InsyaAllah hanya tinggal 2-3 hari sahaja sebelum Ramadhan berlalu pergi. Tak bersedia rasanya nak menyambut raya. Terlalu pantas Ramadhan berlalu tahun ni. Rasanya Ramadhan baru je tiba...rupanya dah di penghujung pun. Entah berpeluang lagi entahkan tidak untuk bertemu Ramadhan yang akan datang..
Aku lihat Ramadan dari kejauhan....lalu ku sapa ia, "Hendak ke mana?"
Dengan lembut ia berkata, "Maaf, aku harus
pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmin.
Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah Istiqamah saat dia
kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal ..ia sudah tiba.".
Ku lihat
Ramadan pergi...jauh........ 'Ya Allah , apakah aku akan berjumpa lagi
dengannya ?'
[disalin dari FB kakak senior]
Suka juga saya memetik kata-kata Ustaz Hasrizal...
"Ramadan itu tinggi nilainya kerana
ia hanya sebulan dalam setahun. Allah Maha Mengetahui betapa manusia mudah
mensesiakan sesuatu yang banyak, mudah, sentiasa ada, seperti nikmat
'biasa-biasa' pada 11 bulan yang berbaki"
Sungguh benar bagai yang dikata. Kita banyak mensia-siakan baki 11 bulan yang lain. Aduhai...
Di kesempatan yang ada, saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog ini. Mohon maaf andai ada yang terguris dengan kata-kata saya sepanjang saya berblog. Maaf juga selama sebulan ini saya menyepikan diri dari dunia blog. InsyaAllah nanti saya kembali aktif semula :)
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat!
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan anda semua..
Mohon maaf zahir dan batin.