Pages

Tuesday, January 24, 2012

Summer Trip 2011: Bahagian akhir

Setelah sekian lama, sampai juga ke penutupnya. Punya la liat nak habiskan catatan ni. Ingat-ingat lupa dah pun. Mujur ada simpanan gambar yang dapat membantu saya mengakhiri catatan musim panas 2011 ni. Dah masuk hari-hari terakhir tak banyak pun gambar yang diambil. Letih. Rasa nak cepat balik ke rumah je pun masa ni.


Summer Trip 2011 (part 1): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 2): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 3): Milwaukee, WI & Michigan City, IN
Summer Trip 2011 (part 4): Cleveland, OH & Little Ferry, NJ
Summer Trip 2011 (part 5): New York City & Ithaca, NY
Summer Trip 2011 (part 6): Ithaca, NY 
Kenangan di Niagara Falls, NY 
Saki baki cerita di Niagara Falls


...sambungan..

6 Jun 2011
Dari Buffalo, NY kami bertolak balik terus ke Lincoln, NE. Perancangan asalnya begitu la tapi disebabkan perjalanan dari New York ke Nebraska terlalu jauh, saya dan suami akhirnya bersepakat untuk bermalam di Chicago.


Dalam perjalanan, berhenti rehat seketika di Service Area. Kalau di Malaysia, R&R la. Err..tak ingat dah ni Service Area kat mana. Saya suka reka bentuk bangunannya


Sebahagian daripada gambar dalam bangunan yang saya ambil


Comot


Model jus ^_^


Shakir tengah lali nak tidur. Kecil lagi Shakir masa ni. Rambut pun takde lagi ^_^


Dalam bangunan yang sama, ada Trucker Lounge. Suami saya terjumpa masa tengah mencari tempat yang sesuai untuk solat. Bagus disediakan tempat khas macam ni untuk pemandu-pemandu truck yang travel jauh-jauh. Dalam ni ada tandas, bilik mandi dan laundry (setakat yang saya nampak dan ingat)


Saya dan suami bergilir-gilir solat di laundry room. Tersorok dan takde orang di sini pun masa ni. Luas juga laundry room ni. Selain mesin basuh dan mesin pengering, ada sinki dan snacks vending machine


Lebih kurang sejam juga la kami di Service Area ni. Bagi Safiyyah puas main dulu. Kalau tak, mahunya mengamuk dalam kereta. Lepas tu kami terus ke Chicago, tak berhenti kat mana-mana dah.

Tiket tol Ohio


Di Chicago kami bermalam di rumah Puan Rozita yang kami lebih selesa bahasakan sebagai Kak Ita; salah seorang staf Education Malaysia (dulunya dikenali dengan nama Malaysian Student Department), Chicago. Dah malam pun kami sampai di rumah Kak Ita. Tak ingat dah pukul berapa sampai..huhu..


7 Jun 2011
Paginya sebelum meneruskan perjalanan balik, kami singgah sebentar di pejabat Education Malaysia. Tak jauh pun dari rumah Kak Ita. Saje nak tengok macam mana rupanya pejabat Education Malaysia. Sambil-sambil tu boleh jumpa dengan staf-staf yang bertugas.

Masa kami sampai tu hanya ada 3 orang je di pejabat; Dr. Roslan Jamaludin (pengarah Education Malaysia Chicago), Puan Sara dan seorang lagi yang saya tak ingat namanya. Besar juga ruang pejabat tu. Dari luar nampak macam kecil je :p

Kak Sara menyambut mesra dan melayan kami di sana. Lembut sangat tutur bicara Kak Sara. Sebelum balik Kak Sara siap bagi bekal lagi untuk kami. Walaupun hanya sekadar biskut dan air mineral, cukup untuk membuatkan kami rasa terharu!


Bergambar bersama kak Sara sebelum balik


Dalam perjalanan balik, sempat lagi kami singgah ke Tanger Outlets di Williamsburg, IA. Dah alang-alang sampai Iowa...singgah la :p. Di Nebraska takde Outlet.

Sempat ambil gambar bunga yang ada di kawasan Outlet ^_^


Di Outlet ni ada playland. Selesa dan cantik! Sementara suami saya window shopping, saya dan anak-anak tunggu di sini


Akhirnya, selamat juga kami sampai di rumah tengah malam tu. Alhamdulillah. Macam biasa..sampai rumah terus 'pengsan'! ^_^


Whew..lega dah habis!

Sekian ^_^



10 comments:

Teratak Hami said...

teringat zaman dulu, susahnya nak carik tempat solat dan nak berwuduk even kat U pun. Terpaksalah mengayuh basikal balik ke rumah.

ummi_ziz said...

Bestnya jln jauh sInggah mana2 ada je Msian ye. :)

Nieda said...

Seronok nya dapat makan angin di tempat asing. Best.

Asmara said...

kalau kami travel kat sini, solat di kawasan parking, tpi musim sejuk mmg payah sikit. :D

Amzar said...

cantik2 suma pic dlm bangunan suma tu...

Izan Ishak said...

yelah nadiah.. cantik service areanya.. reka bentuk bangunannya ada kelas!

Unknown said...

singgah baca n3.. tak tau nak komen apa.. heheh..

Kamalia said...

uwaaa..jauhnya nadiah berjalan..saya yang baca pun dapat tahu macam mana penatnye tuh..
haah,mcm kak As katakan tu,kami solat kat tmpt parking je pun..wktu winter memang susah sikitla..

Nadiah Sidek said...

teratak hami: masa tu tahun berapa kak?

izu: a'ah, ramai Malaysian kat US ni sebenarnya

nieda: ambil kesempatan sementara suami belajar di rantau orang :)

asmara: kami ni takde tempat spesifik untuk solat. asal bersih dan bukan laluan ramai, solat je :)

Nadiah Sidek said...

k.imah: yup, cantik :)

k.izan: nadiah pun suka reka bentuknya

kakyong: hehe...kakyong sudi singgah sini pun dah berbesar hati :)

k.kamalia: penat tapi berbaloi. seronok! ;)