Ketika di matrikulasi inilah buat pertama kalinya saya sarung pakaian seragam. Lengkap dengan kasutnya sekali. Kasut tu tak ingat pula ke mana perginya. Setakat ni tak jumpa. Mungkin dah dijual atau diberi pada orang agaknya. Wallahua'lam. Memang tak ingat langsung.
Dah cuba, terjatuh cintalah pula dengan pakaian seragam. Nampak segak. Setiap kali kena pakai baju kadet ni, memang suka. Benda dah suka, tentulah tiada rungutan yang kedengaran..hehe. Tambah-tambah bila pakai lengkap dengan kasutnya. Rasa lebih yakin dengan diri sendiri.
Ingat lagi dulu kena berkawad petang-petang. Awal-awal berlatih kawad, kami ada jurulatih. Lepas tu tiada seorang jurulatih pun yang bantu kami. Saya tak ingat sangat apa puncanya. Jadinya, ketua komander kamilah kena ambil alih tugas jurulatih.
Ketua kami ni tegas orangnya. Stress jugalah asyik kena marah waktu latihan kawad..hehe. Tapi kesian juga dengan dia. Dia pun stress. Jurulatih sudahlah tak ada. Bukan ada pengalaman sangat pun nak mengendalikan barisan kawad. Kami ni pula acuh tak acuh sahaja dalam latihan, lagi tertekanlah kawan tu. Macam manalah dia tak marah?
Semakin hampir dengan hari pertandingan, bertambah tegaslah ketua kami. Kecut perut jugalah dibuatnya. Pantang salah sikit, habis dijeritnya. Haha. Disebabkan ketegasannya itulah kumpulan kami berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan dalam pertandingan kawad kaki. Sesuatu yang boleh dibaggakan jugalah dengan keadaan kami yang tiada jurulatih untuk membimbing.
Sayangnya, sewaktu pertandingan tu saya tak dapat sertai. Saya terpaksa pulang ke Kuala Lumpur menghadiri temujanji di hospital (atas masalah peribadi).
Antara gambar kenangan sebagai kadet matrikulasi.
5 comments:
Wahh 20 tahun yang lalu tu. Seronoklaa memgimbau kenangan tu.
Saya masa matrik xde pulak join badan beruniform ni. Hihi
ana fatihah: matriks tahun bila tu? Tahun akak memang semua wajib
Wah dah 20thn masih tersimpan lagi tu.
NzA: Kalau tak memunggah ni, memang tak ingat ada dalam simpanan. Hehe..
kenangan terindah tu
Post a Comment