Pages

Thursday, April 7, 2011

Safiyyah kalau dah mengantuk...#2

Safiyyah kalau dah mengantuk...#1


Tidur berdiri pun boleh! ^_^
Kejadian 2 hari lepas ni :)


Close up
Berdiri pun boleh lena jugak. Rasa nak terjatuh, dia pindah naik atas katil ;)


Ni pulak sehari sebelum tu. Tidur berdiri jugak. Dia dengar Shakir menangis, dia terus masuk bilik. Shakir dah senyap, dia lentokkan kepala kat katil tu..tengok-tengok dah terlelap..ehe..


Masa ni Safiyyah tersedar dah (mana tak..asyik nak terjatuh je tidur berdiri :p). Muka masih mengantuk lagi tapi lepas tu dia langsung tak jadi nak tidur

Tuesday, April 5, 2011

Detik-detik kelahiran Shakir dalam air

Duk bertangguh je buat entry ni. Tak tahu nak mula dari mana. Lagipun momentum nak menaip panjang-panjang belum ada..nak mengarang pun mati kutu. Sebelum cerita ni makin basi, saya perah juga la otak buat entry ni (macam nak buat assignment pulak nak perah-perah otak :p)


13 Mac 2011 (Ahad)
Turun tanda (bloody show). Hampir tengah malam dah pun masa tu. Risau la jugak sebab usia kandungan baru 36 minggu..


14 Mac 2011 (Isnin)
Turun tanda lagi! Hari tu juga 3-4 kali terasa contraction. Makin risau dibuatnya. Kalau ikut pengalaman saya bersalinkan Safiyyah dulu...hari ni turun tanda, keesokannya bersalin dah. Tu yang risau tu. Waktu tu harap sangat baby tak keluar lagi sekurang-kurangnya 2 hari lagi (16 Mac 2011) bagi genap 37 minggu. 37 minggu baru full term, insyaAllah baby matang le dah masa tu


15-17 Mac 2011
Alhamdulillah, sepanjang 3 hari ni takde sebarang tanda yang saya akan bersalin. Contraction pun takde langsung. Lega rasanya bila kandungan dah masuk 37 minggu. 17 Mac tu sempat lagi ambil angin petang di Holmes Lake Park. Cuaca petang tu pun elok sangat, tu yang ajak suami ke Holmes Lake Park. Nanti dalam pantang tak boleh nak keluar. Sambil-sambil tu boleh la exercise, mudah-mudahan senang bersalin nanti :)


18 Mac 2011 (Jumaat)
Sejak pagi bahagian belakang saya sakit sangat (lower back pain). Sakit yang teramat. Belum pernah lagi saya rasa sakit belakang sampai macam tu sekali. Sepanjang hari saya lebih banyak berbaring je. Bila baring rasa lega sikit sakit tu. Tengahari memang saya tak mampu nak masak. Mujur la ada lebihan lauk semalam.

Setiap 2-3 jam sekali pulak keluar darah dan rasa macam senggugut (menstrual cramps). Macam tanda-tanda nak bersalin tapi belum ada contraction lagi. Sekali lagi berharap saya tak bersalin sehingga lewat petang sebab suami ada kelas petang tu. Masa suami saya balik rumah tengahari tu...dia bagitau kelas petang dah dibatalkan. Secara rasminya suami saya dah mula bercuti la (spring break; seminggu). Lega le dah masa tu. Ye la, risau kalut pulak nanti kalau tiba-tiba rasa nak bersalin tapi suami kat kelas..huhu..tak dapat nak dibayangkan andainya berlaku situasi macam tu.

Lewat petang baru rasa contraction sikit-sikit. Suami ajak ke hospital tapi saya tak nak sebab contraction belum regular lagi. Malas kalau disuruh balik ke rumah semula. Kalau kena tahan sekalipun, saya tak nak berlama-lama dalam labor room. Dalam pukul 8.30 malam saya sempat call dan sembang dengan mak. Masa tu saya rasa contraction dah 5 minit sekali tapi saya masih tak nak ke hospital lagi. Suami saya pulak dah tak keruan. Saya yang sakit, saya yang nak bersalin, dia pulak yang panik lebih-lebih..hihi..

Malam tu suami saya la tolong masak. Kejap-kejap dia jengah saya di bilik tanya ok ke tak. Muka dia dah risau semacam. Ayat yang asyik diulang, "Siap-siap la, jom pergi hospital. Kang terberanak kat sini kang". Hihi..tengah-tengah sakit, boleh saya tergelak tengok suami yang panik. Boleh pulak saya menjawab, "Haa..bagus la kalau terberanak kat sini. Abang sambut la baby. Kan abang kata nak sambut baby sendiri". Ada hati nak sambut baby sendiri...tengok saya menahan sakit contraction pun dah panik :p. Saya masih tetap tak berganjak dengan pendirian saya tak nak ke hospital.

Dalam pukul 10 malam, buat kali yang entah ke berapa, suami saya ajak ke hospital lagi. Kali ni saya akur. Saya perasan selang masa setiap contraction dah kurang daripada 5 minit sekali. Saya masih tenang lagi masa tu walaupun contraction makin kuat terasa. Siap pun lambat-lambat. Sengaja saya berlengah. Saya sendiri tak tahu dari mana datangnya perasaan tenang saya ketika itu.

Hampir pukul 11 malam baru kami bertolak ke hospital. Safiyyah pulak dah mengamuk-ngamuk. Dia dah mengantuk masa tu. Takde nap time langsung dia sepanjang hari tu. Tu yang cepat je mengantuk. Kalau tak tu, selagi jarum jam belum menunjukkan angka 1 atau 2 pagi, jangan harap la dia nak tidur. Risau je dia terus-terusan meragam dalam labor room nanti. Silap-silap, suami saya terpaksa bawak Safiyyah keluar dari labor room dan tinggalkan saya keseorangan..huhu..(err..nurse tak termasuk la :p)


Hospital ni la yang kami tuju malam tu



.........bersambung dalam episod lain :p


p/s: baru perasan..tengok kalendar..esok 6 April..expected due date (EDD) saya..tarikh jangkaan Shakir dilahirkan tapi ditakdirkan Shakir keluar awal dan esok insyaAllah Shakir genap 18 hari..alhamdulillah :)

Sunday, April 3, 2011

Sepetang di Muzium

Tarikh: 2 April 2011 (Sabtu)
Masa: 1 petang - 4.30 petang
Tempat: University of Nebraska State Museum
Program: Colorful Creature Day


Comel, kan? Ni llama namanya ;)


Safiyyah berkenalan dengan anak llama ^_^


Antara haiwan yang dipamerkan dalam muzium. Ada banyak lagi haiwan tapi tak dapat nak ambil gambar lagi sebab cik Safiyyah melalak-lalak nak keluar -_-"


Happy dapat keluar!


Layan je la anak dara ni kat luar muzium



Saya dan Shakir takde dalam gambar..




.....kami kena tinggal kat rumah! Huwaaaaaa.....benci la. Kenapa la program ni dibuat masa saya dalam pantang?? Nak menyibuk jugak :p

Friday, April 1, 2011

Rezeki di bulan Mac 2011

Kejap je dah masuk bulan April. Waktu pantang ni seronok la kalau rasa masa berjalan cepat..tak sabar nak habis pantang :p. Alhamdulillah, ada juga rezeki saya menang giveaway/contest untuk bulan Mac. Saya tak banyak menang macam blogger lain tapi ni pun dah cukup bersyukur dah. Walaupun tak banyak rezeki juga :)


GA 3rd blog besday

Yay..dapat header+signature untuk blog contest saya! Thank you kakyong! Keputusan penuhnya tengok di SINI ye


Giveaway arepnakbebel

Keputusan penuh boleh tengok SINI


Pertandingan Pemandangan Cantik 07 March 2011

Keputusannya tertera di SINI


Mari Membaca Giveaway

Alhamdulillah, yang ni saya dapat sebuah buku sebagai hadiah. Best! Terima kasih ye puan penganjur! Senarai penuh pemenang tengok di SINI


GA-Siapakah yang Bertuah

Saya tersenarai sebagai salah seorang yang bertuah dapat setem keluaran khas kapal selam. Alhamdulillah. Saya memang pengumpul setem tapi lama dah kumpul setem..terhenti kejap hobi saya yang satu tu..uhuhu. Terima kasih ye puan penganjur! Keputusannya di SINI


Cik Azie Lucky Follower

Keputusan penuh di SINI