Sedikit catatan bagi trimester pertama untuk kehamilan yang ketiga...
13 Julai 2012
Buat urine pregnancy test (UPT) sendiri di rumah. Seperti yang dijangka, keputusan positif. Jelas kelihatan double lines. Alhamdulillah, betul-betul seminggu sebelum Ramadhan dapat tahu yang saya hamil buat kali ketiga. Itu pun suami yang 'desak' saya buat UPT. 5 hari sebelum tu keluar sedikit darah yang saya sangka adalah darah haid. Anehnya, darah yang keluar hanya sedikit. Hari keesokannya, tiada lagi darah yang keluar.
Saya dah mula syak yang saya mengandung. Dalam hati sedikit risau memandangkan saya tak pernah ada pengalaman keluar darah (spotting) di awal tempoh kehamilan. Cuma, masa mengandungkan Shakir, keluar sedikit darah ketika usia kandungan mencecah 13 minggu. Ingat nak buat UPT senyap-senyap tanpa pengetahuan suami tapi tak ada stok home-pregnancy test di rumah. Dalam pada tu saya cari maklumat di internet. Rupanya, spotting adalah salah satu tanda awal kehamilan. Sedikit kelegaan di situ.
Bermulanya Ramadhan 1433H
Dua kali kehamilan sebelum ni Allah izin saya dapat berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Bagi kehamilan ketiga ini juga saya mengharapkan saya dapat berpuasa penuh tapi baru 1 Ramadhan, saya hampir tewas. Badan rasa tak berdaya sangat pagi tu. Saya hanya lebih banyak berbaring. Alhamdulillah, melepasi tengahari, saya rasa sedikit bertenaga dan mampu untuk meneruskan ibadah puasa.
Beberapa hari selepas tu, saya mula demam di waktu pagi. Bermula jam 10 pagi, mula rasa tak sedap badan tapi selepas jam 2 atau 3 petang, badan saya kembali normal. Keadaan ni berterusan sehingga pertengahan Ramadhan. Dalam tempoh tu, setiap hari jam 10 pagi saya akan berselimut di atas katil sehingga tengahari. Demam pun ada timing :p. Awal Ramadhan ni juga saya mula tak boleh gosok gigi di awal pagi, rasa nak muntah; sama halnya macam mengandungkan Safiyyah dulu.
23 Ramadhan, balik dari majlis graduasi Fatin dan Irfan, saya rasa sangat tak berdaya. Terbaring je dalam bilik. Suami saya pula terus pergi ladang (field work). Mujur juga tetamu yang ada di rumah waktu tu turut sama keletihan dan berehat dalam bilik. Saya tak masak pun untuk berbuka. Kebetulan pula tetamu dapat jemputan berbuka di tempat lain. Saya dan anak-anak, suami bawa makan di luar.
Pada 28 Ramadhan pula, badan saya tiba-tiba rasa lemah, menggigil dan berpeluh. Tanda-tanda kekurangan gula dalam darah. Setiap kali keadaan ni berlaku, saya cepat-cepat makan makanan manis (kebiasaannya coklat) dan beberapa minit selepas tu badan saya pulih seperti sediakala. Saya cuba untuk bertahan. Rasa sayang pula nak berbuka. Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi Ramadhan berbaki. Saya baring dan tenangkan diri. Alhamdulillah, tak lama lepas tu hilang rasa menggigil dan saya dapat berpuasa penuh untuk hari tu.
Puasa dalam keadaan diri berbadan dua kali ni benar-benar menguji diri. Namun, alhamdulillah, dapat juga saya berpuasa penuh sebulan Ramadhan 1433H.
4 September 2012
Prenatal check up untuk kali pertama. Kalau sewaktu mengandungkan Shakir dulu, check up dibuat di People's Health Center, kali ni dibuat di Heart and Hands Womancare. Kandungan sudah berusia 11 minggu. Sengaja tunggu Ramadhan berakhir baru buat check up. Lagi pun, memang kena tunggu sehingga kandungan 8 minggu baru boleh mendaftar untuk prenatal check up. Untuk kali pertama ni, midwife Jearlyn yang in-charged.
Sebelum masuk ke bilik pemeriksaan, berat ditimbang; 94.6 lbs (42.9 kg). Seperti biasa, check up kali pertama hanya banyak bersoal jawab sahaja. Mula-mula, nurse yang masuk dulu; ambil dan rekod segala maklumat yang diperlukan. Kemudian, masuk pula student di bawah seliaan Jearlyn. Juga bersoal jawab. Ada juga soalan-soalan yang sama ditanyakan nurse, ditanya sekali lagi. Letih nak menjawab! Akhir sekali, barulah Jearlyn masuk. Bersembang serba sedikit dan degupan jantung bayi dikesan menggunakan Doppler fetal monitor. Suatu kelegaan dapat mendengar degupan jantung si kecil. Alhamdulillah, si kecil dalam keadaan baik kata Jearlyn.
Nota:
Gaza diserang lagi oleh tentera Zionis. Sama-sama doakan saudara-saudara seIslam kita di sana. Bagi yang ada Facebook, boleh ikuti perkembangan yang berlaku di Gaza di page Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)
16 comments:
salam, tahniah...semoga sentiasa dimudahkan hingga kelahirannya
tahniah nadiah. Semoga nadiah dan baby dalam kandungan sihat2 aje.
Tahniah kak....
tahniah nadiah.moga terus sihat.baby jgn nakal2 yer.kak long dgn abg ngah sila jsga umi
semoga ibu dan kandungan berada dlm keadaan yg sihat...amin...;)
tahniah....gembira dgr, sedih juga sbb dah setahun bersedia utk mengandung, tapi blm rezeki...sedih sgt2...huhuuuuu....
salam nadiah..ms bulan ramadhan yg lalu dn keadaan nadiah yg tak menentu mcmane nadiah handle syaffiah shakir..?
tahniah nadia... semoga Allah permudahkan segalanya.
tahniah nadiah...take a great care yea :-)
Alhamdulillah, baby dlm keadaan yg sihat dan Ummi pon dpt puasa full. Take care dear!
tahniah nadiah. bila due?
tahniah akak..doakan sy ye..hehe
Gembira membaca perkhabaran ni..Tahniah Nadiah..semoga semuanya dipermudahkan. Jaga kandungan baik2 ye..
Assalamualaikum nadiah
wah, lamanya tak kesini..malah kemana2 blog pun..alhamdulillah dengan rezeki anak ketiga ni..mudah mudahan semuanya lancar dan selamat..tahun depan kita timang nak ketiga sama2..insya allah, insya allah..:)
Assalamu'alaikum Nadiah~
Dah lama sbnrnya x go tru blog nadiah ni! Xtau yg dh pregnant no 3.. Tahniah!!! Please take a good care yer~ :)
baru tahu akak preggy kak.lama xjenguk sini.
pengalaman Ramadhan kita sama lah.bila due?
Post a Comment