Pages

Wednesday, July 20, 2011

Summer Trip 2011 (part 6): Ithaca, NY

Summer Trip 2011 (part 1): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 2): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 3): Milwaukee, WI & Michigan City, IN
Summer Trip 2011 (part 4): Cleveland, OH & Little Ferry, NJ
Summer Trip 2011 (part 5): New York City & Ithaca, NY


..sambungan...

Hari ke-11 (5 Jun 2011)
Lepas makan mee goreng kak Izzati yang sedap, kami terus bertolak ke destinasi seterusnya. Sebelum tu kami berjalan-jalan di Istana Ithaca dulu. Lewat juga keluar masa tu. Tunggu baju yang dibasuh malam sebelum tu dikeringkan dalam dryer dulu. Dah kering kena lipat pulak. Pastu kemas-kemas apa yang patut. Dah pukul 11 pagi baru kami keluar. Kesian pulak tengok Fafa dan Damia masa kami nak bertolak tu. Sedih je diorang.



Yay..sampai juga di Istana Ithaca!


Eh, ada universiti pulak dalam istana ni!


Sebenarnya bukan istana pun...memang universiti ^_^. Tempat kak Izzati buat post-doc. Cornell University, Ithaca. Saya je pandai-pandai kata Istana Ithaca sebab bila masuk je kawasan universiti ni tak semena-mena saya rasa macam berada di kawasan istana. Cantik sangat! Reka bentuk bangunannya ala-ala istana. Klasik! Jom cuci mata tengok keindahan 'Istana' Ithaca!


Err...tak tahu apa yang Safiyyah tengah buat tu


Menara jam. McGraw Tower namanya





Pemandangan Ithaca dari atas bukit. Kawasan Cornell University ni berbukit-bukit, menambahkan lagi kecantikan dan keunikan universiti ni. Serta-merta saya teringat universiti kesayangan saya...USM! USM pun berbukit juga tapi tak la terlalu beralun dan tinggi macam Cornell University
































Cantik, kan? Dalam banyak-banyak universiti yang kami dah pergi di US ni, ni la universiti paling cantik yang pernah kami jumpa. Tak sia-sia kami ke Ithaca. Cantik tempatnya walaupun Ithaca ni kawasan kampung. Lebih seronok berada di sini berbanding di New York City.

Puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya...


Ni tiket tol di New York


Ke arah mana destinasi kami seterusnya???



Tunggu sambungannya! ;)


....iya...bersambung lagi...ingat boleh habiskan terus kisah percutian kami ni tapi nanti jadi panjang berjela pulak entry. Sabar ye! :)




26 comments:

  1. Haaaaaaaaa........... saya nampak Niagara Falls !!!

    ReplyDelete
  2. Macam bangunan dan senibina di UK dan beberapa negara Europe lain. cantik! :)

    ReplyDelete
  3. salam nadiah - cantik nya...bertuah nya dpt melihat dari dekat ...subanaALLAH...kita yg tengok gambar pun teruja...melihat keindahannya....betul2 cantik la.

    Happy holiday utk nadiah sekeluarga

    ReplyDelete
  4. Salam kunjungan.. blog menarik ;)

    ReplyDelete
  5. suka gambar yang menuruni bukit dgn pokok2 hijau. dalam kepala terus terbayang autumn. mesti lagi cantik.

    waahhh.. nadia dah sampai niagara falls.

    ok.. saya tunggu sambungan. ~sambil tongkat dagu~ ----> tipu. ;P

    ReplyDelete
  6. cantiknya!!!!! tgk gmbar pn dh kagum...

    ReplyDelete
  7. jauh sungguh perjalanan nadiah n family yer...k yati tengok pun dah letih...huhu...

    seriuosly pemandangan memang cantik...

    ReplyDelete
  8. memang cantik!

    Baru balik dari bercuti sakan ya Nadiah?

    Lama tak jengah blog Nadiah ni...:(

    ReplyDelete
  9. Cantik universiti tu yer...cam istana

    ReplyDelete
  10. belum penah sampai NY, USA.. baca semua cerita percutian Nadiah seolah olah mcm dah sampai sana lah..hihih :))

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum
    Pakcik Temuk mohon izin singgah. Teruja lihat gambar-gambar Barton Hall, McGraw Tower dll tu. Jadi lebih teringat pula kat CU tu. Sekolah kat situ dulu-dulu. Memang cantik tempatnya.

    ReplyDelete
  12. Wah...cantik2 bangunan kt sana ekh??

    ReplyDelete
  13. Cantiknya! No wonder la fil sll puji kata kt cu best indah Dan permai;P tu yg husben teringin nak visit n bwk kami ke sana tp tatau la bila hihi

    ReplyDelete
  14. wahhh nak ikut ke niagara falls!

    ReplyDelete
  15. cepat la update lagi kakkkk.......letak bnyak2 pic shakir ye..hee

    ReplyDelete
  16. cantik sungguh, bertuah dapat sampai ke tempat macam ni kan..

    tiket tol dia lain dari kita kan, banyak pulak tulisannya.

    ReplyDelete
  17. cantik view univ. tu. mana nak dpt sebersih itu di msia. bangunan yg ada pokok menjalar tu mcm kat UM (rindu UM lak). betul nadiah, USM pun berbukit jg. selalu lepak kat atas bukit ngadap jambatan dulu

    ReplyDelete
  18. Salam. Cantik pemandangan di sana kan.. Seronoknya Nadiah selalu berpeluang bercuti di tempat2 yg menarik.. Tak sabar nak tunggu sambungannya... :)

    ReplyDelete
  19. bestnya dpt g sne...teringn nk g jgk..huhu

    ReplyDelete
  20. setiap sudut cantik... memang betui lah ISTANA>.. rasa2 dulu ade kawan yg amik degree & master kat Cornell University tu... memang cantik tempat belajar nya...

    ReplyDelete
  21. teratak hami: tajam mata! :D

    asmara: kat UK mmg byk bangunan klasik mcm tu, kan?

    k.lina: alhamdulillah, rezeki dpt merasa pengalaman di rantau org kak

    zuwairiaiman: terima kasih :)

    irma: tunggu sambil siapkan tempahan org kot :D

    k.za: mmg cantik kak

    thumbellina: letih mmg letih tapi tahan juga la sbb balik malaysia nanti belum tentu ada peluang berjalan di negara org :)

    ReplyDelete
  22. k.yus: haha..lama dah trip ni kak..tak siap2 lagi entry psl percutian ni :p

    aleyn: a'ah, mcm istana

    rafidah: kira dah sampai la tu kan..hihi..

    temuk: waalaikumussalam wbt. betul, mmg cantik tempatnya pakcik

    affieza: yup, cantik ;)

    ishamizu: betul la kata FIL izu tu..mmg cantik & permai. insyaAllah sampai la tu ke sana 1 hari nanti :)

    hanis: jom2 :D

    ReplyDelete
  23. eb: tunggu dgn sabar ye. ehe..

    cikmimmie: huhu..tak sempat nak update la mimmie..

    nia: a'ah, lain tiketnya. masuk state lain..lain pulak tiketnya

    k.zie: cornell univ mmg bersih. U kat tmpat nadiah duduk ni kotor jgk la :p

    k.nur: time suami cuti je baru dpt berjalan kak nur

    hani syahida: meh la ;)

    ummi salsabila: saaaangat klasik!

    kakyong: mmg cantik kakyong

    ReplyDelete
  24. Cornell University, tempat Prof Nazalan buat PhD

    ReplyDelete

Terima kasih.
Thank you.
Syukran jazilan.
^_^