Pages

Monday, April 16, 2012

Demonstrasi teh tarik oleh Safiyyah

Anda tahu macam mana nak menghasilkan teh tarik? Jom saksikan demonstrasinya ;)


Penuh konsentrasi


Video ni dirakam sewaktu majlis Malaysian Night hujung bulan lepas. Oppss..saya memang belum tulis lagi entri Malaysian Night. Kalau rajin, ada la nanti entrinya. Kalau tak, takde la :p. Masa ni dah kemuncak majlis. Sebelum majlis berakhir, semua hadirin diberi teh tarik. Teh tariknya dah nampak macam teh biasa je..dah tak ada buih-buih tu. Makanya, Safiyyah atas inisiatif sendiri, tarik semula teh tu agar ia nampak seperti teh tarik yang sebenar ^_^


Itu antara aktiviti kesukaan Safiyyah di rumah. Tak ada siapa pun yang ajar dia. Mulanya dia belajar tuang air dalam cawan. Lepas tu, dipindahkan air dari satu cawan ke satu cawan yang lain. Dah mahir, baru dia belajar pegang kedua-dua cawan dan buat macam ala-ala nak buat teh tarik. Safiyyah cermat orangnya. Tak tumpah pun air tu tapi kalau Shakir nampak..habis la ditarik cawan atau tangan Kak Longnya. Daripada tak tumpah, jadi tumpah :p.

Isrimewanya di rumah, bukannya Safiyyah buat teh tarik tapi air kosong tarik ^_^


Sunday, April 15, 2012

Amaran tornado

Malam semalam kami dikejutkan dengan bunyi siren sebagai amaran berjaga-jaga kebarangkalian puting beliung (tornado) akan berlaku di sini. Saya dah tidur masa tu. Terdengar bunyi siren tapi dalam keadaan mamai, saya abaikan bunyi tu dan tidur semula. Mata memang tak larat nak dibuka. Hampir tengah malam dah pun sewaktu siren berbunyi. Suami kejutkan saya dan beritahu kena turun ke basement, baru la saya betul-betul tersedar.

Saya jenguk ke luar tingkap. Tiba-tiba rasa berdebar. Suasana di luar menyeramkan. Hujan. Angin agak kencang. Ya Allah, tornado akan ke sini ke? Macam-macam yang saya fikirkan ketika itu. Entah macam mana, saya terbayangkan yang tornado benar-benar berlaku dan tak semena-mena saya terfikir Hari Kiamat. Huhu. Takut sangat masa tu. Dalam pada takut dan berdebar tu, saya tak berganjak lagi dari atas katil. Aduh, entah apa kena la dengan saya ni. Suami suruh saya bersiap, baru la saya bingkas bangun dan terus salin baju berlengan panjang. Tudung, saya letak tempat yang mudah dicapai.

Lama juga la siren berbunyi. Kejap perlahan, kejap kuat pula bunyinya. Tiap kali siren berbunyi kuat terasa-rasa macam tornado dah dekat. Lepas beberapa minit berlalu, belum pun sempat kami turun ke basement, siren berhenti berbunyi. Alhamdulillah, tornado tak sampai ke sini. Walaupun siren dah berhenti berbunyi, dada saya masih terasa lagi debarannya. Lama juga baru hilang rasa debar tu. Mata pun susah nak lelap lepas tu. Pukul 1 lebih baru saya terlena.

Doakan keselamatan kami sepanjang kami di sini ye. Harap-harapnya sekali tu je la dengar bunyi siren amaran tu. Sungguh mendebarkan!

__________________________________________

Tornado Warning Policy [sumber]

IN THE EVENT OF A TORNADO WARNING:

  1. Lincoln/Lancaster County Emergency Management will activate emergency sirens upon confirmation of a tornado. The duration of sirens is 3 minutes. All University personnel are directed to seek shelter upon activation of the sirens. It is not safe to leave the shelter until local radio and television stations announce that the warning has expired.
  2. Where available, the University may provide supplemental notification of Lincoln/Lancaster County Emergency Management tornado warnings through one of the following methods:
    • Amplified voice announcements over the public address system.
    • Multicast to radio user groups
    • UNL Alert
    • A pager held by the Building Maintenance Reporter.
    • Other approved devices

SAFETY PROCEDURES

INDOORS
  1. Move quickly to the tornado shelters listed on posters in university buildings.
  2. Do not use elevators.
  3. Stay away from windows.
  4. If a tornado strikes, help avoid telephone overloads. Do not use telephones (including cell phones) except for emergency.
OUTDOORS
  1. Seek indoor shelter if possible.
  2. Parked motor vehicles are unsafe. Seek indoor shelter.
  3. If an indoor shelter is not available and there is not time for escape, lie flat in a ditch or low spot.
  4. If you are on flat ground and are caught in the path of a tornado, always move at right angles to its path.

DEFINITION OF TERMS:

Tornado Watch means that conditions are favorable for tornadoes to form. Be alert to weather conditions and announcements.
Tornado Warning means that a tornado has been sighted or radar indicates rotation in the clouds. TAKE SHELTER!



Tuesday, April 10, 2012

Easter Lily

Sebelum ni saya hanya tahu nama bunga ni sebagai lily sahaja. Baru je tahu lily jenis ni ada nama khusus. Easter Lily namanya


Bunga ni hadiah daripada suami saya sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4 pada 29 Mac lepas :). 3 bunga dah layu baru ingat nak ambil gambar. Cepat betul bunganya layu. Tadi saje la saya google pasal bunga ni. Rupa-rupanya...kena buang bahagian tengah yang berwarna kuning tu supaya bunga tu dapat bertahan lebih lama. Baru la tahu kenapa bunga tu cepat layu!


Yang kuning tu la yang perlu dibuang. Safiyyah cukup suka main benda tu...habis berterabur debunganya.


Satu lagi fakta yang saya jumpa...bunga ni (termasuk semua jenis lily) toksik pada kucing. Nasib baik la kami tak bela kucing!

Sunday, April 8, 2012

Shakir bermandikan yogurt

Tsk...anak siapa la ni..?
(buat-buat tak kenal pula anak sendiri :p)


Patut la petang tadi senyap je...ada projek rupanya si kenit ni. Baru tinggalkan sekejap je untuk solat...tengok-tengok Shakir dah 'mandi' yogurt -_-". Hasil kerjasama dengan Kak Long dia la ni. Kak Long tukang buka peti ais, si adik punggah barang-barang dalamnya. Hasil punggahan, terjumpa la yogurt. Pandai pula tu buka plastik penutup yogurt.

Nampak je ummi dia, terus sengih. Lepas tu tepuk tangan. Nak marah pun tak jadi :p.