Pages

Thursday, December 16, 2010

Rentetan daripada kisah Safiyyah reti memanjat #3

Tak habis-habis lagi kisah Safiyyah memanjat..hehe. Oh, sebelum tu....ramai yang tak kenal dengan buah pisang kaki (persimmon) rupanya ye. Saya ingat suami saya sorang je yang tak kenal..hehe. Sape yang belum pernah rasa tu cuba la. Mana tau terjatuh hati jugak nanti dengan buah tu. Jangan contohi saya...saya ni daripada kecik memang susah nak cuba makanan yang tak pernah saya makan. Selagi hati tak terbuka nak mencuba, jangan harap la saya nak cuba walaupun orang semua cakap sedap. Mak, ayah dan suami saya semua suka buah pisang kaki. Diorang kata sedap. Buah tu rangup kata mak saya.

Ok, jom tengok pulak aksi Safiyyah bila dia dah tak boleh nak panjat kerusi...


18 bulan

Tricycle pun jadi buat tempat memanjat! Sekali-sekala je la Safiyyah naik tricycle ni macam naik basikal tapi selalunya dijadikan tempat memanjat. Sekarang ni kami dah sorok dah tricycle ni...risau dia jatuh je panjat atas tu...benda tu kan beroda. Oh ye, tricycle ni hadiah daripada Muzammil dan Suhaizi sempena 1st birthday Safiyyah dulu. Sori ye uncle Muzammil dan uncle Suhaizi...tak best la naik tricycle tu ikut cara biasa...cara ni baru best..mencabar! :p


19 bulan

Bantal dan kusyen memang selalu la Safiyyah angkut bila dia nak memanjat. Masa ni saya tengah solat rasanya. Kebetulan masa tu papa dia balik rumah, tengok-tengok dia dah keluarkan barang-barang dari laci tu. Mujur dia tak sampai nak ambil barang-barang dari laci atas sekali...laci atas sekali tu saya letak pisau!


20 bulan

Penutup kotak pun jadi! Masa tu saya dan suami tengah sibuk punggah barang-barang yang mak saya pos. Safiyyah pun menyibuk juga la...diambilnya penutup kotak bungkusan tu. Ingatkan nak buat apa...rupanya nak dijadikan tempat memanjat! Nampak tak roda belah kiri tu? Kerusi tu memang sengaja kami terbalikkan. Kalau tak...memang tak selamat la barang-barang yang diletak atas meja...laptop sah-sah la tak selamat! Kerusi beroda lagi la senang Safiyyah nak tolak ke mana-mana yang dia suka untuk memanjat. Nak guna komputer masa Safiyyah ada..kena berlutut le jawabnya! Tak boleh nak duduk atas kerusi tu...nanti dia pun sibuk jugak


21 bulan

Boleh teka Safiyyah pijak atas apa tu? Cawan plastik! Safiyyah memang suka main cawan plastik tu. Konon-konon dia tengah buat air la, konon-konon minum air la..memang saya tergelak la tengok gelagat dia. TAPI...tak lama lepas tu dia dapat idea baru pulak...dibuatnya cawan tu untuk memanjat! Habis barang-barang atas rak tu dibawak turun..huhu. Sekarang ni, cawan plastik tu pun kami dah tak bagi dia main


Lepas saya ambil cawan plastik tu...dia terbalikkan pulak botol-botol air mineral tu untuk memanjat! Otaknya tu berjalan aje


Diambilnya periuk dari dalam kabinet untuk memanjat. Reti pulak tu dia terbalikkan periuk tu


Haa...yang bawah ni yang terbaru..

23 bulan

Agak-agaknya benda hijau kat atas lantai tu apa ye...? Kusyen sofa! Ditolaknya kusyen tu ke rak tu, pastu baru dipanjatnya rak tu


Tengok ni...mula-mula Safiyyah turunkan kusyen tu. Biasanya kusyen tengah la yang diambil. Pastu ditolak la ke mana-mana yang dia suka. Berat kusyen tu. Pada kita yang dewasa ni takde la berat tapi pada Safiyyah...memang berat la. Kalau dia penat tolak, dia berhenti sekejap pastu dia sambung tolak balik. Gigih betul!


Sasaran yang paling dekat, TV ni la. Tapi dia boleh tolak kusyen ni sampai pintu belakang. Jauh jugak tu dari kedudukan sofa. Tapi disebabkan kemahuan dia tinggi, dia buat juga sampai berjaya


Tak puas hati lagi tu...nak jugak panjat tinggi lagi! Setakat ni masih belum berjaya lagi la


p/s: alhamdulillah suami saya selamat sampai rumah dalam pukul 11 malam tadi. Happy betul Safiyyah bila papa dia balik. Papa dia dukung dia...gelak besar dia ^_^

40 comments:

  1. Salam.bila akak buat mcm ni kan, saya terpikir, hebatnya perkembangan otak seorang kanak-kanak..waktu itu lah dia mula berfikir apa perlu dia buat untuk mencpai sesuatu.Subhanallah..indahnya ciptaan Allah..she is very smart girl.

    ReplyDelete
  2. Salam Nadiah,
    wah bestnyer nengok safiyyah...sungguh aktif yer...tak pe biar dia aktif kan drp pasif pun susah juga nanti...ibunya kena byk bersabar lah tu.

    ReplyDelete
  3. Memang kuat betol daya imaginasi si kecik ni..syabas gurl!eheh

    ReplyDelete
  4. iskiskisk, kena banyak sabo jaga saffiyyah nie, tapi mungkin bagus untuk minda dia coz merangsang imaginasi dia..... cuma kena jaga keselamatan la kan..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah...safiyyah..safiyyah..tak padan ngn gegirl..! dah tu bijak pulak berfikir..ishh..bahaya jugak ni kan..apapun..comei jer! hehe..

    ReplyDelete
  6. hahaha.. safiyyah.. safiyyah.. boleh tahan lasak jugak ye awak ni. tu mural tu safiyyah yg lukis la ye.. lawo.. :D

    ReplyDelete
  7. suka benor safiyyah memanjat ya... gigih sungguh, ade ajer idea dia...

    nadiah,
    dia tgh buat latihan, nanti besor nak buat misi panjat gunung... ;)

    ReplyDelete
  8. haha..
    safiyyah..aktifnye..baguslah..
    tapi takut juga ni bila baca kadang2 dibuatnye...haha,,

    ReplyDelete
  9. salah satu perkembangan sihat ni kak..she will be a very smart girl soon

    ReplyDelete
  10. isk isk gigih betul safiyah ni...teruskan ye nak usaha tangga kejayaan :P

    psssss: papa balik, mama tak hepi ke? hehehehe

    ReplyDelete
  11. Suka betul Safiyyah ni memanjat yer??? Mcm2 cara dia explore spy dpt memanjat..hehe

    ReplyDelete
  12. mmg kaki memanjat safiyah nii..serupeee mcm ank sulung sy,pompuan jugak..sampai skrg masih giler memanjat..hehehhe ;p

    ReplyDelete
  13. wah~ bijak saffiyah ni. ada je idea dia nak memanjat ;D

    ReplyDelete
  14. ya Allah pandai sungguh safiyyah sorang nih....otak ligat tul...ada jer idea dia barang apa boleh pakai untuk panjat...hebat2

    ReplyDelete
  15. Perrghghhh gigih betul safiyyah. macam2 idea je nk guna untuk panjat kui3x

    p/s: yang artwork kat almari tu kerja safiyyah jugak la eh? ;)

    ReplyDelete
  16. bijak yek safiyyah cari idea nak memanjat...ikot perangai sapa la ni? papa or ummi dia mase kecik?? ekeke..

    ReplyDelete
  17. ikut perangai ummi dia ke papa dia nih? hihii..idea yg paling best panjat periuk..paling ngeri panjat cwn plastik.

    ReplyDelete
  18. hehe..manjat sokmo budak comey neh:)
    neway,sy ad tag utk sis..jom sis join GA neh..mesti saffiyah suka kalo dapat plushie comey!:)

    http://nanakimie.blogspot.com/2010/12/ezloveycraft-1st-giveaway.html

    ReplyDelete
  19. gigih betul, si cumel ni memanjat ekkk, memang kena sentiasa awasi dia le tu, otak dia penuh dgn idea..hehehe

    ReplyDelete
  20. salam...
    Ya Allah...aktifnyer safiyyah nie ek k.nadia...
    aksi pnjat memanjat yg hebat..hehehe..
    otaknya sentiasa berkembang dan ligat memikirkan apa yg patut dilakukan selepas tue..hehehe..
    itulah kuasa Allah...
    bak kata mama amal yg sama2 baca blog kakak, safiyyah sama mcm amal yg ske panjat2 time kecik dulu..hehehe

    ReplyDelete
  21. hahahaha
    well done safiyyah
    sangat kreatif!!
    tp jgn sampai jatuh tau!

    ReplyDelete
  22. tergelak tgk safiyyah berpijak atas cawan...
    kreatif dan gigih... kena bijak pilih kerjaya dia ni, jgn disia2kan kelebihan dia tu...
    nadiah ni kuat memanjat ke masa pregnant dulu?

    ReplyDelete
  23. aktiviti yang melatih otot kaki, supaya kuat di kemudian hari. :)

    ReplyDelete
  24. lukisan suffiyah mcam ada jer kat umah akk.....ekekekek
    tok guru suffiyah ngan haiqal sama kot...hihi

    ReplyDelete
  25. bijak2...byk idea n kreatif sungguh..tapi hati2 ye safiyyah....

    ReplyDelete
  26. bijak betul!macam2 akalnya nak memanjat ye..

    ReplyDelete
  27. boleh tahan safiyah ni, macam2 idea dia reka...

    ReplyDelete
  28. sheaza: ciptaan Allah mmg indah :)

    nieza: betul tu..biar la dia aktif dpd tgk dia lesu tak bermaya

    ummi aisyah: daya imaginasinya mmg tinggi

    maszmadi: yup, keselematan mmg kena jaga

    mamalieyna: hihi..

    OSM: mural safiyyah la tu :D

    kakyong: awal bebenor praktisnya..ehehe..

    ReplyDelete
  29. incik: hehe..

    ikah: ameen..

    ummi nor: mesti la hepi..hehe..

    affieza: all-time favorite safiyyah tu ;)

    ummi hanie: anak hanie suka memanjat sampai skrg ek?

    fana flora: tu la..ada je idea dia

    srikandi mujahid: ameen..

    ReplyDelete
  30. boundaries: tu la..umminya pun tak terfikir mcm dia fikir

    yatie: hasil seni safiyyah la tu. tu baru sikit :p

    meen: sah2 ikut papa dia

    lady lavender: kita tgk yg ngeri..dia tak rasa ngeri pun..huhu..

    nanakimie: hobi dia la kat rumah ni

    mamasyaza: tu la kak..ada je idea dia

    amalina: hehehe...kaki memanjat jgk ek mcm safiyyah kecik2 dulu

    ReplyDelete
  31. h4ni3: jatuh pun tak serik2 juga :p

    fa10: hahaha..nadiah nak panjat mana kak..?

    amirul faiz: ye la tu..hehe..

    fatonah: haiqal sebijik mcm safiyyah jgk ke? hehe..

    nza: kreatif sgt sampai umminya pun pening..eheh..

    hamizah: mmg byk akal

    the triplets: nak memanjat punya pasal..hehe..

    sumnpit: hehe..

    ReplyDelete
  32. comel3..aksinya semua nak memanjat dgn bersungguh. semua benda pun jadi asalkan misinya tercapai ye. serius geram tgk safiyyah ni...

    ReplyDelete
  33. tergelak gile2 tgk gamba yg dia pijak botol tu. sbb gamba dia pijak cawan tu dah klaka gile. pastu nadiah tulih situ dah xbagi dia main cawan kan, tiba2 di lokasi yg sama, dia bole pijak botol pulak. lawak gile2 lah.

    comel sgt & so bijak! ye la, ikut umi & papa dia pun bijak2 belaka :)

    ReplyDelete
  34. Salam.. Seronoknya tengok perkembangan Safiyyah.. Rajin Nadiah ambil semua dan buat satu entri khas utk Safiyyah. Nanti kalau dia dah besar boleh tengok gelagat dia explore satu rumah..

    p/s : Habis almari tu penuh dgn hasil kerja tangan Safiyyah.. hehe

    ReplyDelete
  35. kreatip sungguh safiyyah ye...cerdik betul :)

    ReplyDelete
  36. wah kreatif lar saffiyah..boley tahan lasak gak saffiyah yer..

    ReplyDelete

Terima kasih.
Thank you.
Syukran jazilan.
^_^