

Sampai-sampai je dewan, dah ramai dah orang. Terus kami letak dan susun makanan atas meja yang disediakan. Oh ye, untuk dinner tu setiap orang bawa makanan masing-masing; pot luck style. Saya hanya buat bihun sup dan bingka jagung je. Psstt...bingka dalam bahasa Inggeris apa ye


Sementara tunggu semua orang sampai, semuanya duk sembang-sembang. As usual, Safiyyah nangis bila ramai-ramai camtu lebih-lebih lagi bila orang duk tegur/agah dia. Dari awal kami sampai, suara dia je dengar...huhu. Tak pasal-pasal ummi dan papanya jadi glamour

Girl: Helo!
Me: Helo!
*sambil-sambil agah Safiyyah, dia sembang dengan saya*
Girl: Oh, I like this (refer to my brooch)...it's beautiful! (credit to Dr. Coswald @ Nasri for those brooch...hadiah sempena hari perpisahan saya dulu

Me: Thank you

Girl: Why is she crying? I think she's hungry...
Me: Oh no, she's not hungry

Girl: Or...maybe she wanna sit in there (refer to the car seat). Put her in there and I'll bounce her...
*rasa serba salah lak nak menghampakan permintaan budak tu, saya ikut je la*

Girl: See...I told you...she wanna sit in here...
Hehe...senyum je la saya masa tu. Safiyyah senyap hanya beberapa saat je pun, lepas tu sambung balik nangis..

Girl: What is your name?
Me: Nadiah

Girl: *alamak, saya lupa la nama budak tu*...I'm Dr. Fred's granddaughter. There...he's stand over there...
Me: Ooo...how old are you?
Girl: I'm 10 years old...
Baru 10 tahun rupanya


Tak lama lepas tu pulak dengar suara emcee. Ayatnya lebih kurang macam ni:
Emcee: ...It's 7 now and everyone's here. So, let's eat!
*Semua orang bertepuk tangan

Dalam hati saya masa tu: "Hah? Macam tu je?"
Saya duk bayangkan ucapan-ucapan yang berjela-jela panjangnya sama macam dalam program-program yang pernah saya attend sebelum ni. Serius! Tak kira la program tu namanya Jamuan Aidilfitri sekalipun, semuanya ada sesi berucap. Sekurang-kurangnya 3 orang mesti bagi ucapan; emcee, pengarah program dan presiden kelab/ketua jabatan. Ucapan masing-masing dah le berjela panjangnya, paling sekejap pun 5 minit tapi selalunya lebih daripada tu. Perut masa tu tengah berkeroncong, tak fokus pun apa yang diucapkan. Untuk 2-3 minit pertama, orang dengar la jugak ucapan-ucapan tu tapi lepas tu semuanya tak senang duduk dah.
Masing-masing duk berbisik, "Lapar la...bila boleh makan ni...?" Al-maklum le, dari awal lagi dah kosongkan perut...mana le tak lapar!

Saya terpaksa makan bergilir-gilir dengan suami saya sebab Safiyyah tak nak diletak langsung. Saya hanya makan nasi beriani dan ayam percik Hafiz/Izza je. Yang lain-lain tu tak berani nak makan sebab tak tahu ingredients makanan-makanan tu semua. Mujur le Hafiz pun 1 department dengan suami saya. Kalau tak jawabnya...sendiri masak, sendiri bawak, sendiri makan!




Lepas makan, slot persembahan lak. Wakil setiap negara buat persembahan masing-masing. Suami saya mulakan dengan cerita serba ringkas tentang Malaysia dan lepas tu diikuti dengan nyanyian lagu Rasa Sayang beramai-ramai...


Sek Yee, suami saya dan Hafiz je student entomology, 3 orang lagi diimport khas untuk nyanyi lagu Rasa Sayang

Diorang mula nyanyi je Safiyyah pun mula menangis padahal sebelum tu dia ok je. Nampak sangat diorang nyanyi tak sedap

Tak dapat rekod sampai diorang habis nyanyi sebab Safiyyah menangis...semua orang duk tengok...Silvana pun duk tergelak-gelak...huhu...Safiyyah ni saje je buat ummi dia jadi tumpuan
