Pages

Wednesday, July 8, 2009

Friendly Blogger Award

Dapat award lagi! Kali ni diberi oleh Ummu Ilham. Terima kasih Ummu Ilham!


1) Sila copy paste award ini di blog anda






2) Sila copy paste award ini di side bar blog anda


3) Pass award ini kepada 5 orang rakan anda

  1. Siti Zuhaini - my dear ex-classmate masa sekolah rendah dulu!
  2. Kak Yong
  3. Azzamoro
  4. Nur Hartini - my dear friend yang baru berblogging dan baru bersalin anak kedua!
  5. ummuabdullahsyaakir

Monday, July 6, 2009

H1N1

Sampai saat ni...nak dekat 4 minggu di US ni mesti keluarga saya dan suami termasuk kawan-kawan kami tanya:

"Macam mana H1N1 kat sana?"


Paling tidak pun mereka mengingatkan kami:

"Hati-hati la duk sana. H1N1 tengah duk merebak ni."


Sebelum datang ke sini pun saya agak bimbang dengan penularan wabak H1N1 tu lebih-lebih lagi kami akan transit di New York (Newark airport). Yang paling saya bimbangkan Safiyyah. Selalu doa agar kami sekeluarga dijauhi daripada serangan apa-apa jua jenis virus terutama virus H1N1 tu.


Kalau masih ingat, kes pertama di Malaysia melibatkan seorang pelajar yang baru balik dari US...yang menaiki pesawat di airport Newark! Cemas juga saya bila dapat tahu berita tu. Terus saya minta suami belikan face masks untuk kami bertiga. Tak tahu la macam mana keadaannya bila Safiyyah dipakaikan face mask tu. Dalam hati berdoa supaya Safiyyah tak meragam bila perlunya dipakaikan face mask padanya.


Kami tak terus pakai pun face mask tu. Disimpan dalam beg galas supaya senang nak ambil kalau nak digunakan. Masa pesawat dah landing di Newark Airport, suami saya kata bila dah turun dari pesawat baru pakai face mask tu tapi alangkah terkejutnya kami bila tengok takde sorang pun yang pakai face mask even customs and immigration's staff! Semuanya relaks je macam takde apa yang berlaku. Saya dan suami rasa pelik sangat dengan situasi tu sedangkan di Malaysia, rakyat diingatkan berhati-hati jika mahu ke US atau Kanada, malah kalau baru tiba dari US dan Kanada pun diminta buat pemeriksaan kesihatan ~ maksudnya ancaman H1N1 tu semakin merebak di kedua-dua buah negara tu la, kan?


Sudahnya kami tak usik pun face mask kami dalam beg galas tu. Dalam hati berdebar juga tapi dah orang lain tak pakai face mask...kami pun ikut juga tak pakai. Mujur takde apa-apa berlaku pada kami. Alhamdulillah, syukur ke hadratNya. Tapi sampai sekarang ni masih duk rasa pelik dan tertanya-tanya juga..macam mana sebenarnya situasi sebenar wabak H1N1 tu..? Kat sini memang sangat relaks keadaannya. Takkan la warga US tak aware dengan benda-benda gini..?

Friday, July 3, 2009

Blogger Award Friendship - Vespa

Dapat tag daripada kak Yong..thanks kak Yong


1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.




2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

.: dapat daripada kak Yong


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya(anda di-tag)

  1. Anak kepada Sidek Haron dan Kamaliah Zuli
  2. Isteri kepada Wan Zaki Wan Mamat - kami dinikahkan pada 29 Mac 2008..
  3. Menantu kepada Wan Mamat Wan Sulaiman dan Limah Kamaluddin
  4. Ada adik sorang je..lelaki
  5. Takde abang mahupun kakak tapi ada 3 orang abang ipar, 4 orang kakak ipar dan sorang adik ipar perempuan :)
  6. Ummi kepada Wan Safiyyah Wan Zaki
  7. 23 Ogos ni genap la 27 tahun - muda lagi, kan? hehe..
  8. Pernah belajar di SK (2) Taman Keramat, SMK Seri Serdang, pastu lepas SPM saje-saje amik kursus pra Sains selama 3 bulan di Inpens College sebagai back up kot-kot la tak dapat mana-mana tawaran belajar...tapi alhamdulillah diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) dan seterusnya ke universiti kesayangan..Universiti Sains Malaysia
  9. Berat mulut..lebih senang 'berbicara' melalui tulisan (bak kata mak dan sedara-mara: banyak emas agaknya dalam mulut tu..tu yang susah nak bercakap..kang cakap banyak-banyak kang bertabur pulak emas dalam mulut tu) - ehe..
  10. Sekarang ni tak berada di Malaysia..huhu..



4. Anda perlu memilih 6-7 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.The Blogger Award Friendship goes to :

.: ni senarainya..sila-sila ambil ye.. :)

  1. Dayah
  2. Kak Dora
  3. Erni
  4. Mama Qaisara
  5. Kak Arin
  6. Ummu Ilham
  7. Ummi Hanie

Thursday, July 2, 2009

6 bulan

Alhamdulillah hari ni Safiyyah genap 6 bulan. Dah start makan dah hari ni. For a start, saya bagi kanji kosong je. Ada nampak sikit-sikit gaya nak meniarap tapi aktiviti baru dia sekarang ni..berpusing-pusing atas tilamnya tu. Daripada 90 darjah ke 180 darjah ke 360 darjah! Sudahnya, bantal dia ke mana, dianya ke mana..heh. Gambar-gambar terbaru Safiyyah sekitar 5 bulan:



tertidur masa baca buku :)





antara mainan terbaru Safiyyah..2 dollar je..
kalau kat kedai biasa harganya lebih daripada 30 dollar..




So far dia ok di sini. Takde apa-apa masalah. Cumanya...saya kesian pula kat mak ayah saya. Ini la satu-satunya cucu yang mereka ada buat masa ni. Mak saya selalu tanya pasal cucunya (waa..sejak dah ada cucu ni..lebih sayangkan cucu daripada anak sendiri..huhu). Hampir setiap kali mak hantar email pada saya, mesti dia tanya khabar cucunya tu. Dah mengiring ke belum..dah meniarap ke belum..sihat ke tidak..

"Cucu mak macam mana?"

"Send la gambar kat mak. Mak nak tengok."

"Gambar-gambar yang Nadiah send semalam mak dah print..bagi Cu (adik saya) dan atuknya tengok. Diorang asyik tanya je."

Hiba je rasa bila baca ayat-ayat macam tu tapi tu la..nak buat macam mana..terpaksa merantau jauh. Hanya email dan SMS je yang mampu dikirim. Gambar Safiyyah pun kerap juga saya send..dengan harapan terubat sikit la rindu mereka pada Safiyyah. Harap-harapnya cepat la suami saya menghabiskan pengajiannya di sini..boleh la pulang cepat ke Malaysia..

p/s: lusa Independence Day sini tapi kenapa esok cuti ye..? ~saya yang masih tak mengerti~