Pages

Friday, May 27, 2011

Nasi daging dan air asam

Menu kami Selasa lepas :). Tiba-tiba teringat nostalgia makan nasi daging di USM dulu. Terus saya cari resipinya. Setiap kali Ramadhan mesti ada hidangan nasi daging dan air asam di masjid Al-Malik Khalid USM. Sejak tahun pertama bergelar pelajar USM lagi memang saya akan berbuka di masjid. Saya antara sukarela yang tolong menghidang. Lepas tu terus berbuka di situ je la. Seronok makan ramai-ramai!

Saya bukannya minat daging tapi sedap pulak bila makan masa berbuka kat masjid tu. Berkat agaknya dimasak dan makan beramai-ramai. Ah, rindunya kenangan lalu!

Nasi daging & air asam hasil air tangan saya ;). Dagingnya sikit pulak. Rasa macam dah letak banyak daging dah. Air asam tu pulak memang berapi! Tapi bertambah juga suami saya makan ^_^. Suami saya dah tahan pedas sikit dah berbanding mula-mula kahwin dulu ;)


Resipi ni saya ambil dari blog kak Nieza. Izinkan Nadiah copy paste kat sini ye kak :)


Bahan-bahan   
2 cup beras - basuh dan toskan
200 g daging - apa-apa jenis daging ...dipotong kecil dan bersihkan dan toskan
2 s/b minyak sapi/mentega ataupun minyak jagung ataupun apa-apa  jenis minyak msk
1 cawan susu cair
2 cwn air rebusan daging atau  air yg secukupnya utk memasak nasi
2 s/b rempah kurma (kalau ada rempah nasi daging boleh gunakan)
2 s/b sos tomato
2 s/b sos cili
3-4 tangkai cili hijau
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, ketumbar, cengkih dan pelaga
1 batang serai diketuk
2 s/b kismis
1 s/k serbuk lada hitam
1 kiub lembu
daun sup/daun bawang
bawang goreng
Bahan Mesin
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara
  1. Rebuskan daging sehingga lembut dan toskan...air rebusan jgn dibuang...disimpan utk memasak nasi nanti.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus tadi, masukkan  kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga,ketumbar dan cengkih tadi....dan serai ...tumiskan hingga wangi. Kemudian masukkan daging yang direbus tadi bersama-sama dgn air rebusan daging tadi. Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
  3. Sukat air secukupnya dan masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.
  4. Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa ...tapi kalau dah bubuh kiub lembu tak perlu garam lagila coz dh masin. gaul lagi dan masak terus hingga nasi masak sepenuhnya.
  5. Masukkan kismis, tabur daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  6. Tabur dan hiaskan lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang...selamat mencuba.

22 comments:

  1. Memang favourite saya nasi daging ni....nak buah sendiri tapi pressure cooker tak beli beli..heheh

    ReplyDelete
  2. nampak edap je, xpnh cuba masak lg..

    ReplyDelete
  3. salam nadiah - best kan masa ramadhan kan macam2 ada...ni dh tak lama dah nak masuk 1 rejab pada 02.06 ni....

    ReplyDelete
  4. sedapnyer...teringin nak makan lah pulak...huhu...

    ReplyDelete
  5. macam best je nadiah. kak izan tak pernah makan lagi nasi daging ni... boleh amik dulu resepi ni~

    ReplyDelete
  6. hubby Knur tak minat nasi daging ni. Tapi knur suka. susah betul bila selera berbeza ni.

    ReplyDelete
  7. sedapnya..nak cuba lah nanti..hehe..nana ambek resepi ni bole kn sis...utk simpan:)

    ReplyDelete
  8. assalam nadiah..memang sedap nasi daging ni kan..akak pernha buat jugak...tapi lain resepinya..nak cuba jugak la yang ni..

    ReplyDelete
  9. xpenah makan..tp nampak cam sedap je..

    ReplyDelete
  10. nasi daging yer.tak pernah try lg nasi ni.Boleh cuba juga :)

    ReplyDelete
  11. kita pun dah lama tak buat..fvrt org utara ni kan..en.suami suka sgt mkn ni tp kita lak jenis tak gemar daging sgt.

    ReplyDelete
  12. Salam :)

    Sedap...nak cuba juga la nanti :)

    ReplyDelete
  13. resipi koleksi berbuka puasa nanti..hehe

    ReplyDelete
  14. yeap.kenangan bukak pose ramai2 kat masjid usm..best! windu...sob3.

    p/s: sempat merasa makanan yg dihidangkan oleh kak nadiah..hehehe.

    ReplyDelete
  15. dulu pernah makan masa dekat KMPP kan, waktu diorang buat majlis korban..ingat tak nad? mmg best nasi daging!!!

    ReplyDelete
  16. salam kenal.. :)
    nampak sedap la pulak tgk nasik nih tetengah mlm bute..tetibe lapo~

    ReplyDelete
  17. aleyn: saya pakai rice cooker biasa je :D

    dinor's family: cuba la kak :)

    yatie: buat jgn tak buat

    k.lina: a'ah, time ramadhan mmg best :)

    k.yati: mintak la cik abg masakkan. hee~

    k.izan: nadiah pun sblm ni tak tau gak nasi daging ni

    ReplyDelete
  18. transformed hw: nadiah sgt memahaminya kak ;)

    nanakimie: sila..sila..bkn resipi akak pun. ehe..

    acik erna: resipi yg akak buat mcm mana pulak? boleh la share jgk

    k.hamizah: cuba la kak :)

    ummi salsabila: cuba la..senang je ;)

    sally: nasi daging ni mknn org utara kot ek

    ReplyDelete
  19. k.ros: cuba la kak :)

    k.nida: hehe..

    meen: akak pun rindu gak! huhu..

    najwa: erk. apasal yg kat kmpp kite tak ingat? uhuk!

    hasue: salam kenal juga :)

    ReplyDelete
  20. nadiah, terus kecur air liur akak ni.nmpk sedap sgt tu..siyes, xtipu nih.nak cuba jugok sblm bersalin..

    ReplyDelete
  21. Nadiah, sedapnya akak tgk nasi daging tu...akak memang suka..baru jer buat last week bawa masa berkelah dgn kwnx2...tapi terasa mcm nk buat lagi jer...hehe btw tq sudi mencuba yer...ya silakan berkongsi semua resepi adalah utk dikongsi bersama..:)

    ReplyDelete

Terima kasih.
Thank you.
Syukran jazilan.
^_^