Pages

Tuesday, December 14, 2010

Pisang kaki dan suami

Hari tu Min ada cerita pasal buah pisang kaki, teringat pulak kisah suami saya dan buah pisang kaki ^_^. Suami saya mula kenal buah pisang kaki masa baru-baru kenal dengan keluarga saya. Masa tu kami belum kahwin pun lagi. Dia pergi rumah mak ayah saya dan kebetulannya buah pisang kaki ada kat rumah, mak saya jamu la sekali buah pisang kaki tu kat dia. Saya di Penang masa tu. Entah kenapa entah dia pergi rumah keluarga saya waktu tu. Nak ambil hati mak ayah saya kot..eheh. Kan orang kata..nak tackle anak dara orang, kena 'tackle' mak ayahnya dulu..hihi..

Sebelum tu memang dia tak pernah rasa dan tak pernah kenal pun buah pisang kaki! Ni mak saya la yang cerita kat saya ni. Tergelak je saya dengar. Masa mak saya hidang tu, memang jakun la dia tengok buah tu. Lebih kurang macam mat salleh tengok durian la kot :p. First time dia rasa, terus jatuh hati dengan buah pisang kaki! Lepas daripada tu..bila jumpa je kat kedai, terus beli. Sampai sekarang macam tu la. Nampak je buah pisang kaki, mesti beli. Dah jadi hantu pisang kaki pulak :p

Ni la buah pisang kaki/persimmon. Ada yang tak kenal? Rupanya seakan-akan tomato. Takde langsung rupa pisang tapi tak tau la kenapa buah ni dinamakan pisang kaki


Tapi buah pisang kaki ni kalau bukan musimnya (buahnya masih tak banyak)...mahal harganya. Kadang-kadang tu dah tak boleh nak sabar, suami saya beli juga la 2-3 biji buat melepas kempunan. Kat sini pun ada juga dijual buah pisang kaki. Dah beberapa kali dah suami saya beli. Tak pasti la harga kat sini berapa. Tak ingat nak tanya suami saya. Mahal jugak rasanya. Mungkin masa suami saya beli tu belum musim kot.

Oh, saya tak makan buah pisang kaki. Tak pernah cuba pun sebenarnya :p. Saya tak minat baunya. Baunya tu yang membantutkan keinginan saya nak rasa buah tu. Ciku pun saya tak makan sebab baunya tu la. Durian makan pulak :p. Durian lain, baunya wangi..eheh..

23 comments:

Ina Hashim said...

penah makan wktu kecik2 dulu tapi dah besar ni x penah lak makan

btw, sila amik tag kat blog akak ye

Nad @ MamaZakwan said...

huhuhu...ni la 1st time saya tau namanya pisang kaki..tak penah mkn, tak penah tgk..igtkan tomato..

Izan Ishak said...

nadiah,
1st time k.izan makan ni. nak rasa punya pasal k.izan beli kat pasar isnin lepas. 6 biji 5 ringgit. rasanya best...rangup2 gitu. mmg dah jatuh hati.

** mmg takde rupa pisang n rasa pisang pun jauh sekali... hehehe

fatonah said...

Akk pon tak reti makan...kategori jakun gak nih...hiksss

h4ni3 said...

tak makan pisang kaki??
isk isk.. rugi tau
kena cuba at least sekali k!
hehe

MAMASYAZA said...

akak pun belum penah rasa buah ni, lepas ni kena rasalah

studioukm said...

Tak penah kenal pun buah ni...jenuh nak padankan nama dengan buah tu...tapi macam tak kene jer namanya...

kakyong said...

kakyong suka.. suka sangat2.. tapi dah lama tak makan... buah ni staff chinese yg kenalkan, masa tahun 1998... mahal jugak, yg saiz medium.. rm10 3 biji... tp memang puas makan...

Affieza said...

Tak pernah tgk pn pisang ni...mjur akak wat entry ni blh kenal2 gak ngn pisang kaki..huhu

Lady Lavender said...

masa baca entry ni mati2 ingatkan pisang kaki tu sejenis pisang kihkih...akak baru je kenal buah tu kat sini (kesian sungguh!!!). Mula tu tak teringin nak mkn sbb ingatkan rasa mcm tomato tapi bila try sedaaappp...takde langsung rasa mcm tomato. Harga mahal skit dlm euro 4/kg.

nza said...

slalu gak akak tgk kt pasar ttp xde keinginan nk beli...mmg xpernah rasa....

husna said...

oh. husna pon tak pernah jumpa buah pisang kaki ni. ni baru tahu dan kenal. mesti jakun jugak ni kalau orang jamu.

Cik Wan Jun Smile said...

hahaha...baru last week member bg makan buah nie... 1st time 4 me... hihihi

incik said...

slm..akak..saye pun baru 'kenal' baru2 ni n baru makan sbb emak yg beli..mahal gaklah..mula2 mcm x nak makan sbb x pnh cube..but then bile dh try sekali..SEDAP!!trylah akak..x rugi cube..

idasm said...

akak pertama kali dgr nama pisang kaki ni pun lepas dtg kl. suami yg tunjuk. tp kak ida tak suka langsung.. hehe...

marinahunny said...

salam,

saya singgah sini. tak pernah makan lagi buah ni dan tak teringin nk mkn sbb x berani nk cuba..huhuhu tp ramai yg kata sedap eh..

Ummi Salsabila said...

Tak pernah cuba gak.sedap ke ek? Tapi jarang jumpala buah ni..kat Penang je ke Ada?

Hamizah said...

akak pon xpenah tengok pon pisang ni..

Nadiah Sidek said...

k.ina: oh, ada tag ye? ok, nnt nadiah gi blog akak

mamazakwan: a'ah, rupanya mmg mcm tomato tapi bukan adik-beradik tomato..hihi..

k.izan: hehe..kak izan dah jatuh hati dgn buah pisang kaki

k.fatonah: nnt cuba la kak..mana tau akak suka ;)

h4ni3: tak terbuka hati lagi la nak cuba :p

mamasyaza: rasa..jgn tak rasa

Nadiah Sidek said...

studioukm: hahaha..memang pelik namanya tu. takde kaitan dgn pisang, kaki pun takde tapi diberi nama pisang kaki

kakyong: mmg mahal sikit harganya

affieza: tak tau pulak ramai yg tak kenal buah ni

lady lavender: hehe..tu la..nama je pisang tapi jauh panggang dr api

nza: cuba la kak..kot2 la akak berkenan ;)

husna: boleh geng dgn abg zaki la..jakun dgn pisang kaki..ekeke..

Nadiah Sidek said...

cik wan jun: hehe..so, camne..suka tak buah tu?

incik: tunggu la hati akak terbuka dulu baru akak rasa :p

k.ida: akak org pertama yg tak suka buah pisang kaki! hehe..

marinahunny: a'ah, ramai yg kata sedap

ummi salsabila: Penang ada, KL ada..tempat lain tak pasti la pulak

k.hamizah: baru nadiah tahu ramai yg kenal dgn buah ni

boundaries said...

first time tengok buah ni...klu jumpa kat luar mesti huda kata tomato...

fa10 said...

k.faten suka pisang kaki...
klu dah lebu tu rasa seakan2 ciku...