Pages

Sunday, March 31, 2013

29 Mac 2013: 5 tahun bersama

Mac, boleh dikatakan bulan istimewa buat kami sekeluarga. Setakat ni, ada 3 perkara penting berlaku di bulan Mac. Salah satu tarikh istimewa adalah pada 29 Mac. 5 tahun yang lalu pada tarikh ini, sahlah kami berdua bergelar suami isteri setelah melalui proses ijab dan qabul.

5 tahun.....ia tempoh yang terlalu muda. Masih terlalu banyak yang harus dipelajari. Banyak juga perlu diperbaiki. Khususnya diri ini sebagai isteri. Juga sebagai ummi. Amanah Allah semakin bertambah. Tanggungjawab semakin berat untuk dipikul.

Semoga Allah berkati dan permudahkan perjalanan ini menuju redhaNya. Doakan agar ikatan yang terbina ini kekal hingga ke syurgaNya...


Bergambar kenangan bersama sepasang suami isteri merangkap sahabat kami selepas akad nikah.
Kami berempat bekas pelajar USM :).


Keesokan harinya...30 Mac 2008. Bersama mak ayah saya dan mak mertua (kanan sekali) :).



Thursday, March 21, 2013

3 words: What you want in life


Oleh sebab saya masih tak rajin nak buat entri berkenaan kelahiran Raihannah, kita santai-santai dulu dengan benda ni ye ^_^.

3 perkataan pertama yang saya nampak:

  1. Love
  2. Time
  3. Experience


Kalian bagaimana? :)


Nota:
Selamat berhujung minggu semua! :)


Tuesday, March 19, 2013

Abe Ngah Shakir genap 2 tahun

Alhamdulillah, hari ni, 19 Mac 2013, genaplah 2 tahun usia Shakir. Rasa macam baru lagi je bersalinkan Shakir padahal dah jadi abang dah pun dia. Awal-awal Raihannah lahir, asyik tersasul je sebut Shakir :p. Terbayangkan Shakir masih baby lagi. Cepat betul dia membesar. Makin banyak akal, makin banyak keletah, juga makin memeningkan kepala ummi dan papa :p.

Gambar yang diambil ketika di hospital waktu saya bersalinkan Raihannah. Duduk di hospital kerjanya asyik ajak papanya berjalan tawaf hospital je :D.


Shakir yang soleh,
Selamat hari lahir sayang! Jadi contoh yang baik pada adik ye. Sayangi dan hormati kak long. Semoga Shakir sentiasa berada dalam pemeliharaan dan kasih sayang Allah SWT, diterangkan hati, dicerdaskan akal dan disihatkan badan hendaknya..ameen..


Wednesday, March 13, 2013

Ketiga: Lahirnya ke dunia

Alhamdulillah, saya telah pun selamat melahirkan cahaya mata ketiga; seorang puteri seberat 2.95 kg secara normal dan natural pada 9 Mac 2013 jam 12.30 tengahari (waktu Lincoln, NE). Alhamdulillah, kelahiran ini dipermudahkan Allah. Terima kasih buat semua yang mendoakan saya dipermudahkan bersalin. Jazakumullahu khairan kathira :).

InsyaAllah, nama diberi Wan Raihannah Wan Zaki.
Doakan Raihannah jadi anak yang solehah penyejuk hati ummi dan papanya ye :).


Nota:
InsyaAllah nanti saya kongsi pengalaman bersalinkan Raihannah dalam entri lain :).

Thursday, March 7, 2013

Ketiga: Penghujung kehamilan

25 Februari 2013
Pemeriksaan prenatal dua-minggu-sekali yang terakhir. Berat masa ni 118 lbs (53.5 kg). Selepas degupan jantung bayi dalam kandungan diperiksa, ujian Group B Strep (GBS) terus dilakukan. Sekejap sahaja prosesnya dan yang paling penting, ujiannya tak menyakitkan. Dalam hati berdoa agar keputusannya nanti negatif. Dalam masa yang sama, saya menerima berita baik daripada Jearlyn. Tiada lagi nitrite dikesan dalam urine saya. Alhamdulillah. Pengkulturan kali kedua yang dilakukan pun masih tiada apa yang terbentuk dalam sampel urine. Kata Jearlyn, kes saya ni pelik. Belum pernah lagi dia jumpa kes macam ni. Kebiasaannya, kalau nitrite terdapat dalam urine, pasti ada bakteria yang dikesan menandakan seseorang itu alami jangkitan pundi kencing. Kes saya, nitrite ada tapi bakterianya tiada. Apa pun, syukur semuanya kembali normal.


27 Februari 2013
Temujanji buat kali yang keempat dengan Dr. Kenney. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Kandungan pun membesar dengan jayanya. Berat baby dah mencecah 6 lbs 3 oz (2.81 kg). Hmm...2.81 kg tu berat Shakir ketika lahir. Nampak gayanya, lebih berat daripada Shakir ketika lahirlah nantinya ni. Memandangkan tiada apa-apa masalah pada kandungan, lepas ni dah tak perlu buat temujanji dengan Dr. Kenney lagi.


4 Mac 2013
Bermulanya pemeriksaan prenatal seminggu sekali. Seperti biasa, Jearlyn memeriksa degupan jantung bayi. Selalunya sekejap je. Kali ni lama pula Jearlyn ambil masa mendengar degupan jantung bayi. Macam ada sesuatu yang tak kena ditambah melihatkan air muka Jearlyn yang kelihatan tidak gembira. Tiba-tiba baby dalam perut menendang dan barulah Jearlyn tersenyum. Rupanya, degupan jantung bayi sedikit aneh (tak normal). Bacaannya sekitar 105-107 sahaja. Mulanya Jearlyn suspek fetal distress tapi dia tunggu sikit masa lagi nak pastikan betul-betul. Elok je baby menendang, terus bacaan kembali normal. 150 per minit. Alhamdulillah. Haih...pandai baby menyakat >_<. Sebelum balik, saya tanyakan keputusan GBS saya. Alhamdulillah, keputusannya negatif.


Sekarang ni menunggu hari sahaja. Dah lega sebab dah masuk full term. Baby nak keluar bila-bila masa daripada sekarang pun tak apa tapi harap-harap baby dapat bersabar seminggu lagi. Minggu depan papanya banyak test dan assignment yang perlu dijalani dan disiapkan.

Mohon doa semua agar saya dipermudahkan bersalin secara normal, natural dan gentle ye.

Tuesday, March 5, 2013

Alahai...si anak teruna

Aduhai..mencabar sungguh melayan anak teruna di rumah ni. Semakin hari semakin menguji kesabaran. Terrible twos? Kak long dia masa umur 2 tahun dulu tak adalah terasa sangat cabarannya. Sepahkan rumah pun tidaklah sehebat adiknya ni. Sangatlah berbeza pe'el Safiyyah dengan Shakir ketika berusia 2 tahun (tentulah tak sama...seorang perempuan, seorang lagi lelaki :D). Pening kepala dibuatnya.

Akhir-akhir ni selalu jugalah Shakir kena marah...huhu. Geram. Dahlah tengah tak larat, macam-macam aktiviti yang membuatkan darah umminya mendidih dibuatnya. Dalam keadaan sarat begini, nak bergerak laju tak boleh, cepat letih...stresslah jadinya melayan kerenah si anak teruna. Dalam keadaan stress, mulutlah yang paling efisyen sekali bertindak berbanding akal fikiran yang waras...uhuhu. Tak guna pun marah-marah dia tapi geram sangat...kena marahlah jawabnya.

Tapi lepas tu saya minta maaflah dengan dia sebab tinggikan suara dan marah-marah dia. Budak besar tu tengah sibuk nak meneroka dunia sekeliling, tengah banyak akal nak bereksperimen...manalah dia faham apa yang dia buat tu betul atau salah. Dari situlah dia belajar pun cuma itulah, tak pandai nak 'berpolitik' dengan dia dan selalu tak berjaya mengawal emosi marah saat Shakir bereksperimen...huhu.

Antara aktiviti Shakir sepanjang minggu lepas:
  • Tabur cinnamon powder atas sofa dan karpet.
  • Sapu marjerin di sofa.
  • Menghabiskan segala herbs dan poppy seed dengan cara menaburkannya merata tempat.
  • Tuang sebekas serbuk koko atas karpet.
  • Curah susu segar atas karpet.

Semua aktiviti tu dibuat sewaktu saya di bilik air, ketika solat atau sedang beristirehat dalam bilik...huhu. Macam manalah tak naik angin. Pantang lepa. Ada je kerjanya >_<. Bab menyepahkan rumah, serah je pada dia. Sekejap je rumah jadi macam tongkang pecah.


Haa...sebiji perangai Shakir :p. Semua benda dia punya. Benda yang kak long dia pegang, kalau dia nak, dia main ambil je dari tangan kak longnya. Sebelum ni kalau kak long tak bagi, dia akan tarik rambut atau gigit atau cakar muka kak long -_-. Alahai anak soleh yang seorang ni. Alhamdulillah sekarang dah jarang sangat dia buat macam tu pada kak long. Mujurlah dapat kak long yang selalu mengalah dan tak pandai melawan balik. Cumanya bagusnya Shakir, kalau disuruh minta maaf, dia akan minta maaf dan peluk cium kak long dia. 


Dalam pada tu, dia jugalah penawar hati dan pengubat jantung (sudah pasti bukan pada waktu dia bereksperimen :p). Ada sahaja telatah yang membuatkan kami terhibur. Hilang segala duka, hilang segala tekanan. Satu lagi, kalau depan orang lain, alahai...bukan main baik lagi dia. Duduk diam je. Jurus kata orang. Pandai dia jaga reputasi diri sendiri :p. Papa dia selalu kata, "Bajet orang nak ambil dia jadi menantulah tu". Hihi...