Pages

Thursday, September 16, 2010

Salam Aidilfitri 1431 H

*Sticky post*

4 hari lagi nak raya??? Macam tak percaya je. Duk rasa macam lama lagi Syawal nak menjelma. Sungguh takde perasaan langsung nak beraya di perantauan ni..dah la raya pertama suami saya ada kelas :(. InsyaAllah tahun ni tahun ke-2 saya sekeluarga beraya di bumi US dan dah 2 tahun juga la kami berpuasa di sini. Mudah-mudahan pengorbanan kami jadi anak rantau untuk beberapa tahun ni tak sia-sia..

Apa pun, saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam walau di mana kalian berada. Andai ada salah silap kami (terutama saya la) selama ni, ampun maaf dipinta. Seronok beraya nanti jangan la lupakan kami ye! Sob, sob~

Jemput la ambil kad raya daripada kami sekeluarga bawah ni ye...jangan malu-malu, jangan segan-segan ^_^




p/s: laptop saya tengah nazak sekarang ni. Nak update entry pendek ni pun, 2-3 kali laptop ni tiba-shut down sendiri -_-". InsyaAllah bila ada komputer baru nanti, saya aktif balik macam biasa tapi tak tahu la bila. Kena tunggu duit cukup dulu. Kalau kesabaran saya tinggi, saya update la juga sikit-sikit blog ni tapi err..kalau tak berapa nak tinggi tahap kesabaran, jangan la pelik ye kenapa blog ni bersawang dan berdebu..eheh..

28 comments:

ummuilham said...

Salam...
Selamat hari raya...
Maaf zahir dan batin...:)

lina said...

salam nadiah selamat hari raya ye...jgn la macam tu....happy2 kan diri tu ye.salam ceria

aLyNnZ said...

salam nadiah..
dikesempatan ini alin sekeluarga mengucapkn selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..

kim salam cayunk kt saffiyah..

Kamalia said...

salam nadiah..selamat hari raya dari kami sekeluarga..:D

Irfan said...

selamat hari raya buat kak nadiah ngn family
moga pengorbanan kita menjadi anak rantau itu di balas dengan allah swt dengan nikmat yang lebih besar di hari kelas, Insyallah =)

salam ikhlas, irfan

Irfan said...

kelak*

mirah said...

salam aidilfitri nadiah & family..

HuMayRah HaYatI said...

Salam aidilfitri...nanti kak yati tolong makankan ketupat n kuih raya utk nadiah yer...jgn sedih2yer....insya Allah...suh husband cepat2 abihkan PhD...hehe...

Unknown said...

salam aidilfitri nadiah,safiyyah n hubby d perantauan sana..jgn sedih2 k..moge2 laptop tu ok,dpt la lpskan rindu kat sini..

CatlinaFly said...

datang amek kad raya :)..selamat hari raya buat nadiah sekeluarga

arin said...

salam aidilfitri buat nadiah sekeluarga..

lady lavender said...

selamat hari raya aidilfitri dari akak utk nadiah sekeluarga..

ibu_Arifa said...

selamat hari raya Nadiah..maaf zahir batin yer..kiss utk safiyyah tu nnt tau.

saya ambil yer kad ni..jemput ambil kad saya juga nnt :)

Love2cook Malaysia said...

Selamat Hari Raya buat Nadiah sekeluarga!!! Kisses to Safiyyah! Wish U all the best for this festive! :D

al-lavendari said...

Salam.

bagi yang belum pernah merasa, tentu mereka teringin nak rasa. tapi yang sudah merasa atau sedang merasa, sedihnya tak dapat nak kata.

selamat hari raya, maaf zahir batin dari saya jika ada komen atau tulisan saya yang telah menyinggung perasaan nadiah.

transformed housewife said...

salam lebaran Nadiah. Mmg beraya di perantaauan satu pengorbanan besar lebih2 lg utk isteri yg mengikut suami. Knur dulu pun hampir 4 thn beraya di Hamilton, NZ.

Dayah @ Real Ummu said...

salam eid mubarak buat zaki , nadiah & keluarga..

Nadiah Sidek said...

finie: selamat hari raya juga :)

lina: uhuhu..hari2 lain takpe kak..bila tiba raya je mesti je sedih. takpe la, pengorbanan. terima kasih kak! selamat hari raya juga buat akak sekeluarga :)

alynnz: selmat hari raya alin! sama la..kalau ada salah silap kite kat alin, kite minta maaf ye :)

kamalia: selamat hari raya juga buat akak sekeluarga :)

irfan: insyaAllah, ameen. terima kasih irfan! :)

mirah: selamat hari raya juga buat akak sekeluarga :)

k.yati: huhu..tu la, takpe..3-4 tahun lagi bukannya lama (pujuk hati sendiri :) ). selamat hari raya kak yati!

ibunafis: selamat hari raya juga buat ibunafis sekeluarga. a'ah, harap2 laptop ni dpt la bersabar utk sikit masa lagi ;)

Nadiah Sidek said...

catlina: sila..sila. selamat hari raya juga! :)

arin: selamat hari raya buat kak arin sekeluarga. hugs & kisses to hanum & zara :)

lady lavender: selamat hari raya juga kak :)

ibu arifa: selamat hari raya juga buat kak min sekeluarga. kiss utk dalila juga ye :)

love2cook: tq so much sis! muaaaahhh ^_^

al-lavendari: yup, betul sgt. yg dah pernah merasa tahu la mcm mana sedihnya :(. takpe, sabar..sabar. selamat hari raya juga! saya pun minta maaf juga kalau ada tersalah & tersilap kata

transformed hw: uhuhu...mesti sedih sgt kan kak nur kena beraya kat tmpt org sampai 4 tahun. syok la kak nur tahun ni beraya kat malaysia dah. selamat hari raya kak nur!

dayah: eid mubarak buat dayah sekeluarga juga :)

daud.montak.zakaria said...

Selamat Hari Raya untuk sekeluarga....

Maryam Izza said...

akk! salam idul fitri minal aidil walfaizin maaf ya andai ada salah dan silap pada akk selama kita berkenalan ni...semoga berjumpa lagi dgn Ramadhan amin

EEFFAH said...

eid mubarak utk kak nadiah jugak~
;)
kullu 'aam wa antum bi khoir..

Baitul SMR said...

Eid Mubarak.
مِنَ الْعَائِدِيْنَ الْفاَئِزِيْنَ
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
(Semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kamu).

Hamizah said...

salamaidilfitri,Nadiah..

cepat2 la beli laptop br ye..dah rindu nak bc n3 terbaru Nadiah..

Nadiah Sidek said...

studioukm: selamat hari raya juga!

maryam: sama la..akak pun minta maaf juga salah silap akak pd maryam..

eeffah: eid mubarak eeffah! selamat beraya :)

baitul smr: eid mubarak juga. mudah2an hendaknya..

k.hamizah: akak tlg la topup sikit duit..blh beli cepat..ehehe..

nikzairfan said...

Salam perkenalan dan selamat hari raya

Nia said...

selamat hari raya dear!! (dah berapa raya dah ni..huhu)

Entri Terkini: Kenapa aku tak dapat BW?

Nadiah Sidek said...

nikzairfan: salam perkenalan juga & selamat hari raya :)

nia: selamat hari raya juga nia! takpe, syawal ada sebulan ;)