Pages

Wednesday, April 28, 2010

Safiyyah...memanjat..?

Haih..dah reti memanjat la pulak cik Safiyyah ni. Sebelum ni Safiyyah tak reti memanjat. Bak kata, takde la istilah panjat-memanjat dalam kamus hidup Safiyyah selama ni. Dia jenis yang tak lasak. Kalau budak lain baya dia, agaknya dah expert dah memanjat. Safiyyah lak baru reti memanjat di usia 15 bulan (nak masuk 16 bulan pun). Senang hati la bila dia tak reti memanjat, takde la nak risau sangat ke apa time dia main sorang-sorang. Sekarang ni nampaknya kena lebih alert la...risau terjatuh pulak nanti.


Ni gambar pagi semalam. Tak mandi pun lagi masa ni. Muka happy dapat naik atas sofa. Saya duk siang ayam, perasan la dia cuba nak naik sofa tu tapi sebelum ni tak pernah berjaya...saya pun buat tak tau je la (dapur kat ruang tamu ni je...memang tak best tapi 1 kebaikannya..senang nak perhati anak kenyit). Bila toleh sekali lagi...la...dah ada atas sofa dah pun. Lepas je siang ayam, terus snap gambar ni jelir. Pastu baru mandikan dia (pukul 11 lebih dah pun masa tu, mandi lambat sebab Safiyyah bangun lambat...kul 10.40 pagi baru dia bangun senyumkenyit)


Ni nak menyelit sikit. Saje zoom baju yang Safiyyah pakai tu sebab sangat suka kata-kata yang tertulis kat baju tu. "If you think I'm cute you should see my mom". Boleh la ummi Safiyyah ni perasan cute..hahaha. Oh, baju ni suami saya yang belikan...nak 'gula-gulakan' saya la tu supaya dia tak kena bebel sebab gi shopping lagi jelir


Nak memanjat lagi. Masa ni baru lepas mandi



Ni le gayanya Safiyyah panjat atas sofa tu. Masa ni dia tak berjaya naik. Marah-marah dia bila tak dapat naik. Nak ummi tolong, sori la jelir. Pastu boleh gak dia naik sendiri tapi tak sempat la rakam, dah ke dapur balik. Duk tunggu kang, tak berasap la dapur


Masa ni dia berjaya naik atas sofa. Tengah khusyuk tengok rancangan kegemarannya. Bagus juga dia duduk atas sofa ni...jauh sikit dari TV...kalau tak tu, berapa inci je jaraknya dengan TV takbole


Terkejut saya masa tengok Safiyyah duduk atas kerusi ni. Tak perasan langsung bila dia panjat. Sebelum tu Safiyyah main tolak-tolak kerusi tu...tu la antara kerjanya kat rumah, saya biarkan aje la. Saya makan nasi waktu ni, lapar punya pasal...tak toleh kiri kanan dah (haha..teruk betul! jelir). Tengok-tengok Safiyyah sedap je duduk atas kerusi tu. Isy, bahaya betul...dah la kerusi tu beroda (dalam pada risau, sempat pulak snap gambar dia..eheh..)


Tengok la mukanya tu...puas hati la tu dapat memanjat. Yang bagusnya, dia reti turun sendiri. Sikit pun takde dia menjerit mintak tolong turunkan dia tepuktangan. Pandai panjat, kena pandai-pandai la turun sendiri, kan? senyumkenyit

29 comments:

Norhayati Ahmad said...

sape sifu safiyah ni..hehe..jgn tiru aksi spiderman cudahlah..

cik oryza said...

hehehe... diam2 ubi la si safiyyah ni.. safiyyah makin pandai bergaya sebab uminye suke sgt snap gmbr dia

hilma said...

suke tgk muka x bersalah dia..dia semakin cumil..=P

Izan Ishak said...

salam kenal nadiah...

hahhh...cumelnya bila tgk safiyyah dah terer panjat memanjat nih. muka selamba je!

lepas nih kena tgk2 selalu... xboleh lekalah maknya...

makcikrehan said...

hehehe..sudah tiba masanya safiyya meneroka. anyway dia sagtalah cute!

nza said...

dh pandai manjat ye safiyyah.comel jerr....ttp hati2!!!

Sari said...

klau safiyyah nk blajar lompat dari sofa ke bwh, meh dtg umah makcik sari, blajar dgn Amni..hehe

deena farhana said...

panjat....jgn xpanjat....cyg die...tomeii je

ummumishkah said...

nak panjat sofa sempat lagi pandang kamerayer dear! :)

Za's said...

suka jugak dgn kata2 tu, "if u think i'm cute, you should see my mom" hehe..

ummiaisyah said...

syok tgk gaya safiyyah manjat..macam mummy dia ke??heheh

sarahfazalul said...

safiyyah memaparkan skill baru dia..lepas ni bolehlah 'wall-climbing' pulak ye (^^,)

husna said...

hahhahaa..
tak tahan...
buat muka hepi puas hati sungguh sbb dpt panjat.
lepas ni, mcm2 benda la dia panjat.

iqbalsyarie said...

alahai...comelnya...

.M.A.M.A.D.A.N.I.S.H. said...

slm knl..

comeynya anak awak..geram saya tgk..hehe..:) cute sgt..

Ummu Ammar said...

Salam Nadiah..

"if u think i'm cute, you should see my mom" - memang mak dia cute pun...hihihi

Nadiah Sidek said...

kak yati: yg pastinya bkn umminya la yg jd sifu panjat-memanjat ni. umminya sopan santun aje. ahaks!

cik oryza: safiyyah pandai bergaya atau umminya yg pandai menggayakn safiyyah? :D

hilma: safiyyah mmg selalu buat muka tak bersalah :p

izan: salam kenal izan! terima kasih sudi ke sini :)

makcikrehan: masih tak hbs &tak pernah jemu lg meneroka rmh sendiri..ehe..

nza: ummi safiyyah pun kena lebih hati2 jgk ;)

sari: wah..amni terer lompat dr sofa ye

deena: panjat..jgn tak panjat..tp nak turun pandai2 sendiri la :D

Nadiah Sidek said...

ummumishkah: hihi..harus!

za's: kalau ija suka..akk lg berganda2 suka! ehe..

ummiaisyah: mcm papa dia kot :p

sarah: nak wall climbing dgn aunty sarah blh? ;)

husna: tu la..dah reti memanjat tu..asyik memanjat je kerjanya

iqbalsyarie: moga akhlaknya juga comel.. :)

mamadanish: salam kenal mama danish! terima kasih sudi singgah ke sini :)

ummu ammar: makin perasan la ummi safiyyah ni..ahaha..

aLyNnZ said...

hehe..saffiyah semakin hari makin cun melecun larr..geram tgk..rambut lurus lembut..rambut danish dh jd curly skit kt bhgn belakang..hehe..

owhh dh panjat memanjat yerr..auntie dh lama sakit belakang melayan danish panjat memanjat..maybe baby gurl lambat skit dtg skill panjat memanjat nie..

Nida said...

lepas ni tak boleh duduk diam ler Ummi dia.. nak perhatikan dan kejar safiyyah je..hehe

Chik Na said...

rumah nadiah ade tangga tak? kalau tak lagi haru..nantikan tau-tau dah samapai atas..

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Bagus safiyah, teruskan latihan, balik kampung nanti, dah boleh panjat pokok kelapa. :D

yatie chomeyl said...

harus ummi kena extra careful lah pasni sbb safiyah dh develop new skill i.e skil memanjat pulak kan skrg ni hehehe

boundaries said...

wahhh...yey!!!safiyyah dah kuasai satu teknik baru....pandai...

tapi jgn tiru mcm makcik huda la...makcik huda masa kecik suke panjat pokok...hihihi

unlisted_one said...

wah,..ligat si comel ni. takpe, aktif tu bagus kan. tanda dia happy dan sihat..hehe

Nadiah Sidek said...

alynnz: tak jgk alin..ada jgk baby girl yg cepat memanjat ;)

nida: lumrah le org ada anak2 kecik :D

chik na: takde..mgkn sbb tu la safiyyah lmbt skit skill memanjat ni

amirul faiz: amboi..pokok kelapa tu

yatie: gitu le nmpknya..eheh

boundaries: blh tahan jgk huda masa kecik dulu ye :D

unlisted_one: yup ;). tq nia singgah sini

♥LOVE2COOK♥ said...

Adui, she's so cute la Nadiah! Mmg betul kat baju dia tuh..Ummi dia mmg sweet! *___^

sekamar rindu said...

salam....ukhwah,


comelnya baby safiyah ni..

farae al-farafisya said...

salam..comelnya tengok safiyyah memanjat...