Pages

Showing posts with label entomology. Show all posts
Showing posts with label entomology. Show all posts

Monday, November 26, 2012

Menu istimewa: Cengkerik goreng

Ada sesiapa terliur? ^_^


Cengkerik goreng ni antara juadah yang disediakan di majlis ESA (Entomological Society of America) 60th Annual Meeting pada 11-14 November lepas. Mentang-mentanglah melibatkan pertemuan ahli entomologi (pengkaji serangga), juadahnya pun bertemakan serangga juga :p.


Licin! Laku juga cengkerik goreng.


Ini lagilah...moth larvae. Licin juga tu! *pengsan*



Aduhai...kembang tekak walaupun sekadar baca nama dan tengok gambar sahaja terutama larva tu >_<. Suami saya tak makan pun...dia hanya ambil gambar sahaja. Itu pun dah licin baru dia teringat nak ambil gambar. Cengkerik goreng tu dari pinggan kawan dia.



Nota:

  1. Kesemua gambar ni saya ambil dari Facebook suami saya. Dia menghadiri ESA meeting di Knoxville, Tennessee masa tu. Macam biasa, saya dan anak-anak kena tinggal di Lincoln.
  2. Belalang yang orang biasa makan pun saya tak makan, inikan pula cengkerik. Larva tu lagilah...terbayang-bayang ulat melentik-lentik masuk dalam mulut >_<.

Sunday, November 25, 2012

Thanksgiving dinner dan Black Friday

Khamis lepas kami sekeluarga memenuhi jemputan Thanksgiving dinner di rumah Dr. Brewer; Head of Department of Entomology, UNL. 3 tahun berturut-turut kami ke sana. Tahun pertama kami di sini je yang kami tak pergi. Masa tu naif lagi. Entah apa-apa je yang difikir masa tu. Isu utamanya bab makananlah. Buat apa pergi kalau tak boleh makan? Nanti ada 'minum-minum' macam mana? Itulah penyebab utama kami tak turut serta di rumah Dr. Brewer.

Lepas itulah belajar sikit-sikit cara bersosial di sini. Kalau nak diikutkan, bukanlah nak pergi makan sangat pun. Sekadar tunjuk muka sahaja. Sekurang-kurangnya, mereka tahu Muslim juga bergaul dengan non-Muslim. Sekurang-kurangnya juga persepsi negatif mereka terhadap Muslim (sekiranya ada) berubah sedikit sebanyak. 'Minum-minum'? Minuman yang memabukkan memang biasa dihidangkan. Biar sahajalah mereka nak 'minum'. Dah itu memang minuman mereka.


Masing-masing baru sampai je masa ni. Tahun ni tak ramai ke rumah Dr. Brewer berbanding dua thanksgiving dinner yang lepas. Ada yang dah balik ke negara asal masing-masing dan ada juga yang punya agenda tersendiri.


Juadah utama. Dah 3 kali kami ke sana, Mrs. Brewer pun dah tahu ada sesetengah makanan yang kami tak boleh makan. Awal-awal lagi dia maklumkan makanan mana yang boleh makan, yang mana kami tak boleh makan. Berbanding kali pertama dulu, kami kena terangkan. Kini, dia dah sedia memahami :).


Makan, berbual, makan, berbual...


Pinggan saya. Sikit je yang saya ambil. Tekak tak gemar sangat makanan omputih. Sikit-sikit bolehlah.


Tuan rumah; Dr. & Mrs. Brewer.


Dessert.


Sempat bersembang sebelum beredar.


Lebih kurang 3 jam juga kami di rumah Dr. Brewer. Sampai rumah terus terbaring. Pinggang sakit akibat duduk lama. Hampir tengah malamnya pula, suami keluar. Pergi shopping sempena Black Friday sale :p. Saya memang tak dapat nak pergilah. Ikutkan hati nak jugalah tengok sendiri macam mana keadaannya semasa Black Friday sale ni. Masa anak baru seorang pun suami tak bagi ikut, inikan pula dah dua orang. Ditambah pula perut yang semakin memboyot ni...lagilah dia tak bagi ikut.

Nak kata betapa 'hebat'nya penangan Black Friday, seawal jam 4 petang orang dah menunggu di luar kedai sedangkan sale hanya bermula pada waktu tengah malam. Black Friday punya pasal, sanggup orang beratur berjam-jam lamanya di luar kedai dalam keadaan sejuk. Macam tak ada kerja lain pula yang boleh dibuat >_<.

Usai solat Subuh pagi esoknya, barulah saya tengok apa yang suami beli. Baju anak-anak je pun. Yang paling berbaloi, winter jacket Shakir. Harga asalnya 60 dollar. Harga Black Friday sale, 15.95 dollar. Murah sangat! Sebelum ni lagi suami mencari baju winter untuk Shakir tapi tak terbeli sebab harga mahal. Alhamdulillah, ada rezeki untuk Shakir masa Black Friday.

Saya tak mengharapkan apa-apa pun. Susah nak dapat apa yang saya mahukan. Sekali suami tanya ada tengok ke baju yang dibeli untuk saya? Saya ternampak macam baju kemeja dalam beg plastik tapi saya fikirkan baju suami. Jadinya, saya tak usiklah. Rupanya, baju saya! Kedua-duanya warna biru, bukan warna kegemaran saya, lagilah saya tak sangka itu baju saya. Tak sangka ada juga 'habuan' untuk saya masa Black Friday tahun ni ^_^.

Walaupun warnanya bukan kegemaran saya, kedua-dua baju ni memenuhi kriteria yang saya inginkan; berlengan panjang, cutting longgar dan labuh mencecah paras lutut. Sangat selesa pakai baju begini! Di sini, baju begini dipanggil dress. Kalau bukan waktu sale, paling murah harganya antara 60-70 dollar. Kalau sale pun biasanya dalam 20-35 dollar. Susah nak dapat baju macam ni waktu sale...saiz saya selalu kehabisan stok >_<. Yang suami saya belikan ni sehelai 11 dollar, sehelai lagi 15 dollar. Rezeki :).



Nota:

  1. Cerita thanksgiving dinner tahun 2010 boleh baca di entri Safiyyah dan Thanksgiving Dinner. Yang tahun lepas saya tak buat entrinya. Angin M melanda rasanya masa tu >_<.
  2. Bagi yang tak tahu apa itu thanksgiving, black Friday...boleh baca dalam entri Thanksgiving. Black Friday. Cyber Monday. :)

Thursday, June 14, 2012

Bermesra dengan serangga dan ulat

Jumaat lepas (8 Jun 2012) department suami saya mengadakan 'rumah terbuka'. Sesiapa sahaja boleh masuk Entomology Department dalam tempoh 2 jam (4-6 petang). Saya berserta anak-anak dan Ain (undergrad student) keluar rumah hampir jam 5 petang. Jalan kaki je pun. Dekat je department suami dengan rumah.

Mulanya ingat nak pergi pukul 4 tapi suami saya kena bertugas jadi penyambut tetamu dari pukul 4 sehingga 5 petang. Pergi awal saya takut tak terlayan dengan karenah anak-anak. Jadinya sekejap je la kami di sana. Tak sempat nak masuk kesemua 'bilik terbuka'. Harapnya tahun depan dibuat lagi la program macam ni.




Dalam ni ada lebah. Kami tengok-tengok gitu je.


Spesies kupu-kupu dan rama-rama.


Safiyyah dah jumpa ni memang tak nak la dia bergerak ke tempat lain. Ajak ke tempat lain melalak-lalak dia..huhu. Memang betul-betul peminat rama-rama dan kupu-kupu ni.


Sebahagian daripada serangga yang ada di Nebraska.


 Ain melayan Safiyyah.


Tengah tengok serangga yang dipamerkan, tiba-tiba kami dihiburkan dengan tiupan harmonica ^_^. Safiyyah terus tutup telinga dengar bunyi harmonica tu. Dia memang tak suka dengar bunyi-bunyian yang kuat.


kala jengking
Kala jengking yang sangat kecil. Dalam gambar ni nampak besar sikit sebab saya ambil gambar dari jarak dekat. Mungkin anak kala jengking agaknya.


rama-rama
Ketiga-tiga ni rama-rama (moth), bukan kupu-kupu (butterfly). Ada beza rama-rama dan kupu-kupu. Dulu saya selalu tertukar. Saya fikirkan yang cantik adalah rama-rama tapi salah sebenarnya. Yang cantik berwarna-warni adalah kupu-kupu. Yang warnanya seakan sama (kebanyakannya berwarna coklat) macam dalam gambar ni adalah rama-rama. Rama-rama aktif di waktu malam manakala kupu-kupu aktif di waktu siang. Dan badan rama-rama (yang bahagian tengah tu) lebih besar berbanding kupu-kupu. Lepas tengok spesies rama-rama yang ada, cantik juga sebenarnya tapi kenapa saya selalu bayangkan rama-rama tak cantik? :p


Seorang staf menerangkan sesuatu pada suami saya. Shakir pun turut sama mendengar. Gayanya tu macam faham je ^_^


Safiyyah berkenalan dengan pak belalang.


Suami saya tengah terangkan pada Ain beza belalang dan mentadak (praying mantis).


Pelbagai jenis kumbang. Tak sangka kumbang pun sebegini banyak spesiesnya.


Si kenit ni sengih je. Bukannya kenal serangga pun lagi. Takpe Shakir...tahun depan kalau ada program ni lagi insyaAllah kita pergi ye :).


Geli tengok ulat ni! Besar saiznya. Kata suami saya, ini ulat gonggok yang bersaiz besar. Belum pernah lagi saya jumpa ulat gonggok besar begini.


ulat sutera
Ada yang kenal ulat ni? Inilah ulat sutera. Pertama kali saya tengok secara live. Ye, ulat ni memang hidup. Setakat ambil gambar boleh la. Nak pegang minta maaf la...geli! Saya memang geli dengan segala macam ulat, cacing, lintah, pacat dan sepupu-sepapatnya :p.


belalang
Belalang. Tak banyak serangga hidup yang dipamerkan. Kebanyakannya yang dah mati dan diawetkan.


Kebetulan terjumpa dengan budak-budak bujang.


Ain, Aizuddin dan Alif Sophian berbincang tentang perbezaan rama-rama dan kupu-kupu. Safiyyah senyap balik la dah nampak rama-rama dan kupu-kupu tapi dia masih tak dapat bezakan lagi. Semuanya dia sebut by-fly walaupun yang ditunjuk tu sebenarnya moth ^_^.


Serangga ni macam asam keping kata Ain ^_^. Tak tahu la nama apa serangga ni.


Saya suka 3 serangga di bawah ni...Allah jadikan serangga-serangga tersebut boleh menyamar. Subhanallah.


camouflage insect
Nampak tak serangga dalam gambar ni? Badannya betul-betul macam daun kering.


serangga boleh menyamar
Yang ni pula badannya macam dahan pokok.


Ni spesies belalang agaknya. Sayapnya tu seakan-akan daun.


Lawrence Bruner Entomology Club booth. Ada 2 album diletakkan di situ yang memuatkan gambar-gambar aktiviti kelab.


Belek-belek album, terjumpa pula gambar suami saya dan Safiyyah ^_^. Gambar ni diambil pada bulan Januari lepas masa majlis Holiday Party anjuran Entomology Club.


Lepas puas bermesra dengan serangga dan ulat (bermesra la sangat :p),  kami ke UNL Dairy Store pula.

Makan aiskrim! ^_^
Nyamannya tekak dapat makan aiskrim di waktu panas begini.




Seronok la kak long ni dapat makan aiskrim.


Shakir sedih tak dapat aiskrim :p. Saya suap juga aiskrim padanya sikit-sikit. Tunggu la 2 tahun lebih nanti baru bagi makan aiskrim betul-betul.