Pages

Showing posts with label inspirasi. Show all posts
Showing posts with label inspirasi. Show all posts

Wednesday, June 9, 2021

Kunci Kejayaan

 3 keys to success: Consistent. Persistence. Endurance.

Selalunya kita hanya nampak kejayaan seseorang tapi perjalanan menuju kepada kejayaan itu tak ramai yang cakna.

Kejayaan adalah suatu proses. Ia bukannya datang bergolek. Bukan juga diperoleh dalam sekelip mata. Kejayaan adalah hasil usaha seseorang yang tak kenal erti putus asa bertahun-tahun lamanya.

Nak menuju ke puncak kejayaan tu, entah berapa kali agaknya seseorang itu jatuh terduduk. Entah berapa banyak air mata yang gugur. Tersungkur berkali-kali, entah siapa yang tahu?

Pernah dengar Sambal King? Saya baru tahu kewujudannya awal tahun ini. Produk ini rupanya mula dijual pada tahun 2017. Selama ni saya tak pernah dengar pun. 

Awal tahun ini juga, tular kisah Sambal Nyet yang habis terjual sebanyak 10,000 unit dalam tempoh tak sampai sejam! Wow! Ternganga dibuatnya.

Berbeza sangat kisah Sambal King dan Sambal Nyet. Bagai langit dengan bumi sedangkan pemilik kedua-dua sambal tersebut adalah orang yang sama. Ya, kedua-duanya milik Khairul Aming.

Siapa sangka, Khairul Aming dahulunya pernah 'gagal'? Andai pada saat itu Khairul Aming berputus asa, pasti dia tidak sampai ke tahap ini.

Khairul Aming ambil masa 4 tahun untuk kembali bangkit. Dalam tempoh itu, dia bukan duduk termenung menangisi nasib diri semata-mata. 

Apa yang dia buat? Dia tarik brek sekejap dan mula buat personal branding dengan menghasilkan satu demi satu video masakan di Instagram. Dari sinilah dia mula dikenali ramai.

Dalam masa yang sama, Khairul Aming buat R&D produk sambal dia. Kaji apa yang silap dan perbaiki rasa sambal sehinggalah terhasilnya Sambal Nyet. Sambal yang menjadi rebutan sejak ia dilancarkan.

Hasil usahanya selama 4 tahun akhirnya membuahkan hasil. Segala penat lelahnya kini sudah terbayar.

"The moment I sold all 10,000 bottles I wanted to cry because nobody knew how long it took me to get here." Khairul Aming.

Sunday, October 25, 2020

Kisah Khabib Nurmagomedov

Tular sekali lagi kisah Khabib Nurmagomedov kali ini. Nama ini pertama kali saya tahu ketika tularnya berita kematian ayahnya beberapa bulan yang lepas. 

Hari ini, nama Khabib sekali lagi tular di media sosial atas kemenangannya sebagai juara bertahan yang ke-29. Ia juga merupakan perlawanannya yang terakhir dan bersara dengan mengekalkan rekod kejuaraan tanpa kekalahan.

Saya bukanlah peminat sukan. Tidak pernah mengikuti mana-mana acara sukan lebih-lebih lagi acara gusti. Cuma cerita Khabib mencuri perhatian saya.


Gambar sumber Google


Saya belajar sesuatu daripada kisah Khabib.

1. Dakwah itu luas pengertiannya. Dengan bersukan pun boleh berdakwah. Jika baca cerita Khabib, beliau adalah seorang yang sentiasa menjaga solatnya dan sentiasa solat berjemaah di masjid. Setiap kali kemenangan, pasti ucapan Alhamdulillah yang meniti di bibirnya.

2. Betapa pentingnya menjaga akhlak dan dan budi pekerti yang baik. Akhlak yang baik pasti disenangi kawan dan dihormati lawan. Dengan akhlak yang baik juga mampu buat orang tertarik dengan Islam.

3. Sentiasa bersikap merendah diri sekalipun telah berada di puncak kejayaan.

4. Peranan ibu bapa sangat penting dalam mencorakkan keperibadian anak. Saya cukup senang membaca kisah Khabib dengan ayahnya. Betapa rapatnya hubungan mereka berdua. Betapa hormatnya Khabib terhadap ibu bapanya. Perlawanan yang terakhir ini juga adalah demi menghormati permintaan ibunya yang tidak mahu lagi Khabib berlawan tanpa ayahnya di sisi.


"When ALLAH with you, nobody can broke you, nobody", Khabib.


 Selamat bersara, sang juara! Moga terus memberi inspirasi buat semua.