Pages

Wednesday, January 11, 2012

Safiyyah's 3rd birthday bash

Selesai sudah majlis hari lahir Safiyyah Ahad lepas. Alhamdulillah. Memandangkan hari lahir Safiyyah tahun ni jatuh pada hari Isnin (2 Januari 2011), kami tangguh buat majlisnya. Lagipun masa tu ramai yang takde di sini; makan angin sempena Winter Break. Berbincang dengan suami, kami sepakat adakan majlis hari lahir Safiyyah pada 8 Januari; Ahad terakhir sebelum semester baru bermula.



Antara tetamu terawal


Semakin ramai tetamu yang datang


Sebahagian daripada juadah yang ada. Menu utama: bakso; dimasak oleh pelajar Indonesia


Beberapa minggu sebelumya saya ada buat bakso. Masa tu la terfikir nak buat bakso sebagai menu utama majlis Safiyyah ni. Tiba-tiba suami saya dapat idea nak minta Husna dan Sarah yang memang anak jati Indonesia buatkan bakso. Kiranya kami tempah daripada mereka la tapi akhirnya diorang tak nak terima duit pun. Jadi hadiah untuk Safiyyah kata mereka. Terharu dibuatnya.

Saya hanya buat makaroni bakar, bubur jagung dan salad buah je. Yang lain-lain dibawa oleh tetamu. Sorang kawan Pakistan bawa nasi beriani, ada yang bawa kuey teow goreng, ada juga yang bawa jus dan smoothies serta 3-4 juadah lain. Alhamduilllah, rezeki.

Saya ingat nak rasa kuey teow goreng dan nasi beriani...tapi tak sempat nak ambil. Tengok sekali lagi dah licin! Masing-masing kelaparan agaknya..hihi. Bukan rezeki saya la namanya tu. (err..kalau nak minta tukang buat kuey teow goreng dan nasi beriani tu masak sekali lagi untuk makan sendiri boleh ke? hihi..)




Tetamu paling jauh (kiri sekali) pun ada. Prof Dato Dr Roslan dan isteri datang nun jauh dari Malaysia menghantar anak sulung; Firyal (duduk di lantai) belajar di sini. Termasuk Firyal, bertambah lagi 3 orang pelajar Melayu di Lincoln ni. 2 orang lagi pelajar baru; Anzari dan Aizuddin


Kali ni saya buat Black Forest Cake pula sebagai kek harijadi. Percubaan pertama. Alhamdulillah jadi keknya ^_^. Huruf-huruf atas kek tu beli siap...saya tak reti nak tulis atas kek...takut nanti jadi comot kek :p


Sejenis lagi kek yang saya buat. Chocolate Peanut Butter Cheesecake. Sengaja saya buat sejenis lagi. Sebiji sahaja kek tak cukup untuk semua tetamu yang kami jemput. Sedih tengok 'rupa paras' kek ni, agak teruk rekahannya. Coklat atas tu konon-kononnya nak tutup bahagian  kek yang merekah :p. Tapi bila ada yang memuji kata kek ni sedap, hilang terus rasa kecewa dengan rupa kek yang tak menawan ni..hee.. ^_^


Eh, birthday girl mana???


Birthday girl duduk dan makan di luar dengan jejaka-jejaka Melayu-Lincoln :p. Kat dalam rumah tak nak makan, kacau budak-budak bujang tu makan pula. Dalam rumah dah sesak sangat...diorang ni duduk luar la. Kesian sejuk-sejuk duduk di luar. Takpe la, bujang kena kuat! :p


Tak menyempat nak potong kek...laju je tangan tu nak 'cuit' kek tu. Tak sabar-sabar nak makan kek


Sesi potong kek




Safiyyah dan Iman


Azrina sekeluarga tetamu terakhir yang datang. Dah malam pun masa diorang sampai tu. Keluarga Azrina (duduk atas sofa biru) makan angin di US sambil lawat Azrina (Azrina takde dalam gambar)


Shakir cuba buka mulut JJ ^_^. Baju yang Shakir pakai ni pemberian Yana dan Asyrul dari Colorado


Birthday girl yang baru bangun dari tidur petang. Gaun Safiyyah ni juga pemberian Yana dan Asyrul. Kebetulan Safiyyah ada cardigan dan tight yang padan dengan gaun ni :)


Sebahagian daripada muka-muka yang melicinkan makanan yang berbaki ^_^. Tinggal anak-anak bujang dan dara je masa ni. Tu pun sebahagiannya dah balik. Bagusnya, saya masuk je dapur tengok semua pinggan mangkuk dah dicuci. Sarah dan Fatin cuci semua sekali. Lega rasanya! Kalau harap saya, esok pagi la baru saya cuci...tak larat dah malam tu


Hadiah-hadiah Safiyyah. Kat sini takdenya nak balut-balut hadiah. Semua main letak dalam beg kertas je. Senang


Tahun ni Safiyyah banyak dapat activity games; 5 jenis kesemuanya berserta 3 buah buku, 2 pasang baju, 2 keping tiket Lincoln Children's Museum dan hadiah-hadiah lain. Ada juga yang bagi cek


Dalam banyak-banyak hadiah, buku yang pertama sekali berjaya menawan hati Safiyyah. Dia memang suka buku. Sejak kecil lagi dah nampak minatnya ke arah buku. Memang tak sia-sia bagi buku pada Safiyyah. Harapnya sampai bila-bila dia suka buku


Tak sah kalau tak ada tukang kacau. Si kenit ni memang suka kacau dan menyakat kak long dia


Sejak pagi saya tak jamah apa-apa langsung. Anehnya, tak rasa lapar pun. Dah malam baru makan semangkuk kecil bakso. Makan tu pun bukan sebab lapar, hanya nak merasa bakso tu je. Pagi esoknya baru terasa lapar sangat-sangat.


Takde kerja cari kerja namanya ni. Saje lekatkan belon bentuk rama-rama tu di dinding lepas habis majlis. Nampak berseri sikit ^_^. Safiyyah nampak terus dicabutnya :p


Alhamdulillah, lega dah selesai!


Nota: Termasuk kanak-kanak, lebih daripada 50 orang tetamu yang hadir di majlis Safiyyah ni rupanya. Selalunya kami kira dulu betul-betul tetamu yang dijemput tapi kali ni main agak 30 orang je. Patut la makanan cepat habis


29 comments:

mimmie said...

meriah...hepy besday safiyyah sayang....meh balik msia unty bg hadiah.. ;D

eB said...

sebayer ngan aerish la. :)
hepi besday :)

Kamalia said...

happy belated birthday safiyyah..
bestkan buat makan2,siap ade yg bwk potluck..
kat sini pun sama, bila dah habis majlis, budak bujang dan dara yang akan mengemas dan basuh pinggan. Alhamdulillah, senang tak pikir nak berkemaskan.

lina said...

Al HamduliLlah - Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Buat Safiyyah :)))
Salam dearest Ibu Mithali :)
Al' HamduliLlah, hari yang berbahagia buatmu dan anakanda safiyyah. Syukur padaNYA dan syukran jazilan pada Bonda yang telah melahirkan insan teristimewa bergelar safiyyah. Semoga ALLAH SWT Memberkahi kehidupan anakanda safiyyah dengan sakinah iman, zahiran wa batinan, di dunia dan Akhirat, semoga berada dibawah Naungan Rahmat, Maghfirah dan Kasih SayangNYA, dan semoga ALLAH dan RasulNYA SAW senantiasa merindui dan menyayangimu. Demikian juga doa untuk Bonda nya yg telah melahirkan mu duhai Anakanda safiyyah.Amiin ALLAHumma amiin. Fi amaniLlah.

athirahariffin said...

bestnya sufiyyah dapat dyk hadiah..
bestnya dok oversea.. cita-cita sy kak nak g sana..
moga Allah makbulkan :)

anumuchan said...

waa hepi belated besdey safiyyah..bestnyaa byk mknn..hadiah pn byk..syok2..heeee

Ummi Hanie said...

hepi besday lagi safiyah ...

bestnye ummi dier wat kan bday bash... rajen skali ;)

Mek Rose said...

besnye semua dah setel..rafiq bulan 7 ni huhu lmbt lagi

baiknye eh org yg buat bakso tu..tak amek duit. if sy pon terharu.

amboi..nak duduk ngan budak2 bujang lelaki aje ye ehehe safiyyah..saffiyah

rafiq pon minat buku..tapi minat2 pn kdg2 dia peronyok buh dalam bakul sampah huhuhuu

hepibesday safiyyah..be a gud gurl ya..:-)

Mixed-family in da house.... said...

moga menjadi insan solehah...amiinnnn...happy belated b'day syg....

dear anies said...

happy birthday safiyyah...

p/s mat saleh tu reti ke mkn bakso? heheheh
nnt terkeluar telo jawa plak

Teratak Hami said...

happy birthday safiyyah. Syoknya ramai tetamu dtg. Murah rezeki awak sekeluarga :-)

aLyNnZ said...

saffiyah sebaya danish ek..saffiyah bulan 1 danish bulan 2..anyway hepi belated besday yer saffiyah..aunty mengikuti perkembangan saffiyah sejak kecik taw..teringat masa saffiyah bergamba dgn org salji ms tu saffuayh pakai jaket merah comel sesgt..semoga membesar menjadi anak yg soleh dan mengembirakan family yerr..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

semoga sentiasa mendapat rahmat dariNYA..hepi belated besday safiyyah~~

Izan Ishak said...

wahhh...sangat best birthday party safiyyah... hadiah pun best2 juga tu!

sweet life said...

bestnye dapat celebrate bufday

Anonymous said...

nad, keciknye dunia..kmi kenal prof. roslan tu..kmi amik kls fizik dia mse kt ukm.. ;> -emi-

Cik Siti Hajar said...

kak.. balik m'sia nnt buat jugak y!

nak rasa kek kak nadiah..:)

Myra Jay said...

Nmpk sedap kek blackforest tu..
Syer resepi ye..hehee

idasm said...

meriahnya majlis.
tahniah buat tuan rumah.
makanan nampak sedap semuanya.
kek black forrest mmg feveret kak ida.
kek tu nampak sempurna dan sedap.
nadiah mmg terer buat kek.
jeles nih.. hehe..
besday girl comel bergaya.
happy besday buat safiyyah.
amira akn sambut 2 tahun 19 jan nanti..

Unknown said...

wahh meriahnya tgk majlis birthday safiyyah..seronok la. happy belated birthday buat safiyyah semoga menjadi anak yg solehah..insyaAllah.

pandai Nadiah buat kek..cantik:)

NzA said...

meriahnya...walaupn dok di perantauan ttp teman2 tetap menemani..Alhamdulillah....Hepi besday Safiyah..moga membesar jadi anak solehan n pintar.....

Ummi Salsabila said...

untungnya.safiyyah.ramai yg sayang.duduk perantauan tapi ramai kwn2.bestnya.Happy birthday safiyyah.:)

Hanis MY said...

meriahnyaa... otanjyoubi omedetou Safiyyah chan...

Amzar said...

ramainya tetamu ..meriah sgt...happy bday safiyyah...

Unknown said...

meriah nampak sambutan birthday safiyyah. happy belated birthday safiyyah...:)

LadyBird said...

selamat ulangtahun kelahiran :)..

Nur 5ruz Husna Nordin said...

salam...hahah...prof dato roslan pun lecturer sy di ukm......tekejut tgok ade muka die....he

Aleyn said...

Happy Belated Birthday Safiyya!!!

ummi_ziz said...

Alhamdulillah tetamu dtg mbawa berkat. Lg ramai lg meriah. :) comel sguh bday girl tu!