Pages

Sunday, March 9, 2014

Raihannah genap setahun

Dua entri berturut-turut berkenaan hari lahir. Dah macam beza sehari je tarikh lahir masing-masing (kalau orang tak tengok tarikh entri la)..hehe. Dari sehari ke sehari nak update blog, sudahnya 2 bulan berlalu begitu sahaja. Semakin parah. Rindu berblog tapi....(banyak sangat alasannya). InsyaAllah satu hari pasti kembali lagi. Positif!

Hari ni; 9 Mac 2014, genaplah setahun usia anakanda ketiga kami. Alhamdulillah. Rasa macam cepat sangat tempoh setahun berlalu. Masih teringat saat kelahirannya yang berlaku dalam tempoh yang singkat. Sakit kontraksi pun sekejap. Segalanya berlaku dengan pantas waktu tu. Hampir-hampir bersalin dalam kereta! Situasi agak kelam-kabut tapi alhamdulillah saya sendiri berada dalam keadaan yang sangat tenang (suamilah yang nampak kelam-kabutnya...hehe..).

Dan sekarang....dah setahun pun cik mek ni! Dah boleh berjalan perlahan-lahan, boleh memanjat (kalau lepaskan ke tangga, memang dah boleh sampai atas!) dan dah mula memunggah.


Setahun pertama Raihannah.


Doakan Raihannah jadi anak yang solehah ya..


nota: Raihannah dah setahun tapi entri kelahirannya tak siap-siap sampai sekarang...hihi..

12 comments:

Siti Asiah said...

Sekejap je raihanah dh besar ye sebab umi tak banyak cite pasal Raihanah kat blog skg. Umi busy bee...tgok2 Raihanah dh boleh jalan dah...huhu, jgn marah ye Nadia...ahaks

Elfha Erlia said...

Time flies really fast.. :) selamat hari lahir adik Raihanah ;) salam sayang serta rindu juga dari akak,.. ;) :) ;)

Kurina SyaripahZarina said...

Semoga membesar dengan penuh kebahagiaan yer sayang.. we luv u much.. (^_^)

liyana said...

selamat hari lahir raihannah.. dekat pulak dengan hubbuna kan kak nad

azyatun said...

Sanah helwah kakak Raihannah.. x lama nanti Fawwaz pula ;)
Teringin jumpa k.Nadiah.. bila balik Malaysia?

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Selamat hari lahir Raihanah, moga menjadi anak yg solehah, kebanggaan ibu dan ayah :)

D.Shahril Hakime said...

Hepi Besday...moga membeso dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.... amin

Rose Azadir said...

happy birthday to si kecik...anyway Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…

Jemari_Suri said...

Kejap je masa berlalu....js pun dh slow berblog...hehe

Nadiah Sidek said...

asiah: haha...kalau busy tak apa jugalah, ada alasan konkrit tak berblog. ini memang tak busy pun. buat-buat busy adalah :p

elfha: terima kasih kak elfha sayang (bagi pihak raihannah..hehe..)

kurina: thank you dear. ada blog juga ke? :D

liyana: a'ah, dekat-dekat. march babies :D

Nadiah Sidek said...

azy: insyaAllah pertengahan tahun ni ^_^

kak yati, shahril, rose: terima kasih

JS: kita serupaaa :p

アヌムちゃん said...

happy birthday raihannah