Pages

Saturday, June 12, 2021

Makan Germs?

"Makan tak gosok gigi dulu ya? Eiii...makan dengan germs." Tegur opahnya.

.

"Malam tadi sebelum tidur kita dah gosok gigi dah." Jawab pula si anakanda.

.

Ummi tengah siang ikan. Pasang telinga je la nak dengar apa jawapan si anakanda. Akal yang seorang ni memang boleh tahan.

.

"Itu semalam. Ini pagi ni. Kan dah tidur, ada air liur basi. Banyak germs." Tambah opahnya lagi.

.

"Nyum, nyum, nyum." Ringkas jawapannya. Opahnya tak terkata apa dah.

.

Dalam 4 beradik, dia seorang sahaja yang berani menjawab dan respons macam tu. Tepuk dahi dibuatnya!

Mimpi vs Realiti Sakit Kaki

 Malam tadi mimpi sakit kaki sampai tak boleh berjalan.

Lepas tu terjaga. Kaki kanan rasa sakit sangat. Berdenyut sampai ke tulang. Tengok jam. Pukul 4 pagi. Cuba berdiri tapi kaki kanan tak boleh pijak lantai. Sakit sungguh.
Dari lepas Maghrib sebenarnya sakit kaki tapi boleh je berjalan macam biasa. Anak-anak dah tolong picit dan ketuk pun. Memang suruh ketuk. Kalau picit, tak rasa sangat.
Pernah je sakit kaki macam ni tapi tidaklah selama ini. Dah tengah malam pun masih sakit lagi. Bearable pain. Entah pukul berapa baru lena malam tadi.
Pukul 4 pagi tu la paling sakitnya. Berdenyut kuat di tengah betis. Beberapa minit lepas tu sakit tu berpindah ke betis bawah. Masa ni tahanlah sikit sakitnya.
Alhamdulillah lepas Subuh hilang terus rasa sakit kaki.

Tak pastilah disebabkan rasa sakit sangat sampai masuk mimpi atau hanya kebetulan semata-mata.

Friday, June 11, 2021

Biasiswa untuk Lepasan SPM 2020

Pelajar Lepasan SPM yang nak sambung belajar, mohonlah biasiswa yang ada ni. Mana tahu ada rezeki, boleh kurangkan sikit bebanan kewangan.

Teringat pula sewaktu melangkah kaki ke IPTA dulu. Tak ada akses nak dapat maklumat ni semua. Bila tahu ada biasiswa yang ditawarkan, dah terlambat pun. Dah ditutup tarikh permohonannya.

Kami bukannya orang senang. Susah hati jugalah fikir pasal duit. Alhamdulillah ada juga PTPTN. Memang berjimat-cermat guna duit PTPTN sepanjang 4 tahun di universiti.

Kalau boleh, mohon dululah biasiswa yang ditawarkan. PTPTN tu kira dah jalan terakhir dah. Dah habis belajar nanti, 'sakit' nak lunaskan pinjaman PTPTN tu. Melainkan kalian tamat pengajian dengan keputusan cemerlang (Kepujian Kelas Pertama), bolehlah tukar status pinjaman kepada biasiswa.

Semoga berjaya!

-----

✅JPA-JKPJ SCHOLARSHIP

▪Apply Sini 👉🏼 http://bit.ly/Apply-JPA-JKPJ

▪Tarikh Buka : 10 JUN 2021

▪Tarikh Tutup : 23 JUN 2021

✅JPA-MARA SCHOLARSHIP

▪Apply Sini 👉🏼 http://bit.ly/Apply-JPA-MARA

▪Tarikh Buka : 10 JUN 2021

▪Tarikh Tutup : 23 JUN 2021

✅PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP)

▪Apply Sini 👉🏼 https://bit.ly/Apply-Biasiswa-Petronas

▪Tarikh Buka : 10 JUN 2021

▪Tarikh Tutup : 20 JUN 2021

✅BANK NEGARA - THE KIJANG SCHOLARSHIP

▪Apply Sini 👉🏼 http://bit.ly/Apply-BNM-Scholarship

▪Tarikh Buka : 11 JUN 2021

▪Tarikh Tutup : 27 JUN 2021

✅KHAZANAH WATAN SCHOLARSHIP

▪Apply Sini 👉🏼 https://bit.ly/Apply-Khazanah-Watan

▪Tarikh Buka : 11 JUN 2021

▪Tarikh Tutup : 30 JUN 2021

✅YAYASAN UEM SCHOLARSHIP

▪Apply Sini 👉🏼 https://bit.ly/Apply-UEM-Scholarship

▪Tarikh Buka : 10 JUN 2021

▪Tarikh Tutup : 25 JUN 2021

✅YAYASAN TNB SCHOLARSHIP

▪Apply Sini 👉🏼 https://bit.ly/Apply-TNB-Scholarship

▪Tarikh Buka : 10 JUN 2021

▪Tarikh Tutup : 20 JUN 2021

✅KHAZANAH GLOBAL SCHOLARSHIP

▪Apply Sini 👉🏼 https://bit.ly/Apply-Khazanah-Global

▪Tarikh Buka : 11 JUN 2021

▪Tarikh Tutup : 30 JUN 2021

✅THE STAR EDUCATION FUND SCHOLARSHIP

▪Apply Sini 👉🏼 https://bit.ly/Apply-TheStar-Scholarship

▪Tarikh Buka : 11 JUN 2021

▪Tarikh Tutup : 25 JUN 2021

 ✅SHELL SCHOLARSHIP

▪Apply Sini 👉🏼 https://bit.ly/Apply-Shell-Scholarship

▪Tarikh Buka : 14 JUN 2021

▪Tarikh Tutup : 30 JUN 2021

✅PNB SCHOLARSHIP AWARDS

▪Apply Sini 👉🏼 http://bit.ly/Apply-PNB-Scholarships

▪Tarikh Buka : 10 JUN 2021

▪Tarikh Tutup : 25 JUN 2021

✅YAYASAN PENERAJU SCHOLARSHIP

▪Apply Sini 👉🏼 http://bit.ly/Apply-Yayasan-Peneraju

▪Tarikh Tutup : 25 JUN 2021

✅YAYASAN TUN ISMAIL (YTI)  SCHOLARSHIP

▪Apply Sini 👉🏼 http://bit.ly/Apply-PNB-YTI-Scholarship

▪Tarikh Tutup : 29 JUN 2021

✅YAYASAN KLK SCHOLARSHIP

▪Apply Sini 👉🏼 https://bit.ly/Apply-KLK-Scholarship

▪Tarikh Tutup : 01 JUL 2021

 ✅SPAN SCHOLARSHIP

▪Apply Sini 👉🏼 http://bit.ly/Apply-SPAN-Scholarship

▪Tarikh Tutup : ONGOING

➡️Telegram Rasmi 👉🏼 http://t.me/BiasiswaMalaysia [Tak Nak Terlepas info Biasiswa Terkini..Join Sini!] 

➡️Laman Rasmi Senarai Penuh Biasiswa 👉 https://www.BiasiswaMalaysia.Com

Credit: https://www.facebook.com/ansarataiping/

Wednesday, June 9, 2021

Kunci Kejayaan

 3 keys to success: Consistent. Persistence. Endurance.

Selalunya kita hanya nampak kejayaan seseorang tapi perjalanan menuju kepada kejayaan itu tak ramai yang cakna.

Kejayaan adalah suatu proses. Ia bukannya datang bergolek. Bukan juga diperoleh dalam sekelip mata. Kejayaan adalah hasil usaha seseorang yang tak kenal erti putus asa bertahun-tahun lamanya.

Nak menuju ke puncak kejayaan tu, entah berapa kali agaknya seseorang itu jatuh terduduk. Entah berapa banyak air mata yang gugur. Tersungkur berkali-kali, entah siapa yang tahu?

Pernah dengar Sambal King? Saya baru tahu kewujudannya awal tahun ini. Produk ini rupanya mula dijual pada tahun 2017. Selama ni saya tak pernah dengar pun. 

Awal tahun ini juga, tular kisah Sambal Nyet yang habis terjual sebanyak 10,000 unit dalam tempoh tak sampai sejam! Wow! Ternganga dibuatnya.

Berbeza sangat kisah Sambal King dan Sambal Nyet. Bagai langit dengan bumi sedangkan pemilik kedua-dua sambal tersebut adalah orang yang sama. Ya, kedua-duanya milik Khairul Aming.

Siapa sangka, Khairul Aming dahulunya pernah 'gagal'? Andai pada saat itu Khairul Aming berputus asa, pasti dia tidak sampai ke tahap ini.

Khairul Aming ambil masa 4 tahun untuk kembali bangkit. Dalam tempoh itu, dia bukan duduk termenung menangisi nasib diri semata-mata. 

Apa yang dia buat? Dia tarik brek sekejap dan mula buat personal branding dengan menghasilkan satu demi satu video masakan di Instagram. Dari sinilah dia mula dikenali ramai.

Dalam masa yang sama, Khairul Aming buat R&D produk sambal dia. Kaji apa yang silap dan perbaiki rasa sambal sehinggalah terhasilnya Sambal Nyet. Sambal yang menjadi rebutan sejak ia dilancarkan.

Hasil usahanya selama 4 tahun akhirnya membuahkan hasil. Segala penat lelahnya kini sudah terbayar.

"The moment I sold all 10,000 bottles I wanted to cry because nobody knew how long it took me to get here." Khairul Aming.