Pages

Monday, February 1, 2010

Hobi terbaru Safiyyah

Bukak laci dapur!


Sangat suka la dia buka laci dapur tu. Tiap kali saya tutup, tiap kali tu jugak la dia bukak balik. Memang tak senang hati dia kalau nampak laci tu tertutup. Sebelum ni asyik buka pintu kabinet dapur sebabnya kabinet tu memang takde kunci dan sangat senang dibuka (tak ketat..sesetengah kabinet kan ada magnet belah dalamnya, payah sikit nak buka, yang ni takde langsung). Tapi sekarang dia tak boleh buka dah pintu kabinet dapur sebab dah dipasang safety lock kenyit.

Pintu kabinet dapur yang dah dipasang safety lock


Dah tak boleh bukak pintu kabinet, laci pulak yang dia duk main. Laci yang belah atas je dia tak sampai lagi. Tiap kali bukak, mesti bukak ketiga-tiga laci. Kadang tu saya tutup balik, ada masa biarkan aje laci tu ternganga lagipun takde benda bahaya kat situ. Benda-benda tajam semuanya dalam laci belah atas sekali yang dia belum sampai tu.

Muka tak bersalah lepas bukak laci senyumkenyit


Hantuk kepala kat dinding
Ni dikira hobi jugak ke? jelir Tak tahu kenapa 3-4 hari ni Safiyyah suka hantukkan kepalanya kat dinding, kadang-kadang kat pintu oven. Memang perlahan aje tapi risau la jugak kalau-kalau dia terhantuk kuat. Dilarang, mengamuk-ngamuk dia. Kalau saya letak tangan saya kat dinding (bahagian dia nak hantukkan kepala tu) pun dia mengamuk, tak nak dia hantukkan kepalanya kat tangan saya, nak kat dinding jugak! Isk adus. Semalam saya baca entry kak Pija pasal Tabiat Menghantukkan Kepala pada Kanak-kanak...normal rupanya habit ni.

Antara sebabnya, untuk mengurangkan kesakitan. Saya rasa sebab ni la kot Safiyyah duk hantuk-hantuk kepalanya ke dinding. Saya perasan gusi atasnya nampak bengkak sikit, macam nak tumbuh gigi. Lagipun, sejak seminggu lepas dia asyik menggigit je waktu menyusu sampai umminya ni naik fobia nak menyusukan dia..huhu..


Usung kain batik
Kegemaran Safiyyah juga ni. Pantang nampak kain batik umminya, tak kita la yang dah basuh atau belum, ke hulu ke hilir dibawanya. Entah apa yang dia minat sangat pada kain batik. Kain lain dia tak nak pula. Hari tu dia keluarkan kain-kain yang baru dibasuh dari dalam bakul, dicarinya kain batik. Masa tu kain batik tertindan sikit dengan kain-kain lain. Jumpa kain batik, menyengih aje sengihnampakgigi

Dah letih pusing-pusing dalam rumah dengan kain batik, mesti terbaring dengan kain tu kenyit

39 comments:

pali said...

ehem, kalau bab2 mengantukkan kepala kat dinding tu, saya biasa tengok abang zaki buat.

Petua kan, manalah tak tumpahnya kuah kalau tak ke maggi.

:D

Unknown said...

kiut bebenor perangainya hehehe
seronok aje kakchik baca dan tengok gelagat safiyyah tu
apa yang nadiah lalui ini kakchik belajar teorinya dlm kelas dan biasa juga melihat anak-anak saudara melakukannya. InsyaAllah akan hilang kecuali jika menghisap jari, itu agak susah nak berhenti.

sarahfazalul said...

memang hobi safiyyah menarik. boleh la letak dalam kad warna coklat ms time sekolah nanti.

interestingly, hobi hantuk kepala tu. tak payah susah-susah makan painkiller. bolehlah cadang pada patient lepas ni =p

apa kata kak nadiah potong kain batik saiz safiyyah. biar dia pakai. mesti jadi gadis cun sepanjang zaman..ehehe

Love2cook Malaysia said...

She is so cute!!! Snow Princess, come here...Aunty wanna pinch both ur cheeks! ;)

Sakinah said...

Salam..

lucunya hobi dia..hihihi..anak kakak saya pun pernah ada tabiat hantuk kepala kat dinding, peti sejuk dan lantai.. kadang2 dia nangis bila terhantuk kuat tapi masih juga buat.. menurut pemerhatiankakak saya, mungkin juga dia buat begitu sebab minta perhatian..

transformed housewife said...

menarik hobi baru Safiyyah. hehe. tu tandanya dia kreatif Nadiah. jgn risau.

ddfirdaus said...

kiutnye tido dengan kain batik tu..

anak saya pun angin asyik bukak laci, dan nak jadi iron chef kot, masuk dapur amik senduk pastu simpan senduk bawah sofa kat living room..tensyen mama mencarik senduk..

arin said...

zara pon suka bukak katup laci..hari tuh tersepit tgn tp doa sengih..kang dia nangis, sure mama dia marah ..baik dia sengih..:)

husna said...

cutenya perangai safiyyah..
pandai lak dia pilih yang mana kain batik yang mn bkn...

Hamizah said...

ha, sufiyyah semakin nakal ye..

aLyNnZ said...

danish pun suka buka laci almari..risau gak tkt terkepit jari jerr..hmm..lg kite halang lg larr dia nk wat..suker explore..

Nida n' Hanafi said...

Salam Cik Na@Nadiah....

Baik2 jangan sampai terapit jari kat laci tu dah ler...

Nurul Izza said...

safiyyah..sila kemas baju banyak2..kasi ummi 'rehat' sikit

nge~~~

comey je...tang punggah kain batik..ala2..wanita melayu gitu ahaks..

HuMayRah HaYatI said...

Safiyyah mogok dgn ummi dia kot..iyerlah x bagi dia main buka2 laci..sbb tu dia hantuk2kan kepala..hehe..

Ummu Ammar said...

Ala chomeylnya..Safiyyah ni ada ciri2 anak solehah, kecik2 dah nak masuk dapur, nak tolong kemas ek..nanti senang la ummi dia..

incik said...

safiyyah sangat comel..kalaula ade depan mata sekarang..huuuhuu

Nadiah Sidek said...

pali: la..menurun dari papanya ke? baru akak tau. haha

kakchik: hehe..budak2 rasanya lebih kurang sama je, kan kak chik?

sarah: nanti kalau cadangkan kat patient, jangan sebut nama akak lak tau..tak pasal2 kena saman..hehe..

love: come here la aunty if u you wanna pinch me ~safiyyah ;)

Nadiah Sidek said...

sakinah: memang budak2 suka hantukkan kepala agaknya, kan?

temp.hw: kreatif ye? hehe..

dbalkis: haha..kena sorok la senduk2 tu semua ye

arin: kelakar la zara nih. rela tak menangis takut mamanya marah ye..hehe..

Nadiah Sidek said...

husna: akak pun tak sangka dia boleh pilih kain batik aje walaupun corak dan warna semua lain

hamizah: semakin banyak akal ;)

alynnz: betul..betul..budak2 ni lagi dilarang, lagi dia nak buat. isk

nida: so far tak pernah la terkepit sebab dia hanya buka laci je pastu main benda lain

Nadiah Sidek said...

izza: gadia melayu terakhir kot..hihi

k'yati: nanti dia besar kita tanya dia ye sebab apa dia hantuk2kan kepala :D

ummu ammar: ameen..moga betul2 jadi anak yang solehah

incik: kalau ada depan mata nak cubit2 ke? ehe..

Unknown said...

Dia buka kabinet tu, mungkin sebab dia ingat ada 'monster' tak? Hehe, (kata saya yang terpengaruh tengok citer Monster.inc). :D

Anonymous said...

ala comelnye safiyyah ni..akak,update la hari2 psl safiyyah..ltk pic skali..sronok bace psl safiyyah ni wlau xprnh knal..=)

Unknown said...

heee..comel saffiyyah ngan kain batik tuu,i like it!ciri2 wanita solehah..erm,buka tutup laci tu jd kegemaran my boy gak..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
yatie chomeyl said...

safiyyah gadis melayu terakhir di US, sbb tu nak main dgn kain batik je eheh

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Nadiah, kain batik tu..cuba sarung kat badan..lepas tu kelek si saffiyah, mesti dia suka.macam bibik2 suka buat tu..ha.ha
qaisara walau dah panjang macam tu..sesekali bibik buat, sukanya ya amat sangat..

Ummu Mishkah said...

Tak nak masuk dalam laci ker safiyyah! :)

Ummu Mishkah said...

Tak nak masuk dalam laci ker safiyyah! :)

Ummu Mishkah said...

Tak nak masuk dalam laci ker safiyyah! :)

Nadiah Sidek said...

amirul: haha..sangat tak logik :p

anon: hari2? bukannya ada benda menarik sangat pun. letak la nama dik..tak syok la panggil anon ;)

ibunafis: hehe..

yatie: ye la tu kot..ehe..

NB: tak reti la pulak nak wat gitu kak :P

ummumishkah: tak muat nak masuk :D

Anonymous said...

pheww...lega akhirnya dapat gak tgk sume photo safiyyah. dah lame tenet slow..tak dpt download sume.

cumey2 sume photo gelagat safiyyah 2. Aktif nyer die...sume bnd nak buat..hik3.

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

ya, allah lebih kurang aje dgn Falisha. Umur pun lebih kurang, budak2 umur mcm tu agaknye memang very curious lah. pastu macam2 kepandaiannya.

ibu wawa said...

safiyyah ni tengah nak kenal erti dunia sebenar...
biarkanlah dia mencari suatu kelainan.

Nadiah Sidek said...

meen: la..siannya..internet slow ek

paij: a'ah..semua benda dia nak tahu ;)

ibu emy: selagi tak berbahaya, memang biarkan aje pun :D

Love2cook Malaysia said...

Just like my little daughter! Suka sgt bukak tutup laci kat dapur. Sometimes I sound dia...she walks away, but not less than 2 mins she'll come back again! hehehe ;)

ummuabdullahsyaakir said...

Alahai comelnya Safiyyah berguling dengan kain batik..eem boleh jadi perwaris kegemilangnha melayu nnt sayang yea^_^

Bab hantuk kepala ni Abdullah pun sama macam tu juga,makin dilarang mankin dibuat,rupa2nye ada yg dai ank atau tak puas hati..huhu

UmmiKhayra said...

hehehheh comelnya safiyyah sengih, comel lagi bila baring dengan kain batik tu.. :P Kelakar je la auntie tgk... :)

Kalau bab hantuk kepala lak, Khayra tak hantuk kat dinding, tp dia suka tepuk kepala dia dengan tgn dia.. aduiii.. makin di larang, makin di ikut...

boundaries said...

huhu....kain batik ummi...bukan safiyyah jer....adik beradik huda termasuk la huda sekali...semua suka kain batik ummi...berebut....
yg ummi pakai lagi lak tu..hihihi...kain batik ni jadi tumpuan masa ummi solat...ummi akan pakai kain lain..lepaskkan kain batik tu...haa masa tu semua duk pakat kerumun...
sejukkk...suke^_^hihihihi

Nadiah Sidek said...

love: hehe..kena pasang lock la kat laci tu

ummuAS: tu la..bdk2 ni suka betul hantuk kepala, kita yg duk risau

ummikhayra: tepuk kepala dgn tgn blh tahan lagi..tak sekeras dinding..hehe..

boundaries: le..safiyyah ngikut perangai huda rupanya :p