Pages

Wednesday, June 10, 2020

Kenapa Kembali Berblog?

Kawan-kawan yang mengenali saya kebanyakannya bertanya kenapa lama menyepi. Bukan setakat di blog, malah di akaun Facebook dan Instagram milik saya juga dah lama tak update. Yang menjuarai carta, pastinya blog ini. Dua lagi akaun media sosial kepunyaan saya baru masuk tahun kedua tiada update. Saya login setiap hari tapi sekadar baca perkongsian kawan-kawan dan tinggalkan komen sekali-sekala. Ramai yang tak tahu saya juga ada akaun Twitter. Rasa nak membebel, di situlah tempatnya sebab follower tak ramai..hehe.

Apa sebabnya menyepikan diri? Susah nak kata. Ada beberapa sebab tapi semuanya bersifat peribadi. Cumanya beberapa hari lepas ada beberapa posts yang melintas di timeline Facebook saya yang mencetus kembali perasaan untuk kembali aktif menulis. Kemuncaknya adalah di saat saya membaca perkongsian ustaz Hasrizal. Walaupun perkongsian tersebut berkisar anak ustaz tapi mesejnya menusuk di hati saya.

Hidup berpendirian, jangan peduli apa orang kata. Banyak kata-kata ustaz dalam artikel ini bagai dituju pada saya, Jujurnya, saya selalu risau apa kata orang pada saya. Apa persepsi orang tatkala membaca catatan saya? Meluat? Bosan? Entah apa-apa? Perasan bagus? Sungguh, ini adalah sebab terbesar yang menghalang saya daripada menulis dan berkongsi sebarang catatan di media sosial. Menitis air mata sebaik sahaja saya selesai membaca catatan ustaz.

“But… this is where I want to make my point clear. Think, how did I go to sleep when people are bad mouthing about me? I put my trust in Allah. Even if the entire world leave me, I am alone, but never lonely, as long as Allah is with me. That is where I want you to think. Stop caring about what people said about you. Of course we might feel sad, we are human. But we won’t stop doing the right thing simple because people talk bad against you. Got it?”

Betul, saya takkan mampu buat semua orang suka pada saya, pada penulisan saya. Jika ia perkongsian yang baik dan tidak melanggar syarak, kenapa perlu saya berhenti? Mana tahu, mungkin penulisan saya ada manfaatnya buat segelintir insan. Perlu diingatkan, hidup saya jauh dari kesempurnaan. Tak terlepas dari kesilapan. Ada sisi negatif yang orang tak nampak. Ada aib yang perlu dijaga. Andai ada catatan saya yang melampaui batas atau yang tidak patut dikongsi, tergurlah saya secara hikmah. Moga ada antara catatan saya yang menjadi asbab urusan saya di akhirat kelak dipermudahkanNya.


 


Terharu baca kata-kata mereka.
Terima kasih banyak-banyak beri semangat pada saya. Doakan saya, ya!



4 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Selamat kembali berblog nadiah..
Akak skrg pun dah suam2 kuku je blog Tu..🤭

Susah nadiah utk memuaskan Hati org..
Jgn bersedih..
Buat apa yg Kita suka asalkan Masih pada landasan syariat..

Nadiah Sidek said...

terima kasih kak. Suam-suam kuku pun akak masih berblog. Nadiah sampai bertahun-tahun tinggalkan blog. Huhu. Harapnya dapat konsistenlah menulis

Anonymous said...

akhir kembali jua....

6 tahun memang lama... selalu senyap je blog ni... hari ni try bukakkkkk.. taraaaaaa...

Nadiah Sidek said...

anonymous: Allah...terima kasih banyak-banyaklah masih follow blog ni. Tak sangka juga akan berblog semula di blog yang sama