Pages

Thursday, January 26, 2012

Shakir mula mengorak langkah

Dalam minggu lepas Shakir mula cuba berdiri tanpa berpaut pada mana-mana objek. Secara tak sengaja pun sebenarnya. Kalau dia tersedar, cepat-cepat cari benda yang boleh dipaut..takut terjatuh ^_^. Sejak daripada tu la kalau Shakir berpaut atau pegang tangan saya ketika berdiri, perlahan-lahan saya lepaskan tangan saya..nak bagi dia biasa berdiri tanpa berpaut. Awal-awal tu takut juga dia. Kalau dia perasan saya nak lepaskan dia, terus je dia melutut :p.

Lepas beberapa hari, berani la sikit dia berdiri tanpa bantuan. Ada la dalam sesaat dua dia berdiri tu ^_^. Kira ok la tu. Nampak juga la peningkatannya. Dah nampak dia berani sikit, saya jauhkan pula diri saya sikit apabila nak lepaskan Shakir. Dengan harapan dia akan melangkah ke depan. Seperti yang dijangka, memang dia tak berani nak melangkah. Tak berani nak angkat kaki pun! Dia terus tumbangkan je badan dia ke depan (ke arah saya). Hihi..

Percubaan demi percubaan, akhirnya mahu juga Shakir melangkah! ^_^




Masih takut-takut lagi tu. Takut-takut berani kata orang. Takpe la, berlatih lagi ye sayang..nanti boleh cepat-cepat jalan. Ummi pun tak larat nak dukung dah ni (Dah pandai jalan dan berlari nanti tak terlarat pula nak kejar :p)

Bawah ni pula video Safiyyah masa mula bertatih. Kebetulan pula kedua-duanya mula nak belajar berjalan di usia 10 bulan. Safiyyah dah boleh berjalan ketika usianya 11 bulan. Hampir sebulan juga la baru dia berani nak berjalan dengan sendirinya.






Nota: Saya cukup suka tengok budak baru belajar berjalan...comel! ^_^

16 comments:

  1. alhamdulillah.. tak lama lagi dapat kaki la ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    Congrats Shakir..
    Doa utk Abg Ian plak..

    ReplyDelete
  3. huda pun suka :) lukman tgh gigih nak meniti tepi kerusi ni..sibuk nak memanjat :)

    ReplyDelete
  4. Baby yg baru nk berjalan mmg super cute ;-)

    ReplyDelete
  5. shakir dah nak boleh berjalan...wargh..bestnye..tahniah..

    ReplyDelete
  6. Jaga2, lepas ni sure Nadiah tak larat nak kejar Shakir.. hehe

    ReplyDelete
  7. tak lama lps ni jenuh la ummi nak kena kejar :-)
    congrats si comey shakir :-)

    ReplyDelete
  8. dua2 cute. cepatnya safiyyah boleh jalan ye. amira masa umur setahun 2 bulan baru boleh jalan...

    ReplyDelete
  9. Subhanallah, comel sgt anak2 akak ni. Lama dah saya jadi silent reader blog ni. Kali ni dah tak leh tahan, kena komen juga sebab comel sangat ^__~

    Moga membesar menjadi anak yg soleh wa musleh kedua2nya ;)

    ReplyDelete
  10. cepatnye dorang dapat jalan yek..aisyah dulu dah umur setahun baru berani melangkah..tupun tak bape nak konfiden

    ReplyDelete
  11. bravo shakir..
    pasni dh tanak mama dukung dh.. heheheh

    ReplyDelete
  12. sweet moment.. masih terkenang2 saat anak2 ber-3 mula berjalan.. ;)

    ReplyDelete
  13. sekejap je masa berlalu.. lepas ni berlari pula

    ReplyDelete
  14. OSM: insyaAllah :)

    jiey: sama-sama kita doa. insyaAllah ian pasti boleh jalan satu hari nanti

    huda: silap-silap lukman tahu memanjat dulu baru reti berjalan :D

    papa mifz: yup, super cute!

    incik: masih berlatih lagi :)

    k.nur: takpe, papa dia ada. hehe..

    hanis: ^_^

    ReplyDelete
  15. lady lavender: terima kasih :)

    k.ida: amira macam nadiah la..setahun lebih baru jalan :D

    khazinatul asrar: ameen atas doanya. lepas ni jangan la jadi silent reader lagi ye ^_^

    ummi aisyah: budak-budak memang tak sama pencapaiannya. yang penting, sihat :)

    leily: hehe..jenuh nak kejar! :D

    kakyong: boleh buat kita tersenyum, kan? :)

    k.nida: tu la..kejap je masa berlalu

    ReplyDelete

Terima kasih.
Thank you.
Syukran jazilan.
^_^