InsyaAllah, 10 Januari 2013 akan memulakan pelayaran. Nantikan kami di sana ye!
Kami = kotak-kotak ini :p. Ye, hanya kotak-kotak ini yang akan berangkat ke Malaysia. Tuan rumah sementara kepada kotak-kotak ni tak turut serta. Lebih menyedihkan, kesemuanya barang-barang orang. Barang-barang sendiri tak ada. Kesian, kan? :p
Macam-macam barang ada dalam kotak-kotak berkenaan...
- Corelle
- Corningware
- T-fal (Tefal)
- Pyrex
- Kitchen Aid
- Coach
Ada yang berkenan dengan barang-barang berkenaan? :)
Jejaka-jejaka gagah perkasa yang membantu mengangkat kotak-kotak masuk ke dalam van untuk dihantar ke Denver, Colorado sebelum naik ke kapal 10 Januari ini. Terima kasih Aizuddin, JJ, Rahman, Muaz dan Hanafi!
Nota:
- InsyaAllah, dalam bulan Mac 2013 kotak-kotak tersebut akan tiba di Malaysia.
- Next shipping: pertengahan Februari 2013, insyaAllah :). Mahu kirim? Jangan kirim dengan air liur sahaja sudahlah. Kirim dengan air liur, dapat air liur jugalah..hihi..