Pages

Wednesday, May 14, 2014

Sebiji atas biskut, 5 biji masuk ke mulut

Aktiviti bulan lepas. Buat pertama kalinya saya beri peluang anak-anak tolong buat biskut (tolong letak coklat atas biskut je pun..hehe..). Konon-kononnya nak bagi anak-anak rasa seronok dapat tolong ummi buat biskut. Rupa-rupanya....dua beradik ni lagi seronok makan coklat! :p

Sebiji coklat letak atas biskut, 5 biji masuk mulut, letak lagi sebiji atas biskut, masuk pula 5 biji dalam mulut. Haha....kerja yang sepatutnya ambil masa sekejap, jadi lama pula. Sudahnya, sayalah yang siapkan.


Bersilang-silang tangan.


Siapa nampak Raihannah, angkat tangan! Hihi...kesian Raihannah tak dapat tolong sekali. Kalau Raihannah join sekali, alamatnya habis biskut sebelum sempat dibakar :p


Rupa biskut sebelum dibakar. Selepas dibakar, tak ambil pun gambar. Buruk sangat rupanya...haha. Semak balik resipi, rupa-rupanya kena letak 6 keping sahaja atas dulang pembakar! Saya pergi letak 12 keping. Biskut jadi sekembang-kembangnya sampai penuh dulang. Bentuk biskut pun dah jadi empat segi. Huhu. Awatlah saya tak perasan arahan tu. Ingatkan biskut ni kembang sikit je macam biskut-biskut yang pernah saya buat >_<


Tak apalah, yang penting biskut tu habis licin dan anak-anak pun seronok (walaupun lebih seronok makan coklat :p)

12 comments:

Nad MamaZN said...

nampak raihannah!! hehehe...
abang syakir lg besar dr kakak dah ha..
comeynya semua..!

transformed housewife said...

biasala buat biskut2 dgn anak2. Yg penting diaorg happy.

NzA said...

He3x...seronokkn melayan kerenah comel ank2.

Nieyl said...

seronok nyer tgk anak2 dgn kerenah dieorang kan...:)

Siti Asiah said...

raihanah pun nak join jugak ye...;)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Sure umah meriah ngan telatah kids khen
Riuh tp best ngeee

Chestha Ginanzar said...

Harus gthu donx biar kenyang ..
Cara Mudah Temukan Rumah Dijual / Disewa Disini
Sewa Apartement
Perumahan Baru

Norma NML said...

Salam kenal...

Dal la Comel rajin pulak tu ..

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Memang mereka seronok Nadiah bila dapat membantu kita.. dah besar2 anak2 nadiah semua ye :)

latifah suleiman said...

Yang penting kita cuba..n yg paling penting anak2 enjoy.

Nice sharing dik. Terima kasih buat kami tersenyum

Nida Husna said...

Tggu besar sikit nti raihanna bleh join kakak n abg hehe

Yusmawati Paiman said...

Wah rajin semua tolong ibu buat biskut ya...