Pages

Wednesday, June 26, 2013

Sebulan tanpa berita

Tak sedar dah sebulan rupanya tak update blog. Bukan setakat update, jenguk pun tidak. Selalunya kalau tak update sekalipun, jenguk juga dashboard. Baca komen kalau ada dan buang spam. Kali ni memang tak login langsung blog. Aduhai. Kebetulan pula komputer rosak seminggu. Dah dibaik pulih, makin tak rajin pula nak berblog..huhu..

Cerita ringkas mengenai kami anak-beranak selama sebulan menyepikan diri:


  • Musim panas ni kami tak ke mana-mana pun. Jalan dekat-dekat sini sahaja. Tak keluar dari Nebraska.
  • Raihannah dah 3 bulan lebih usianya. Dah pandai senyum, sengih, ketawa apabila diagah dan digelelek (sangat suka geletek dia! :p), pandai mengiring dan baru pertama kali meniarap dengan sendiri semalam. Alhamdulillah.
  • 2 buah keluarga dari Colorado dan Wyoming datang ziarah dan bermalam di rumah kami. Suka! Dah lama tak ada tetamu datang bertandang.
  • Semalam, 25 Jun, genaplah 32 tahun usia suami saya. Hari yang sama juga Raihannah meniarap. Hadiah buat suami sayalah kiranya. Jadinya tak perlulah bagi hadiah lain padanya :p.
  • Antara aktiviti kami...pergi zoo, petik strawberi, juga memetik ceri (kalau saya rajin, adalah entrinya nanti ya)


Tiga beradik dalam kolam tak berair :)


14 comments:

Siti Asiah said...

makin meriah keluarga Nadiah yea...seronok tenok diaorang...:)

nad said...

Bestnye! Kejap je, raihannah dh beso!
Abg n kakak nye pun sama :)
Aaa lama x tgk gmbr terbaru dorg ;)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Raihannah dh besaq suka tgk dia
Happy fmly gituew
Happy belated bufday to ur hubby o(^▽^)o

cahayahidupku.blogspot.my said...

Abg Shakir dah besarlah....
Rajin2 lah update nadiah... rindu ;)

ishamizu said...

The kids are so cute! :) skjp je Raihannah dh 3 bulan kan..

dear anies said...

comel2 belaka

sweet life said...

comeinyer dorang... hehe...
yg sulung dah jadi anak dara..
yg second dah jadi teruna...
yg kecik jadi baby lagi...

Amzar said...

anak2 yg comel...

Ruse Sulaiman said...

Sweet je tgk 3 beradik dlm kolam tu :)

Anonymous said...

kejap dh besar baby girl..
nti diam tak diam dh blh jln...hehe..

mummy_icha said...

Subhanallah. Beautiful siblings. Yang kak long tu day anak dara sunti yea :-)

Ummi Salsabila said...

Anak2 cepat membesarkan kak nadiah.Faham,bz bila dah jd Mak 3 Anak.Akak share la cane uruskan mereka seharian? Odah kelam kabut..

Mama Marcello said...

ya Allah...comelss nyer mereka!!!

Chik Na said...

lama chik na tak singgah... akak lagi lama tak berblod ..dah 7 bulan... tau-tau Nadiah dah ada ahli keluarga baru... tahniah