Pages

Saturday, December 31, 2011

Sebelum 2011 berakhir

Sempat juga buat entri penutup bagi tahun 2011! ^_^

Ye, di Malaysia dah masuk tahun 2012 tapi di US masih ada lebih kurang sejam lagi sebelum 2011 melabuhkan tirainya. Banyak perkara berlaku sepanjang tahun 2011. Pahit, manis, masam, masin...semua ada! Dah nama pun manusia. Adat la begitu. Antara kenangan manis bagi tahun 2011:


Permata hati kedua
Kelahiran Shakir adalah anugerah terindah buat saya dan suami untuk tahun 2011 ni. Berganda kegembiraan kami apabila dikurniakan anak lelaki pula bagi kelahiran yang kedua. Melahirkan Shakir pun mudah sangat. Tiada komplikasi, tiada bantuan ubat-ubatan (suntikan/gas), sakit nak bersalin tak lama, malah proses meneran juga sekejap. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Banyak perkara yang Allah mudahkan sepanjang tempoh mengandung dan melahirkan Shakir. Atas sebab itu juga la kami namakan permata hati yang kedua dengan nama Shakir yang bermaksud syukur. Mudah-mudahan hendaknya Shakir menjadi hamba Allah yang sentiasa mensyukuri segala nikmat kurniaanNya..ameen..
[Kelahiran ke-2...adik Safiyyah...]

Shakir yang ketika ini baru berusia 5 hari


Bersalin dalam air
Antara pengalaman menarik buat saya dalam tahun 2011. Sebelum tu hanya baca artikel-artikel yang berkenaan di internet je. Alhamdulillah, dapat juga peluang merasa sendiri bersalin dalam air walaupun takut lemas masa bersalin. Bukan takut anak lemas. Takut diri sendiri yang lemas. Hihi..
[Detik-detik kelahiran Shakir dalam air]


33, 34, 35 dan 36
Telah lahir cucu belah Kelantan yang ke 33, 34, 35 dan 36 (jumlah ni termasuk seorang yang dah meninggal). Shakir cucu yang ke-33. Keluarga belah Kelantan memang besar. Belah Selangor baru 2 orang cucu je...Safiyyah dan Shakir la :). Yang ke-34 dari rahim kakak ipar, yang ke-35 dari rahim biras dan yang ke-36 dari rahim adik ipar. Menariknya, keempat-empatnya lelaki! Macam berpakat pula antara kami ipar duai ^_^.

Sepupu-sepupu yang sebaya dengan Shakir
Ikut arah jam dari kiri: Muizz, Adib dan Aqil yang lahir di bulan 10, 11 dan 12 :)


Nota: Selamat tahun baru 2012 buat semua!



12 comments:

Izan Ishak said...

menariknya nadiah... cucu belah kelantan berderet lelaki ye... 4 org sekolah sama2 nnti...

teringat dulu2 masa k.izan nak kawen, mak pun baru je menimang 4 org cucu pada thn yg sama. skrg masing2 dah nak masuk darjah 5 dah pun...

Fazlinil Irma said...

selamat tahun baru utk nadiah sekeluarga. :)

ada salji tak..?

KhaiRin said...

hebat hebat!

selamat thn br buat nadiah sekeluarga!

Nur-nba said...

Ramainya anak buah Nadiah. Syukurlah Nadiah dipermudahkan menimang cahaya mata. Jaga dan didik mereka dengan penuh kasih sayang.. Selamat Tahun Baru ye..

アヌムちゃん said...

wah taktau yg akk bersalin dlm air tu..baru tau..pengalaman yg menarik..ramai betul geng2 syakir kan..slmt thn baru kak :)

al-lavendari said...

dah besar nanti tentu syakir lebih hensem dari ayahnya ... hehe

geli pula hati saya bila awak kata awak takut lemas !

Lady Lavender said...

selamat tahun baru jugak buat nadiah. Semoga kita lebih baik dari sebelumnya..

hasnisyakila said...

wah, 36, ramai2...hehehe

anak buah saya yang latest 29/12 2011...kami ingta dah takde yang 2011...ade jugak...hehhe...

LadyBird said...

nadiah.. wan org kelantan ek?

Nadiah Sidek said...

k.izan: a'ah, diorang masuk sekolah sama-sama la nanti

irma: salji dah cair..huhu..

khairin: selamat tahun baru juga :)

k.nur: alhamdulillah, kak. insyaAllah

アヌムちゃん: kita pun baru juga jumpa di blog..banyak la cerita ketinggalan ;)

Nadiah Sidek said...

pakngah: hihi..tu la. takut-takut berani masa tu. nasib baik tak lemas :p

lady lavender: insyaAllah. mudah-mudahan begitu la hendaknya

syakila: hehe..ada lagi ye yang keluar hujung tahun lepas :D

ladybird: ye, suami saya orang kelantan. kuala krai :)

LadyBird said...

Nadiah, awk school kimia kan? dan Wan school kajihayat kan? kawan abg mahfuz? betul kan? lady ingt2 lupa.. tapi agak pasti..