Pages

Saturday, April 7, 2012

Hotpot potatoes

Resipi ni saya dapat dari blog Irma. Lama dah saya ambil resipinya dan dah beberapa kali saya buat (semalam pun saya buat sekali lagi ^_^) cuma baru kali ni teringat nak kongsikan di blog. Saya pernah buat sekali masa jamuan di rumah ni dan ramai yang kata sedap. Suami saya pun kata sedap. Kalau dah buntu tak tahu nak masak apa, boleh la cuba resipi ni...senang dibuat dan sedap dimakan :)


Bahan-bahan :
500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang.
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar serbuk kari
1 mangkuk sayur campur ( kacang peas, carrot dan jagung )
1 tin tomato yang dicincang ~ saya guna sebiji tomato dan dipotong dadu
1 sudu teh mixed herb ~ saya guna Italian seasoning
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Minyak zaitun untuk menumis
1 kiub ayam
2 biji cili dipotong nipis ~ saya tak letak
Garam


Topping :
5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper (saya guna black pepper). Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.
Keju Mozarella
Parsley. Takda pun tak pa ~ saya tak letak


Cara-Cara :
Bismillahirrahmanirrahim..

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.
  2. Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.
  3. Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.
  4. Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.
  5. Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.

Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan.


Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan


Dari sisi tepi


Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh.
Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit atau 1 jam (saya bakar selama 45 minit...lebih daripada tu memang boleh jadi rentung :p. Bergantung pada oven masing-masing).


Dah siap dibakar.
Pembantu saya tu tak habis-habis lagi buat kerja :p


 Sedia untuk dimakan! ^_^
Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang.


Nota: Kalau ada sesiapa yang berminat nak tempah kek atau pavlova, boleh juga tempah dengan Irma. Jenguk di blog dia untuk hubungi empunya diri :)


Thursday, April 5, 2012

BBQ perasmi

Di sini BBQ dah jadi aktiviti 'wajib' kami. Macam tak sah kalau tak buat BBQ. Masuk je musim bunga, secara automatiknya mesti terfikirkan BBQ. Mula la merancang hari yang sesuai untuk dibuat BBQ. Alhamdulillah, BBQ pertama bagi tahun ni dah pun dibuat pada Jumaat lepas; 30 Mac 2012 sempena meraikan kedatangan tetamu yang datang jauh dari Fort Collins, Colorado.

Kiranya itu adalah BBQ perasmi untuk tahun 2012. InsyaAllah, akan ada susulannya sehinggalah musim luruh nanti ;). Hanya di musim sejuk je BBQ tak dibuat. Tak ada siapa yang sanggup nak membeku di luar rumah semata-mata nak ber-BBQ. Kalau ada, boleh tabik spring la! Ehe..


Tukang bakar. Saya hanya jadi tukang perap ayam je


Seronok juga ber-BBQ di waktu malam. Kebiasaannya kami buat BBQ di siang hari


Abe Jie dan Kak Ria melayan Shakir sambil diperhatikan Yaya; anak ke-2 mereka


3 orang lagi anak Abe Jie dan Kak Ria. Dari kanan: Johan yang sulung, Widad yang bongsu dan Irfan anak ke-3. Mereka datang ke Lincoln semata-mata nak menghadiri majlis Malaysian Night gara-gara teruja dengan komen-komen yang positif dan memberangsangkan berkenaan Malaysian Night yang dibuat oleh NUMSA (Nebraska University Malaysian Students Association). Tak sangka pula Malaysian Night anjuran NUMSA mendapat pujian daripada VIP yang pernah menghadirinya


Nampak tak si kecil kami tu? :)


Seronok Shakir dapat main di luar waktu malam.
Safiyyah masa ni sedang diulit mimpi. Orang dah kenyang, baru dia bangun



Wednesday, April 4, 2012

WW: Gadis dan teruna Melayu terakhir ^_^

Si gadis berkebaya dan si teruna berbaju Melayu
sempena majlis Malaysian Night pada 31 Mac 2012 :)


Monday, April 2, 2012

Spring has sprung!

Sebahagian daripada gambar-gambar bunga yang sempat saya ambil sewaktu makan angin 2 minggu lepas :)












Nota: Musim bunga tahun ni pun sedikit pelik. Cepat sungguh panas. Dah macam musim panas pula sekarang ni padahal baru je masuk musim bunga