Pages

Thursday, August 5, 2010

Trip to...Gainesville

Dari Disney World, kami terus ke Gainesville, semata-mata nak jumpa Fadhli Atari a.k.a. Pali, junior suami saya di USM (junior saya la juga, junior sekampus). Perancangannya, kami nak jumpa sekejap je. Sembang-sembang pastu teruskan perjalanan kami tapi perancangan Allah tak begitu untuk kami. Kami sampai di Gainesville pun dah tengah malam, lebih kurang jam 12.15.

Bila dah sampai, kami tak jumpa pulak tang mana rumah Pali! Pusing tempat yang sama berkali-kali, tak jumpa juga alamat yang Pali bagi. Satu lagi yang menjadi masalahnya, takde sorang pun daripada kami ada nombor telefon Pali! Nombor telefon yang suami saya save dalam handphone rupa-rupanya nombor Skype. Mati-mati suami saya ingat tu nombor telefon bimbit Pali. Suami saya tak perasan nombor yang Pali bagi tak sama dengan nombor yang dia save tu.

Dah tak jumpa juga, kami ambil inisiatif lain. Kami ke McD berdekatan, nak guna wireless McD untuk check balik nombor telefon Pali di Skype tapi nasib sekali lagi tak menyebelahi kami. McD dah tutup. Cuba juga access internet dari luar McD tapi tak dapat. Sudahnya kami buat keputusan bermalam di situ dan jumpa Pali keesokan paginya..


Day 13 (June 7, 2010)


Berdekatan dengan ofis Pali. Safiyyah menangis masa jumpa uncle Pali, tu yang suami saya bawak Safiyyah jauh sikit tu


Di Kabab House. Masa untuk menjamu selera. "Ni mesti kak Nadiah nak letak gambar ni kat blog," kata Pali. Macam tak biasa pulak :p


Sembang-sembang sebelum makanan siap


Nasi beriani ayam! Yum!


Safiyyah buat sepah kat kedai orang -_-"


Ramas-ramas nasi, pastu taburkan atas lantai. Dah la lantai tu berkarpet! Huhu...apa la Safiyyah ni. Malu ummi dengan papa tau. Sebelum keluar kedai, suami saya tinggalkan tips sebagai upah bersihkan lantai yang berterabur dengan nasi


Singgah solat di sini. Oh ye, Pali ni satu-satunya Melayu yang ada di Gainesville tapi dia memang pandai jaga diri. Dia salah seorang pemegang kunci Islamic Center ni (eh, ke memang dia sorang je yang pegang kunci tu? tak ingat nak tanya). Masa kami solat di sini, Pali mengimamkan kami. Moga istiqamah begini sampai bila-bila. Oh, tak payah la tanya dia dah berpunya ke belum. Tengah menghitung hari nak 'mendirikan masjid' tu. InsyaAllah sebelum hujung tahun ni :)


Gambar-gambar di sekitar University of Florida


Safiyyah yang gembira


Kami


Sesi membuli anak :p


Buaya dan model buaya. Eh, silap. Buaya dan modelnya yang tak bertauliah. Hehe..


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. InsyaAllah panjang umur jumpa lagi. Selamat pulang ke Malaysia dan semoga dipermudahkan segala urusan..


Pesanan penaja: Pali, sponsor la tiket kat kami sekeluarga untuk gi kenduri Pali. Lama dah tak makan nasi kenduri. Safiyyah pun belum pernah makan nasi kenduri. Sob-sob, tak kesian ke kat kami ni? :p

13 comments:

mamalieyna said...

waah jumpa kenalan di negara orang..best ye...^_^...safiyyah maintain cumel..geram...! ^_^

-aZa- said...

huhu wah2 beshnyer reunion diperantauan...^_^

boundaries said...

sedapnyer nasi briani tu....
tak pe k.nadiah jangan risau...huda leh tolong makankan nasi kenduri tu utk k.nadiah...hihihihi

yatie chomeyl said...

ecece safiyyah konon2 nk makan sendiri la..tu yg terabur habis nasi kat keliling pinggan tu hehe

h4ni3 said...

the ONLY malay?
huhu... memang dia sangat berdikari!
kalau saya.. sure hari2 nangess... kekeke

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

kat sana takde yang buat majlis kawen ke nadiah?kot2 la ada yang buat majls untuk student kat sane.

idasm said...

bestnyer jalan2 nadiah ni...

kesian pulak kak ida baca kisah nadiah tersesat mencari rumah pali tu. Tp nasib baik ada rezeki berjumpa esoknya kan..

kak ida suka pic safiyyah kat depan stadium tu... so cute!

pali said...

salam,

kiranya dah berbalas semula la kan lawatan. tahun lepas saya gi sana. tahun ni ada la rezeki sampai sini. :D

ps: saya tak pegang pun kunci ICG tu.. uih, 'pemegang kunci"..gah je bunyinya. sebenarnya ramai yang ada duplicate kunci tu, cuma saya 'malas' nak wat. haha.

ok. jumpa lagi di masa hadapan dan salam ramadhan. :D

CYBER MUSLIM said...

Salam..

bestnyer reunion...sanggup jalan jauh2...

Ni, pali bila hang nak kawen nih??brp hb hang balik?

Salam Ramadhan Al-Mubarak

kakyong said...

apakah reaksi safiyyah bila diletak di mulut buaya,,,, ;)

Nadiah Sidek said...

mamalieyna: tu la, ada juga la yg mmg kenal duk kat US ni jgk :)

aza: best, best ^^

boundaries: tak nak huda makankan...akak nak makan sendiri..huhu..

yatie: bknnya dia nak mkn sendiri..saje suka main ramas2 nasi..huhu..

h4ni3: dia lelaki kena la berdikari. kalau nadiah, menangis la jgk! haha..

Nadiah Sidek said...

ummi aisyah: takde. sini bknnya ramai sgt. kalau kat UK mmg ada dibuat kenduri kahwin

idasm: tu la kak..ingat nak teruskan perjalanan je masa tu tapi tak sedap hati pulak sbb dah janji nak jumpa..

pali: ye, ziarah balas la kiranya tu. sampai jgk ke florida nun. ingatkan lmbt lg blh sampai ke florida..

cyber muslim: pali sampai malaysia insyaAllah 10hb syawal. katanya dlm bln 11 kahwin. pali tak bg spesific date pulak

kakyong: dia lg nak masuk dlm tu kakyong :p

PadNani~~{@ said...

salam nadiah,

seronoknye safiyyah jalan2..jauh berjalan..luas pemandangan:) Ramadhan kareem buat safiyyah sekeluarga ye:)