Lewat juga kami ke Lincoln Children's Zoo masa tu, dalam pukul 2.30 petang kalau tak silap. Baru keluar rumah cuaca sedang molek. Masuk dalam zoo....ya Allah...panas ya amat! Ni baru panas dunia, tak terbayang bagaimana panasnya api neraka. Moga dijauhkan daripada kepanasan api neraka..ameen..
Safiyyah tengok penguin :)
Hanya lihat rusa dari jauh
Masuk Butterfly Pavilion pula ;)
Papa kenalkan rama-rama pada Safiyyah ^_^. Rama-rama tu dah nak mati...tu yang senang je bertenggek atas tangan
Antara rama-rama yang ada di situ
Mungkin selamanya saya akan geli dengan ulat bulu dan segala macam jenis ulat!
Flamingo!
Shakir si ulat bulu :p
East African Crowned Crane.
Suka tengok jambul burung ni...cantik!
Muka terpinga-pinga baru menetas :p
"Ni siapa?" Mungkin itu yang terdetik di fikiran Shakir :p
Dalam zoo ni ada playground yang cantik berwarna-warni
Di belakang tu ada replika tulang dinosaur
Berpeluh-peluh. Walaupun tiada terikan mentari dan kawasan di dalam zoo ni teduh, kepanasannya memang tak tertahan. Rasa nak terbakar kulit. Baru separuh jalan, kami dah bermandi peluh dah padahal zoo ni kecil je
Alhamdulillah, jumpa pancuran air ni. Memang sengaja dibuat untuk menyejukkan badan di musim panas
Safiyyah yang suka main air seronok la sampai tak nak ke mana-mana dah. Manangis-nangis dia kena paksa pergi tempat lain..huhu..
Shakir yang masih belum mengerti apa-apa, hanya main jari sendiri je la ^_^. Belum masuk 4 bulan pun masa ni (punya la basi cerita ni! :p)
Jenguk helang pula
Helang yang macam patung..tak bergerak langsung
Pony rides
Mula-mula Safiyyah macam tenang je atas kuda. Kuda baru berjalan...melalak-lalak dia! Takut jatuh agaknya
Tengok tu...meronta-ronta nak turun
Benda kuning yang Safiyyah pegang tu ada makanan untuk kambing dalamnya. Nak bagi kambing makan kena bayar la...kena masukkan syiling dalam peti tu
Mulanya Safiyyah tengok dari jauh je kambing tu. Makin lama makin dekat. Akhirnya dihulur tangannya nak pegang kambing. Kambing cium tangan dia...cepat-cepat dia tarik tangannya semula. Geli la tu..hihi..
Hampir tak kenal saya dengan llama ni! Hanya bulu di kaki je tinggal..huhu..
Sebelum balik, sempat juga naik train ni. Sekejap je pun. Zoo kecil la katakan tapi train ni pusing 2 kali la. Sekali pusing tak rasa apa pun :p. Jadi la...janji Safiyyah seronok
Nota 1: Kami ke Lincoln Children's Zoo ni pada 16 Julai 2011. Berkurun lama dah cerita ni :p
Nota 2: InsyaAllah akan ada lagi cerita-cerita yang dah lapuk yang akan saya ceritakan. Nak baca entry saya lain kali tarik nafas panjang-panjang dulu ye! Takut pengsan pula baca cerita yang dah basi. Hihi..
18 comments:
salam nadiah - tak mengapa...tarikh sgt penting biarpun terlewat update...ianya dairi kehidupan kita utk di wasiat pada anak2 bila kita telah terhenti nafasnya....suka gambar flamingo itu...subanallah sgt cantik!
nadiah sonok lerr zoo children tuu..geram dapat tgk binatang yg comel2..penguin berenang di depan mata..flamingo yg pink..flamingo kat sini pink gak tapi gitu2 jew skethari lagik jadik warna putih..alin dapat rasakan kepanasan kat sama time tu sbb pipi saffiyah pkai blusher..saffiiyah dah mandi sure basah baju..so mcmaner biarkan dia kering sendiri la yerkk..?
tapi apa ek binatang Ilama tuu..? jakun plak tgk..
cerita basi x pe. dia x berbau. kikikii. ;)
xpe,basi pun masih boleh letak kat sinikan..sygla klau tak dipahatkan kenangan tu..suka tengok gelagat safiyyah.
salam... hu3... saya jugak penggeli dengan segala jenis ulat... mungkin saya takkan masuk langsung ke mana - mana rumah rama2 sebab geli... aihh...tak tau lah...he3
geli ar tgk caterpillar tuh. hu3
cantik bulu flamingo
gamba plg comel gamba kaklong dlm telur menetas tu! :)
suka pegi zoo! esp kat abu dhabi ni zoo bersih sgt n xberbau. :) kita pun ade citer basi nk citer tp xciter lagi.. bole la blog jgk. hihi
santai je zoo nyer...
suka tgk butterfly pavilion..tp knape kt pavilion sini x de rama2 cm tu? heheheh
budak2 seronok pergi zoo. Sejak balik Msia, kami belum pun bawa anak2 ke Zoo kat Msia ni. Baru2 ni kat ZOo Melaka, ada kes budak kena gigit dgn siamang. mcm gerun pulak.
Syakir dan ulat bulu.. tapi jangan sampai naik ke daun tau...hehe
Hihi its ok, izu pon salu gak ltk citer dh basi. ;)
Nway, mmg panas yer, bpeluh2 n merah pp Safiyyah hihi
Tp bbaloi pegi zoo, kids bley tgk n bljr or knl haiwan :)
wah ado yer children zoo...best2..
papa mifz baru lepas pergi zoo jugak..tapi zoo negara la..:)
walau cerita dah basi.. tapi menarik jer... suka tgk telatah safiyyah...
k.lina: nasib baik nadiah letak juga tarikh :D
alynnz: baju safiyyah kering sendiri. kejap je kering sebab panas sangat masa tu
irma: betul, betul! hihi..
k.kamalia: tu yang nadiah buat juga kak walaupun cerita dah lama :D
syu: geng la kita..hehe..
eb: geli gak :p
kswsk: yup, memang cantik
syigim: blog la..jangan malu-malu tulis cerita basi. hihi..
khairin: tak banyak pun spesies rama-rama kat situ
k.nur: tu la kak..rasanya kalau ada anak kecil..zoo akan banyak kali dikunjung :D
k.nida: naik daun nanti ummi cubit dia! :p
izu: masa tu safiyyah belum kenal binatang lagi. kalau pergi sekarang ni mungkin dia rasa lagi seronok
papa mifz: janji zoo. hehe..
kakyong: terima kasih kakyong sudi baca :)
mcm hanie la ni... citer basi tp xkesah la kan ... kngn brharga tu ;)
knk2 dan zoo xdpt dipisahkn ;)
seronok bace diari Nadiah...tak bosan pun...;)
Post a Comment