Biasalah mereka bertiga tu. Sehari tak bergaduh memang tak sah. Sekecil-kecil perkara boleh jadi bahan pertengkaran. Si kakak dan si abang dah teka macam-macam tapi kesemuanya salah dan si adik pula masih tak mahu berterus-terang, mulalah panas hati mereka. Mula nak marah si adik. Saya biarkan sahaja sebab masih dalam kawalan.
Dalam pada berteka-teki tu, terdengar seorang daripada mereka sebut nasi empat tayar. Termenung sekejap ummi mereka ni. Nasi empat tayar? Apa benda pula tu? Lepas tu barulah dapat pick up. Nasi pataya rupanya!
Macam manalah pataya boleh jadi empat tayar...? Pataya ya, anak-anak. PA-TA-YA. Bukan empat tayar. Huhu. Rupanya, dia tersalah dengar orang sebut. Orang sebut pataya, dia dengar empat tayar. Tu yang jadi nasi empat tayar. Habis kami semua ketawa termasuk yang yang sebut nasi empat tayar tadi tu. Terus hilang kisah nak bertengkar tadi..hehe..
8 comments:
Hahaha...pandai budak-budak ni buat kelakar
Hahaaa... tergelak sendiri saya dibuatnya! Kedengarannya sungguh kreatif!
buat kelakar tanpa sengaja, kak tirana..hehe
amie: lebih kurang bunyinya, kan? :D
hahahhaha pandainya dia yekkk😆😊😆😊
4 tayar ...haha...nak kenakan org,dia yg terkena
ha ha ha... lawak antarabangsa...
kita yang dengar nasi empat tayar pun bingung. mujur dapat tahu tu nasi pattaya. kalau tak bagitahu, memang menjadi teka teki kami duk pikir
anies: macam-macam budak-budak ni :D
kak kamsiah: orang sebut lain, dia dengar lain..hehe..
anonymous:
han hanni: termenung kejap mula tu. lepas tu baru terfikir nasi pataya. Adoi la :D
Post a Comment