Pages

Wednesday, December 1, 2010

Rentetan daripada kisah Safiyyah reti memanjat #2

Kaki kerusi makan diikat! Kat rumah lama, semua kerusi makan kami letak kat luar sebab Safiyyah suka sangat memanjat. Bukan dia nak panjat atas kerusi semata-mata tapi atas meja! Tu yang kami letak kat luar tu. Kat rumah ni pulak tak sesuai letak di luar. Nak letak kat basement leceh pulak...nanti kalau nak guna, kena pulak bawak naik semula. Sudahnya kami ikat je kaki kerusi tu. Selesai 1 masalah! Sape-sape yang datang ke rumah kami mesti tanya kenapa kerusi meja makan tu diikat. Pelik je masing-masing..macam tak bagi orang duduk pulak..hehe..


Laci belah tepi ni semua dah dipasang safely lock! Sebelum ni kami biarkan aje. Barang-barang pun saya tak letak dalam keempat-empat laci belah tepi ni sebab nanti Safiyyah akan keluarkan semua benda yang ada dalam laci tu. Minggu pertama duduk rumah ni, dia hanya bukak tutup laci je. Minggu seterusnya pulak, dia dah mula balik duduk dalam laci macam kat rumah sewa sebelum ni (tengok gambar bawah)


Ni masa kat rumah sewa sebelum ni. Safiyyah 20 bulan masa ni. Ni la antara kerja dia kat rumah..duduk dalam laci dapur!


Ni pulak masa dia 22 bulan. Kat rumah yang kami duduk sekarang la. Dulu dia masuk dalam laci pertama (laci bawah sekali)....ni dah naik 'pangkat'...ke laci ke-2 pulak. Tapi tu ok lagi la. Saya biarkan aje juga la


TAPI...kami terpaksa ambil keputusan drastik pasang safety lock pada keempat-empat laci tu bila mana Safiyyah dah naik sampai laci paling atas! Tengok gambar kabinet atas tu, yang saya bulatkan dengan warna kuning. Memang terkejut sangat masa tu! Bayangkan macam mana dia boleh panjat daripada laci yang saya bintangkan ke laci yang saya bulatkan tu. Dia buat laci sebelah (4 laci berderet tu) macam tangga!

Saya ada je kat dapur masa tu tapi membelakangi dia...tengah siang ayam kalau tak silap. Sebelum tu memang saya perasan dia duk main laci. Saya buat tak kisah je la sebab memang dia selalu main kat situ. Saya tersedar dia dah berada di laci atas sekali tu pun bila suami tegur masa dia masuk dapur. Buatnya masa tu Safiyyah jatuh ke, atau laci tu patah ke...isy, na'uzubillah. Hari tu jugak la suami saya beli safety lock dan terus pasang hari tu jugak. Risau kalau Safiyyah buat sekali lagi. Dia bukannya reti gayat..huhu..


Kisah-kisah Safiyyah memanjat yang lain:


p/s: sebulan lagi genap la Safiyyah 2 tahun! Cepatnya masa berlalu..

29 comments:

Mek Rose said...

bahaya gak tu kan?
umah sy takder drawer yg byk camtu

yg kat rak tv adela..tapi rafiq takleh nak masuk..sib baik..ehehe dia ade gak cube2 masuk..eheh

maszmadi said...

isk bahaya tu
safiyyah, safiyyah, banyak akal tul dak tecik cumel tu yerk.....

Anonymous said...

hahaha... rumah u dah rupa cam my house time kecik2 dulu. adik bwh i lasak gini. kerusi mmg kena ikat ke meja. sampai fridge pun kena put on lock sebabnye eventho dia masih toddler, dia bleh bukak fridge tu gaya org kupas durian. cukup buat i teringat kisah silam. huhuhu....

Nida n' Hanafi said...

ya Allah... amboi ligatnya anak dara sorang tu..hehe

deena farhana said...

aduihhh...dia xgayat ke kak?? bese budak mesti gayat..boleh tahan la safiyyah ni..

deena pun gayat klu bdiri atas laci paling atas tu..huahuahua

Nia said...

haaa,..bagus! ni namanya child proof ur house. baru la kita tak susah hati sgt nak lepaskan dia.

Affieza said...

Haha...beranilah Safiyyah ni mula2 cuba dari drawer bwh dulu alih2 skrg dh naik smpai ke ats...

puan oryza said...

aduhhh nakalnye safiyyah ni...saya yang bace pun naik risau.. ni pulak kak nadiah

yatie chomeyl said...

wah safiyyah, boleh tahan skill memnajat ni..kalah nazhan hehe

Ummi Shira (AshAnas) said...

wah terrornye safiyyah memanjat... anas tak pandai manjat laci lg... hrp2, jgn la, hehe...

shira pun nak kena beli safety lock jugak lah. sbbnya, umah kami tak byk laci, semua sudu, garpu, senduk, sudip simpan dlm tu. pisau je dah ltk dlm bekas pisau kt atas kabinet...

anas suka selongkar laci. dia punggah then dia masukkan balik tp tak teratur la...jenuh mencari atas bawah, huhu...

Suhana Shahril said...

Hohoho...kretif si safiyyah buat laci ganti tangga. Mujur adlin x reti nak masuk2 dlm laci sbb semua laci ada brg. Dia cuma reti tutup bukak dan punggah segala brg yg ada. Lagi satu, adlin pun pandai memanjat jgk tp guna kerusi. Mmg k.ana ada sediakan satu kerusi khas utk k.ana guna bila nak amik brg dlm kabinet atas.

Ummi Hanie said...

uuuiii...dah sampai laci plg atas??gayat nyee nk bayangkan mcmmane...eolk le tuu akk dah bubuh safety lock...hanie pun ade bubuh kat semua laci2 mcm tu dlm rumah ni tp si izzah (masa kecik dulu) ganas juge , dpt dia bukak ..skrg ni zaid pulak ganti mengemas rumah...gamaknye nk kena cari safety lock yg lebih baik ;)

transformed housewife said...

mmg kena buat langkah drastik bila anak dah pandai panjat2 ni.

incik said...

safiyyah sangat comel..nakal..tapi comel sangat...

Anonymous said...

tergelak saya baca post akak ni. safiyyah yang sgt cute n suke memanjat!- sabrina

lady lavender said...

hiihii..boleh tahan sungguh anak dara nadiah ni..

mamaarifakeemaisy said...

aiyaak..safiyyah..safiyyah..kalah boboy tau..ngee..

ooh sangat bahaya camtu, tmbh2 time kita tak sedar kan..huu..harusla langkah keselamatan diambil..

cian safiyyah, tak dpt lakukan aktivitinya lagi..hehe..

kew_chop said...

nak tergelak pun ada tgk saffiyah manjat. pandai sgt dia fikir camana nak panjat sampai drawer atas. hihi.. tapi tetap bahaya kalo jatuh ke apa kan, nauzubillah..

Love2cook Malaysia said...

Hahahahaah! I had a great laugh seeing Safiyyah's act! Kids are so advanced..;)

Unknown said...

ya Allah... bijak betul safiyyah..
Aliya pun suka manjat.. batu jer jap td jatuh dari kerusi ala2 terjunam gitu.. benjol sikit.. mujur la lepas 1 jam benjol tu surut.. tp riso jugak kalo jd apa2...

Nadiah Sidek said...

rose: tu la..mmg bahaya

maszmadi: tak padan dgn kecik, akal byk, ummi dia yg pening :p

mama miya: ingatkan ija yg lasak..hihi..

nida: jgn tak tau kak..hehe..

deena: akka pun gayat jugak :p

Nadiah Sidek said...

nia: yup, dah pasang safety lock tu senang sikit hati

affieza: kecil2 cili api :D

cik oryza: gitu le gayanya dpt anak yg byk akal..

yatie: nasib nazhan takde kat sini, kalau tak safiyyah dah tajamkan dah skill memanjat nazhan..eheh..

ashanas: safiyyah pun suka jugak keluarkan brg2 dlm laci..letih nak mengemas balik..huhu..

Nadiah Sidek said...

k.ana: tu la, safiyyah ni kreatif sgt

ummi hanie: izzah ganas??? ganas benor bunyinya tu..ehehe..

k.nur: betul, betul!

incik: hee~

sabrina: sabrina kecik2 dulu suka memanjat tak? hehe..

Nadiah Sidek said...

lady lavender: hehe..baru tau ke kak?

mamalieyna: oh, safiyyah byk lagi aktiviti yg nak dibuat :p

kew_chop: tu la, kita pun tak jangka dia boleh panjat sampai laci paling atas tu..huhu..

sis love: hihi..

kakyong: tu la kakyong, kalau anak2 memanjat ni..jatuh tu yg kita risau tu

NzA said...

pandai lak safiyyah cr idea nk manjat tu..ttp hati kot2 jatuh nnti...

HuMayRah HaYatI said...

hati2 safiyyah...jgn nakal2...sian kat umi tu...

boundaries said...

pandai betul laci jadi tangga....

Anonymous said...

kak nadiah, saye tak ingt la saye suke memanjat atau tak, tp satu benda yang saya ingt sampai skrg, masa umur saya 2 tahun saya panjat kerusi utk posing bergambar. hehe :D
-sabrina

O said...

lasak juga yer safiyyah ni
sangat creative!
my herO pun tak terpikir laci tu nak dibuat tangga
;)