mIRC, Yahoo Messenger (YM) dan Friendster adalah tiga media sosial terawal yang saya pernah guna. Saya mula akses mIRC sewaktu sekolah menengah. Tak ingat sama ada Tingkatan 4 atau Tingkatan 5. Lama juga saya gunakan mIRC. Macam mana boleh tersangkut dengan mIRC pun tak tahulah. Pengaruh rakan sebaya agaknya.
Padahal waktu itu nak buat emel pun tak tahu. Adik yang tolong buatkan. Haha. Ingat lagi username emel tu; nad_36. Punyalah tak puas hati. Nombor 36 tu tak ada kaitan dengan diri sendiri pun tapi guna jugalah sebab tak tahu nak buat.
Katanya, nombor yang ada kaitan dengan saya (tahun kelahiran, tarikh lahir...) semua dah ada orang guna. Jadi, dia klik sahaja mana yang ada. Pasrah sahajalah. Dia buat tu pun bukan depan mata saya. Dalam tak puas hati tu lama juga saya gunakan emel tu. Dah jadi pelajar matrikulasi baru tukar.
Dari situlah saya mula melibatkan diri dengan dunia internet. Godek sana, godek sini, akhirnya jumpalah mIRC. Gigih pergi cyber cafe. Waktu tu belum ada komputer lagi di rumah. Sampai dah masuk universiti pun masih tetap layan mIRC.
Tak ingat dah nickname apa yang saya guna. Rasanya awal-awal terjebak dengan mIRC, guna nickname lain. Lepas tu tukar pula. Nickname yang kemudian tu saya ingat lagilah sebab sama dengan emel yang saya buat sewaktu di matrikulasi.
'ASL pls...'. Haha...awal-awal tu terpinga-pinga apa maksud asl tu. Setiap kali ada yang tegur, mesti tulis ASL pls. Rupanya A tu merujuk kepada umur (age), S tu untuk jantina (sex) dan L adalah location. Lepas-lepas tu pro dahlah guna mIRC 😝.
Dalam melayan mIRC, terjebak dengan Yahoo Messenger (YM) pula! Haha...lepas satu, satu. Tak ingat bila mula guna YM. Seingat saya, sejak ada YM rasanya saya dah mula kurang layan mIRC sehinggalah saya berhenti terus daripada melayari mIRC.
Friendster adalah media sosial ketiga yang saya guna. Saya mula berblog pun guna Friendster. Walaupun dah ada akaun Blogger yang kawan saya, Adyani, bantu setup, saya tetap guna blog Friendster. Zaman tu Blogger tak semudah sekarang. Kena main coding. Saya 'buta' dalam hal-hal begitu.
Jadinya, saya abaikan sahaja Blogger. Blog Friendster lebih mudah digunakan. Sayangnya, bila Friendster tak ada, blognya sekali turut terbenam. Banyak juga yang saya dah tulis di situ. Tak terfikir nak save tempat lain sebelum tu. Kisah kelahiran Safiyyah pun saya tulis di situ...huhu...sayang sangat.
Dalam tahun 2008 kalau tak silap, baru berjinak-jinak dengan Facebook. Dan rasanya dalam tahun yang sama juga saya mula menulis blog di Blogger. Waktu tu Blogger dah mula mesra pengguna dan sehingga sekarang saya masih guna blog yang sama.
5 comments:
Kenangan ni. Pernah terjebak sekejap dengan MIRC, friendster and myspace. Lepas tu baru lah berjinak jinak dengan FB gak.2009 baru mula berblog.
Heheee... nampaknya saya seorang ketinggalan keretapi tentang benda-benda ni semua. Saya berFB, kemudian berblogging.
penah guna juga tapi disebabkan sy ni jenis kedekut nk sedekah duit kat CC, jadi sy layan seminggu sekali je hehehe...
azhafizah: myspace saya tak pernah guna..hehe..
amie: ye ke? lahir tahun berapa?
anies: haha...samalah. Bukan setiap hari pun pergi CC
those yg lahir 1970s and 1980s memang terjebak dgn Mirc tu...setaraf dgn social media zmn sekrg laaa
i tak sempat guna frenster...mirc dan YM jer
then terus guna blogger dan fb...1st time berblogging pun masa pegi UK (end of 2007)
Post a Comment