Punyalah lama saya tak buat pizza. Tiba-tiba je sang suami minta dibuatkan pizza. Makanya, Isnin lepas, pizzalah yang menjadi juadah tengahari kami. Saya berkecuali sebab tak makan pizza. Dah nama pun picky eater, apa yang nak dihairankan..ye tak?
Memandangkan dah lama tak buat pizza, rasa teruja jugalah. Tambahan pula teringatkan si anak dara yang gemarkan pizza. Teringin sangat nak tengok dia menikmati pizza yang dimasak sendiri oleh umminya sebagaimana dia menikmati pizza di kedai.
Seronok tengok anak teruna ni makan pizza. Laju je habis sekeping pizza. Tak sangka sebenarnya dia akan makan pizza ni sebab sebelum ni kalau beli pizza, tak pernah sekali pun dia nak.
Kak long ni pula lain halnya. Tak berusik pun pizza di pinggannya. Aneh bagi seorang penggemar pizza. Dia hanya tengok dan belek-belek je pizzanya tu. Sedih tengok dia tak makan pizza tu padahal di kedai laju je dia makan..huhu. Mulalah ummi ni nak emosi >_<.
Tapi akhirnya...makan juga pizza yang ummi buat! Habis sekeping, minta lagi sekeping. Senang hati ummi ^_^. Saje nak menguji ummi ye...
Cheese pizza (depan) untuk anak-anak dan veggie pizza (belakang) untuk sang suami. Kali ni saya cuba resipi Italian Thin Crust Pizza Dough (saya hanya buat separuh adunan) sebab suami suka jenis thin crust. Saya tak ikut betul-betul resipinya...nak cepat. Lain kali insyaAllah saya ikut betul-betul langkah demi langkah, boleh tengok ada perbezaan atau tak. Sos pizza pula saya masih guna resipi yang pernah saya guna sebelum ni [rujuk entri Homemade pizza].




Sedapnya tengok syakir makan pizza... bak acik sikit syakir :)
ReplyDeletePandainya Safiyah menyakat ummi ye ;P
masyaAllah sedapnyer...seb bek bukan tengah puasa..kekek..
ReplyDeleteTeruskan mencoret kak..sebab ada peminat setia kat sini..walau apapun yang akak tulis..
^__^
mmg yummy betul tu. nampk pun macam sedap
ReplyDeleteLepas ni pizza hut tutuplah :-)
ReplyDeleteKalau buat sendiri, boleh overload skit topping nya.
nyummmy.... sedapnyer...
ReplyDeletekalo buat sendiri boleh berlebih-lebihan isi and cheese iyer tak kak?
hehe...
mesti akak seronok tgk anak2 and hubby makan laju...
tu pun dah satu nikmat kan?
.....^^.....
Berselera Shakir makan...habis smpai ke pipi...hihi
ReplyDeletewohh nampak sedap macam kat kedai...
ReplyDeletesedapnya mkn pizza yg d masak sendiri...bselera anak2 mkn ye...
ReplyDeleteyummy sedapnya kak long ngan shakir makan :)
ReplyDeleteakak pun picky eater? sama la. hehehe.kalu nak try makanan yg tak pernah makan memang susah. ikan puns aya tak makan. teruk kan?
tapi pizza saya makan :)
knur pun lama dah tak buat pizza sendiri ni. teringin pulak.
ReplyDeletetrah pun suka masak pizza utk adik2x. they love it! :)'
ReplyDeletesuka kan tgk org tersayang makan sepenuh hati makanan yg kita masak kan kak
adoii comeyy sungguh shakir. walau comot tp tetap maintain comeyy!!
ReplyDeletemg nampak yummy tapi hanis tak reti la nak buat wuwuwu...
ReplyDeletesedapnye nmpk ank teruna duk ngap piza tu...mau terliur plak makcik kt cni...hihi..
ReplyDeletetak heran kalau anak2 nadiah suka pizza ummi dia buat sebab drpd gambar pun nampak sedap sgt!!! pandai umminya buat...
ReplyDelete