia ni sy suka tgk kebun getah ayh sy time musim luruh....;)
Cantiknya pemandangan tu..
Post a Comment