Pages

Tuesday, December 20, 2011

Kenangan di Niagara Falls, NY

Alhamdulillah, Allah bagi peluang pada kami untuk menjejakkan kaki ke Niagara Falls, New York. Subhanallah, pemandangan di Niagara Falls sangat menakjubkan! Begitu indah. Tak terungkap dengan kata-kata.


Baru sampai cuaca agak mendung


Beberapa minit selepas tu, langit jadi cerah. Bertambah cantik dibuatnya


Rainbow bridge. Merentasi jambatan tu akan masuk Canada. Dekat sangat la nak ke Canada tapi takde rezeki kami nak jalan-jalan di Canada. Masa tak mengizinkan. Ongkos pun tak mengizinkan..hee~


Canada. Dapat ambil gambar dari jauh pun jadi la


Bot ni la yang kami naik untuk tengok pemandangan Niagara Falls dari jarak dekat. Mulanya kami ingat tak nak baik bot tu memikirkan Shakir yang masih kecil tapi akhirnya naik juga. Rasa teruja nak naik lepas bersembang dengan abang Kush dan kak Liza yang kami baru kenal di sana. Tengok diorang macam muka Melayu saje la tegur. Dah tegur..memang sah Melayu! Hehe..


Safiyyah dah siap berbaju hujan. Baju hujan tu dapat percuma je. Ada saiz untuk dewasa dan kanak-kanak


Maid of the Mist << nama bot


Ummi dan papa yang nak berseronok, Shakir jadi mangsa keadaan :p


Safiyyah yang sangat berdikari. Tak nak dipegang langsung






Subhanallah...ada pelangi! Sebelum naik bot dan masa tengok air terjun ni dari atas, tak nampak pun pelangi. Dah sampai betul-betul depan air terjun ni baru nampak pelangi. Cantik sangat!


Kabus kuat juga


Safiyyah tersenyum kebasahan dek air yang memercik. Orang yang suka main air...apa nak dihairankan :p. Saya fikir kalau terpercik air pun, sikit-sikit je. Rupanya memang boleh basah lenjun dibuatnya! Patut la diberi baju hujan tu. Tudung saya habis basah. Pandai sangat tak tutup bahagian kepala..tu la akibatnya! :p




Niagara Falls ni ada 3 bahagian: American Falls, Bridal Veil Falls dan Horseshoe Falls. Dalam gambar ni boleh nampak American Falls (kiri) dan Bridal Veil Falls (hujung kanan). Bot ni tak sampai ke Horseshoe Falls sebab dah masuk kawasan Canada. Horseshoe Falls cantik lagi la. Untung yang datang dari Canada boleh tengok ketiga-tiga air terjun tu


Pemandangan Niagara Falls dari Canada. Belah kanan ni la Horseshoe Falls. Belah kiri sana American Falls dan Bridal Veil Falls. Bridal Veil Falls memang kecil je. Kalau tengok dari jauh tak perasan pun
Sumber gambar: Niagara Falls panorama


Gambar ni jelas sikit nampak Bridal Veil Falls (belah kanan). Terkecil antara ketiga-tiga air terjun








Lensa kamera terkena percikan air masa ni. Tu yang gambar kabur






Safiyyah yang riang walaupun dah basah lenjun. Seronok la tu dapat main air. Kejap je pun baju kering. Sementara nak cari tempat nak salin baju, kering dah pun baju! Cuaca panas waktu tu. Sudahnya baju Shakir je yang disalinkan



Entry ni sebenarnya kesinambungan catatan perjalanan musim panas yang lepas. Saya tak habis cerita lagi :p. Masalah besar kalau angin malas berblog datang. Berbulan-bulan terbengkalai nak siapkan. Ni pun belum habis lagi. Entah sempat ke tidak habiskan sebelum masuk tahun baru...huhu..

Niagara Falls antara destinasi kami di hari yang ke-11. Dari Ithaca terus ke sini. Catatan perjalanan sebelumnya ada di pautan bawah ni:

Summer Trip 2011 (part 1): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 2): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 3): Milwaukee, WI & Michigan City, IN
Summer Trip 2011 (part 4): Cleveland, OH & Little Ferry, NJ
Summer Trip 2011 (part 5): New York City & Ithaca, NY
Summer Trip 2011 (part 6): Ithaca, NY



Nota: Setakat ni, Niagara Falls adalah tempat yang paling cantik dan yang paling kami (saya dan suami) suka. Nak pergi lagi rasanya!


32 comments:

Unknown said...

Tempat idaman min juge... alohai bile la dapat menjejakkan kaki kat sana...bertuah akak n family dapat pi sana..

p/s: tengok gamba pon dah excited. ^^

yatie chomeyl said...

subhanallah, cantiknya..mmg puas hati la dpt pergi. basah2 pun takpe janji dh smp tmpt best

eB said...

aduyai jelesnyer. biler la kami nk mraser nih? hu3

mimmie said...

subhanallah..memang cantik sgt tempat ni..bertuahnya akak dapat pg sana...jelesnyeeee...huhuhu..tumpang tgk gambar akak pun jadila... ;)

Najwa.H said...

cantiknya gambar yang ada pelangi tu...


bestnya Nad dah sampai sana..

dear anies said...

best nyerrrrrr nk g jg 1 hr nnt insya allah

Bang Hassan said...

Salam sejahtera ...
Blog yang menarik ~~~

HuMayRah HaYatI said...

Cantikkk permandangan air terjun tu...bestnyer Nadiah dapat pergi...

radziah AR said...

subhanallah....cantiknya...

Nur-nba said...

Subhanallah.. cantikkkkknya pemandangan kat sini.

Beruntung benar Nadiah dan anak2 berpeluang menikmati sendiri keindahan ciptaanNya. Teruja melihat gambar2 di atas. Walaupun tak berpeluang ke sana. Apatah lagi Nadiah.. yang berada sendiri di sana.

Gambar2 Nadiah ni pun sudah cukup menggembirakan Kak Nur. Cantik sangat..

p/s : Suka entri Nadiah yang banyak gambar. Kongsilah lagi dengan kami ye!! TQ so much.

transformed housewife said...

Suhanallah cantiknya.

idasm said...

alhamdulillah. tumpang hepi utk nadiah. mmg NF antara destinasi impian kak ida jugak. tak tahu bila boleh sampai.
thanks sebab sudi share gambar2 yang cantik2 semuanya. best tengok. mmg cantik sgt.
safiyyah pun mcm amira, sgt berdikari.

Kak Jejars said...

Subbahannallah cantiknya ^_^.

Memang teringin sangat nak pegi dan insyallah akan cuba masukkan dalam program sebagai salah satu tempat wajib pegi ^_^ tapi perginya tak tau la bila hiks..

Salam kenal

Unknown said...

SubhanaAllah Nadiah. Memang cantik sangat. Dapat rasa keterujaan dan kesronokan nadiah di sana. Rasa nak turut serta...:)

Anonymous said...

Bila tgk gambar Niagara Fall,teringat cerita The Nanny...tak tau ape relevent yer..hihi..

awjan said...

Subhanallah..chanteknyer...rs nk pegi jugak jer

Ina Hashim said...

Subhanallah....cantiknyaaaa....dengan pelangi lagi

lina said...

salam nadiah - Subanallah sgt cantik ciptaan ALLAH, Sgt benar nikmat mata dpt melihat ciptaanNYA sungguh indah...Lina rasa bertuah juga walaupun tak melihat secara live tp melihat gambar terasa kebesaranNYA..

Kamalia said...

MasyaAllah..cntiknye..teringat time kecik dulu tgok gmbr kakak dkat sini jugak..brharap satu harinnt dpt pegi sini.

Ummi Hanie said...

subhanallah ... cntiknye ... cuma hanie ni fobia air :p

comelll safiya pakai bju ujan

kak , ada tag utk akk ;

http://ummihanie.com/baby-cute-contest/

ummi_ziz said...

Indahnya ciptaan Allah! Subhanallah!
Untungnya kalian dpt menikmati keindahan alive.
Yg jauh ni tumpang tgk je la hehe
Tq for sharing! Aah la izu pon cuti2 UK masa parents tg aritu pon tk hbs citer lg..hehe
Nway, suka tgk safiyyah seronOk ats kapal tu ;)

Hanis MY said...

wee bestnyaaa cantik sgt! ada rainbow lg... tak dpt pergi tgk kat sini pun dah puas...

mamashikin said...

wau mmg sgggt cantik..aduh bestnya tgk semua org duk oversea..tu la kan, masa kecik2 malas blajar..pastu xdpt merasa duk oversea..hehee

Unknown said...

so cantek la...tak terungkap dgn kata-kata...subhanallah... (^_^)

Unknown said...

Ya Allah, cantiknya niagara fall ni...

terima kasih berkongsi nadiah.. feeling feeling dah sampai niaga fall plak... hihiii

Fazlinil Irma said...

subhanallah.. cantiknya gambar yg ada pelangi.

Nadiah Sidek said...

meen: rezeki akak meen :)

yatie: yup. lagipun basah sekejap je pun :D

eb: kalau diizin Allah sampai juga eb ke sini nanti :)

mimmie: memang cantik!

najwa: ada pelangi tu lagi nampak cantik

khairin: ada peluang pergi la..tak rugi pergi sana

Nadiah Sidek said...

hassan: terima kasih

k.yati: memang cantik

k.zie: :)

k.nur: insyaAllah. terima kasih kak :)

k.nuradyani: ye, cantik sangat

annie: takpe, letak je sebagai wish list dulu. salam kenal juga :)

Nadiah Sidek said...

k.yus: jom ;)

k.fatonah: cerita pasal apa tu kak? hehe..

awjan: ada rezeki lebih pergi la. highly recommended ;)

k.ina: pelangi tu penyeri :)

k.lina: ciptaan Allah memang indah

k.kamalia: semoga impian akak jadi kenyataan..ameen..

Nadiah Sidek said...

hanie: akak setakat naik bot ok lagi :D

izu: ada masa nanti sambung la cerita tu :D

hanis: kena tengok depan mata sendiri baru puas ;)

mamashikin: hehe..ni pun tumpang tuah suami yang sambung belajar kat sini

sweet umi: ye, tak terungkap dengan kata-kata

kakyong: hihi..ok la tu

irma: ramai yang suka gambar tu :)

aLyNnZ said...

bestnyerr nadiah merasa pengalaman spt itu..ishh biler lar alynn dpt g nihh..cantik sgt2 waterfall tuu...menakjubkan ciptaan tuhan yg terindah..ada pelangi lagi rasa cam dekat jer pelangi tu mcm boleh capai jew..

Siti Asiah said...

seronoknya dapat tengok real Niagra Fall tu...:)