Pages

Thursday, December 29, 2011

Letih yang berbaloi

Tamat sudah perjalanan kami yang bermula pada 22 Disember lepas. Alhamdulillah, saya sekeluarga selamat tiba di rumah jam 4.30 pagi tadi (waktu Lincoln, NE). Secara tak langsung, terjawablah sudah kenapa blog ni sepi untuk seminggu ni :).

Sampai rumah pagi tadi terus 'pengsan'. Baru terasa sengal-sengal badan. Tapi terasa kepuasannya. Perjalanan kami ni tak dirancang betul-betul pun. Awalnya suami saya kata winter break ni tak dapat nak ke mana-mana memandangkan dia banyak kerja yang perlu disiapkan. Tiba-tiba pula kata nak ke Kansas City, MO. Ada urusan pun untuk ke sana. Dah alang-alang nak ke Kansas City, saje la saya ajak suami lajak sikit ke St Louis, MO.

Lepas tu suami beri cadangan lain pula. Saya ikutkan je. Janji dapat jalan-jalan :D. Perjalanan kami kali ni lebih kepada ziarah je pun. Bukan makan angin sangat. InsyaAllah nanti saya cerita di entri lain :)


Nota: Nampak gayanya tak dapat juga saya nak siapkan cerita summer trip sebelum tahun 2011 berakhir..huhu..


9 comments:

Teratak Hami said...

nanti share gambar2 jalan ye :-)

Anonymous said...

Wah..lama yer berjalan..Takpa, akk setia jer tunggu entry Nadiah..hihi

eB said...

ho3. haku jugak yg telan ir liur. ;p

Amzar said...

bestkn kuar jln2 walaupun xdrancang janji leh bwk kurga jln2...

Siti Aisya mzm-fc said...

nanti letak gambar banyak2 okehhh..kat st Louis ada taman cantik,saya tengok gambar kawan yg study kat sana..memang lawoooo taman tu,hihi

Hanis MY said...

huwaa tak khatam lg peta us tatau kat mana st louis seme hehe... apapun bila dah habis rehat nati story mory ye...

Izan Ishak said...

patutlah senyap je blog nadiah ni... jalan2 makan angin lagi ye...

Ummi Hanie said...

rehatkn bdn dulu ye kak nadiah ... ;) jalan2 dgn ank kecik ni mmg meletihkan sikit ... tp takper asalkn ejoy..bile lg nk merasa kan? ;)

Nadiah Sidek said...

teratak hami: insyaAllah :)

k.fatonah: hihi...terima kasih! :)

eb: telan air liur je tak kenyang...telan nasi la :D

k.imah: yup, janji dapat jalan-jalan

siti aisya: tak jadi pergi st louis..hihi..

hanis: tak khatam juga peta US walaupun dah 2 tahun duduk sini :p

k.izan: a'ah, jalan-jalan ;)

hanie: betul, betul. letih tapi seronok ;)