Pages

Thursday, March 15, 2012

Seorang kebah, seorang lagi pula demam

Macam pass baton pula 2 beradik ni. Elok je yang sulung kebah, Shakir pula demam. Safiyyah mula demam Jumaat lepas. Merah kedua-dua pipinya. Beberapa hari sebelum tu dia batuk dan selsema tapi tak demam pun. Hari Jumaat tu tiba-tiba dia demam. Demam + batuk + selesema = lengkap 1 pakej.

Baru demam je masa ni. Setiap kali demam mesti pipinya jadi merah. Shakir pun sama


Kesian sangat tengok dia. Tak bermaya dan tak ceria seperti selalu. Sepanjang hari lebih banyak berbaring. Makan pun tak mahu. Mujur juga dia mahu minum air. Kadang-kadang dengar juga rengekannya. Shakir pula ambil kesempatan buli Kak Long dia :p.

3 hari juga la Safiyyah demam. Ahad petang baru kebah demamnya. Alhamdulillah. Kebetulan pula lewat petang tu kami menerima kedatangan tetamu; 3 buah keluarga berserta 3 orang bujang dari 3 negeri berbeza. Meriah rumah! Mungkin berkat kedatangan tetamu agaknya demam Safiyyah kebah serta-merta tapi batuk dan selesemanya masih belum hilang lagi.

Pagi Isnin pula badan Shakir mula panas. Pipinya juga merah. Merengek je dia pagi tu. Saya pula kalut nak siapkan sarapan untuk para tetamu yang nak berangkat menyambung perjalanan ke destinasi berikutnya. Mujur lepas menyusu mahu juga Shakir lena semula. Buat pertama kalinya Shakir demam.

Mulanya saya fikirkan Shakir berjangkit daripada Safiyyah. Rupa-rupanya dia demam nak tumbuh gigi! Akhirnya...tumbuh juga giginya! Ingatkan setahun lebih baru gigi Shakir tumbuh :p. Nampak macam sakit sungguh giginya nak keluar tu. Meragam je dia. Kejap-kejap dia masukkan jari dalam mulutnya. Tak boleh ditinggal langsung walaupun sekejap. Nak memerap je kerjanya. Susah saya nak buat kerja. Nak mengadap internet pun tak boleh sangat. Shakir asyik nak dipeluk dan didukung je. Seksa rupanya ye gigi nak keluar?

Shakir macam saya masa kecil dulu. Gigi tumbuh je demam. Setiap kali tumbuh gigi demam pula tu :p. Harapnya Shakir demam hanya kali pertama tumbuh gigi je la. Jenuh kalau demam tiap kali tumbuh gigi. Susah saya nak bergerak dan buat kerja. Kena duduk dengan dia je. Manja sungguh anak teruna ni. Suami saya kata manja kededek macam ummi dia :p. Safiyyah dulu alhamdulillah takde masalah tiap kali tumbuh gigi. Demam tak, meragam tak, merengek pun tak.

Muka orang baru kebah demam. Pagi tadi baru kebah demamnya. Alhamdulillah


Baru la nak senyum, sengih dan ketawa. Kalau tak tu meragam je. Tapi masih merengek-rengek juga ni. Nak dilayan dan diteman setiap masa. Mungkin gusinya masih sakit agaknya



15 comments:

sweet life said...

comeinyer dia..huhu...
kalo dapat jumpa ni..
nak cium puas-puas.. huuhu...

saliva tu yg mahal :P

yatie chomeyl said...

dh tumbuh gigi, sedap la buat strength test kat ummi dia nanti hehe

Najwa.H said...

comelnya gambar terbaru shakir ni..


get well soon anak-anak...

dear anies said...

perubahan cuaca barangkali?
nk tumbuh gg ya pon..
semoga cpt sembuh

transformed housewife said...

mcm tulah budak2. Anak2 Knur pun mg lps bergilir2 sakit.

Affieza said...

Get well soon to Safiyyah and Shakir...

Nisreen said...

Comellll laa :)

hasnisyakila said...

shafakumullah



wah, shakir dah ade gigi...seronok la dia. hehehen ..
nanti amik gambar senyum nampak gigi...^^

*manja kededek* sounds cute ^+*

Anonymous said...

comelnye shakir 2....get well soon to syakir and safiyyah ^___^

Unknown said...

semoga cepat sembuh yer budak comel..dah pink2 dah pipi nyer tuh..huhu

Nida Mohd said...

Sian dia demam..Pipi merah cam pakai blusher dah..:)

husna said...

comelnya safiyyah demam. pipi merah2.

Aleyn said...

Semoga kembali sembuh dan ceria wahai anak2

Nida said...

kesiannya Safiyyah.. moga cepat sembuh

Unknown said...

sengih dia da sihat ye....:)