Pages

Wednesday, August 22, 2012

WW: Petang 1 Syawal




Lewat petang baru keluarga kecil kami dapat bergambar bersama >_<



Nota:
Baju raya kami sekeluarga ni ditaja oleh adik ipar (adik suami) ^_^. Terima kasih Rosni!


Saturday, August 18, 2012

30 Ramadhan dan Aidilfitri 1433H

Ramadhan akhirnya tiba ke penghujungnya. Kalau di Malaysia dan beberapa negara lain sudah mula takbir raya, di US masih ada beberapa jam lagi sebelum Ramadhan benar-benar melabuhkan tirainya. Dengan izin Allah, kami di sini dikurniakan 30 hari genap Ramadhan. Allah beri peluang pada kami sehari lagi untuk terus merebut tawaran hebat yang hanya datang setahun sekali. Semoga keluarnya kami dari bulan Ramadhan ini, kami beroleh keampunan daripada Allah SWT. Janganlah hendaknya kami tergolong sebagai golongan celaka yang tidak mendapat keampunan Allah sebelum Ramadhan berakhir. Na'uzubillahi min zalik.

Mudah-mudahan Ramadhan ini bukan Ramadhan terakhir buat saya. Semoga Allah izinkan saya bertemu dan melalui Ramadhan yang akan datang. Doakan saya ye. InsyaAllah, doa yang sama juga saya pohon untuk kalian.

InsyaAllah, tahun ini tahun keempat saya sekeluarga beraya di perantauan. Cukup untuk membuatkan kami terlalu rindukan suasana berhari raya di Malaysia. Rindu kemeriahannya. Walaupun raya di sini boleh dikatakan meriah, tetap tak sama dengan kemeriahan Aidilfitri di tanahair tercinta. Rindu juga dengan suasana takbir dari rumah ke rumah. Rindu aktiviti ziarah dari rumah ke rumah yang bermula seusai menunaikan solat sunat Aidilfitri. Oh, rindunya!

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat terutama pembaca blog ini. Andainya ada di antara tulisan saya mengguris hati kalian, maafkan saya. Mohon maaf atas segala khilaf dan salah silap kami sekeluarga. Taqabballahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kamu..ameen. Semoga Aidilfitri tahun ni memberi seribu makna buat kita semua, insyaAllah.




Wednesday, August 15, 2012

Tak bersedia

Tak bersedia rasanya untuk saya berhari raya. Lagi tak bersedia untuk menerima kenyataan yang Ramadhan bakal melabuhkan tirainya dalam masa 3-4 hari sahaja lagi :(. Sungguh, saya tak bersedia. Terlalu pantas Ramadhan tahun ini berlalu. Saya terbayangkan Ramadhan masih berbaki 2 minggu lagi tapi hakikatnya, Ramadhan sudah sampai ke penghujung.

Malah, tidak layak rasanya untuk saya berhari raya. Aidilfitri hakikatnya adalah perayaan fitrah. Apakah dengan amalan yang sedikit cuma mampu untuk menyucikan diri ini daripada segala dosa dan noda? Apakah ia mampu untuk mengembalikan diri ini kepada fitrah? :(

Sekali lagi saya telah mensia-siakan Ramadhan :(.

Ya Allah...ampunilah hambaMu ini...izinkan aku untuk bertemu dan melalui Ramadhan sekali lagi Ya Allah...ameen ya Rabb..


Nota:
Mudah-mudahan puasa saya dan amalan saya yang tak seberapa diterima Allah. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa saya. Doakan saya ye...


Wednesday, August 8, 2012

Pemburuan bermula

Ya Allah, Ramadhan dah masuk ke fasa terakhir dah. Pantasnya masa berlalu. Entah apa je yang saya dah buat dalam 20 hari Ramadhan yang lalu :(. Semoga Allah beri kekuatan untuk memperbaiki mutu Ramadhan dan menghidupkan 10 malam terakhir ni.




Jom kita buru malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Semoga Allah redha.


Nota: Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya yang menggunung tinggi.......