Pages

Thursday, January 9, 2014

Selamat Hari Lahir yang ke-5, Safiyyah!

Hari lahir Safiyyah 2 Januari lepas. Baru hari ni nak buat entri ni...hihi. Tak apalah ya, bulan Januari pun belum berakhir lagi. Tak adalah basi sangat :p. Pejam celik pejam celik, 5 tahun dah berlalu. Macam tak percaya dah 5 tahun usia anakanda kami yang sulung.


Gambar di atas sebahagian daripada gambar-gambar Safiyyah sepanjang tahun lepas. Kesemuanya adalah gambar candid. Safiyyah tak pandai posing (macam ummi dialah :p) dan tak suka sangat bergambar. Di usia 4 tahun, barulah anak dara ni berani menunggang kuda. Tahun-tahun sebelum tu, duduk atas kuda mesti menangis walaupun sekadar kuda patung (carousel).

Sukakan pizza, mac and cheese, yogurt, susu dan spaghetti kosong. Kalau makan roti, hanya kulitnya sahaja yang dimakan. Rotinya dibuang. Budak-budak selalunya tak suka kulit roti. Safiyyah sebaliknya pula. Unik :). Oh, tapi kalau dapat roti Arab, dia makan! Sangat suka makan buah terutamanya berries dan anggur tapi tak gemar buah-buahan tempatan Malaysia terutama durian :p

Kain batik masih menjadi peneman tidur yang setia sampai dah koyak rabak kain tu. Diberi kain batik lain dia tak mahu. Kain batik tu ada nama. Safiyyah namakannya Hoho. Rasanya penangan tengok rancangan Ni Hao Kai Lan ^_^.

Siapa yang mengikuti blog ni pasti tahu Safiyyah suka tidur berdiri tapi sekarang dah tak ada dah aksi tidur berdiri. Rindu pula nak tengok Safiyyah tidur berdiri macam dulu...hihi.

Doakan Safiyyah jadi anak yang solehah ya :).


Thursday, December 19, 2013

Coconut Brownies

Salam Jumaat semua!

Hampir sebulan setengah menyepi, tiba-tiba muncul dengan entri makanan. Hihi. Mood berblog memang dah ke laut dalam dah. Entah bila nak kembali aktif berblog pun tak tahulah. Ada beberapa sebab juga tak berblog. Tak apa, layan resipi ni dululah ya :).

Mudah nak buat brownies ni. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Yang penting...sedap! Dah tiga kali saya buat brownies ni. Alhamdulillah puas hati. Suami pun suka. Anak-anak tak usah cakaplah....makanan manis laju je makan terutama anakanda yang sulung.




Coconut Brownies
by Carol Lipp

1 cup butter, softened
2 cups sugar (saya letak 1-1/2 cawan sahaja)
4 eggs
1 teaspoon vanilla extract
1-1/2 cups all-purpose flour
1/2 cup plus 2 tablespoons baking cocoa
1/2 cup flaked coconut (saya guna unsweetened flaked coconut)


  1. In a large bowl, cream butter and sugar until light and fluffy. Add eggs, one at a time, beating well after each addition. Beat in vanilla. Combine flour and cocoa; gradually beat into creamed mixture until well blended. Stir in coconut.
  2. Spread into a greased 13-in. x 9-in. baking pan. Bake at 350'F for 22-25 minutes or until a toothpick inserted near the center comes out with moist crumbs (do not overbake). Cool on a wire rack.



Thursday, November 7, 2013

Golden tree









Tak semena-mena teringat cerita King Midas! :D

Sungguh hebat ciptaan Allah, kan? Sangat indah!

Wednesday, November 6, 2013

Berakhirnya DST: Sejam ke belakang

DST ya. Bukan GST :D.

Pernah saya tulis tentang DST sebelum ni. Entri lama. Tahun 2009. Tahun itu tahun pertama saya dengar istilah Daylight Saving Time. DST singkatannya. Waktu tu memang terpinga-pinga. Dah baca tentang DST hasil carian Google pun masih pening. Lambat sikit pick up. Hihi.

DST bermula pada musim bunga dan berakhir pada musim luruh. Jika di US ni, DST bermula pada hari Ahad kedua dalam bulan Mac (musim bunga) dan berakhir pada hari Ahad pertama bulan November (musim luruh). Bagi tahun ni, DST dah pun tamat pada Ahad lepas menjadikan beza waktu US dengan Malaysia 14 jam (US lewat 14 jam dari Malaysia). DST bermula sekali lagi bulan Mac tahun depan, beza waktu antara US dan Malaysia adalah 13 jam.


Kredit foto: Google


Saya suka apabila DST berakhir. Ada masa tambahan selama sejam ^_^. Sekali setahun, dapat peluang merasa 25 jam dalam sehari. Yang tak seronoknya, saat bermulanya DST. Hanya 23 jam sahaja sehari. 23 jam tu terasa begitu pendek. Padahal kalau campur kedua-duanya, 48 jam juga jumlahnya..hihi.



Waktu solat pun turut bertukar. Bukanlah bertukar dalam erti kata sebenar. Hanya jarum jam dianjak sejam ke belakang. Gambar kanan adalah waktu solat di saat berakhirnya DST. Gambar kiri, sehari sebelumnya. Kalau perasan, waktu solat Jumaat adalah sama bagi kedua-duanya. Tak ada sebarang kesilapan di situ. Di sini memang ditetapkan waktu solat Jumaat pada jam 1.30 petang bagi memudahkan Muslim menunaikan solat Jumaat. Sini bukannya ada waktu rehat khas pada hari Jumaat sebagaimana di Malaysia :).