Pages

Sunday, April 17, 2011

Safiyyah di labor room

Detik-detik kelahiran Shakir dalam air
Detik-detik kelahiran Shakir dalam air #2


Dalam 2 entry atas tu saya belum cerita lagi macam mana keadaan Safiyyah masa saya bersalinkan Shakir. Dalam perjalanan ke hospital saya memang risaukan Safiyyah sebab dia dah mula meragam. Mengantuk punya pasal. Saya duk berharap yang Safiyyah tertidur dalam kereta dan lena selena-lenanya sampai saya bersalin. Tapi harapan tinggal harapan je la. Dah sampai hospital pun dia tak tidur-tidur padahal dah mengantuk sangat dah dia masa tu. Saya tak dapat nak bayangkan situasi dalam labor room nantinya bagaimana. Kalut gamaknya..

Masa tengah register di hospital, suami saya lepaskan Safiyyah, biar dia bebas ke sana ke mari. 'Cerah' balik biji mata Safiyyah. Hilang dah kisah nak tidur. Seronok dapat bebas. Dalam hati duk berharap...sekalipun dia tak tidur, jangan la dia meragam dan jangan la dia sibuk nak explore setiap ceruk labor room pulak masa saya nak bersalin nanti.

Masuk ke labor room Safiyyah meragam juga la. Dia sibuk nak keluar, tak nak berkurung dalam bilik tu. Tapi alhamdulillah sekejap je dia meragam. Letak atas sofa, diam je dia kat situ buat hal sendiri. Kejap dia tengok TV, kejap dia melukis, kejap dia belek-belek buku. Tak turun-turun dari sofa tu. Kebiasaannya kalau ke tempat baru, dia la paling sibuk sekali. Usik itu, usik ini, bukak tutup laci dan kabinet.

Sampai saat saya masuk dalam tub pun macam tu la dia. Duduk je dia atas sofa. Macam tahu-tahu pulak yang adik dia dah nak keluar. Suami saya sebelum tu tanya nurse boleh ke dia masuk sekali dalam bilik air. Nurse kata boleh tapi diorang tak bertanggungjawab jaga Safiyyah. Suami saya masuk juga ke bilik air tapi kejap-kejap mata dia terarah pada Safiyyah (pintu bilik air memang dibiar terbuka).

Atas sofa tu je la Safiyyah duduk. Tak berganjak dia dari situ. Kat situ la dia tengok TV, situ juga la dia melukis dan situ juga la dia belek buku. Buku-buku dan crayon dia memang dah masuk dalam checklist barang-barang yang nak dibawa ke hospital :)


Saya dibawa ke katil semula pun Safiyyah masih tak berganjak dari sofa tu. Behave sangat dia masa tu. Nurse pun duk puji Safiyyah :). Alhamdulillah..Allah permudah sangat-sangat urusan kami sekeluarga di labor room.

15 minit lepas Shakir keluar. Safiyyah masih di atas sofa :)


Oh, kat sini memang boleh bawak anak masuk dalam labor room. Takde la pening kepala kami nak fikir mana nak letak Safiyyah masa saya dalam labor. Faham-faham je la hidup di bumi asing..bukan ada saudara-mara kat sini. Bukan setakat anak je tau...kaum kerabat dan kawan-kawan pun boleh masuk labor room. Takde had berapa orang boleh masuk. Had masa pun takde. Nak tunggu di hospital dari pagi sampai tengah malam pun takpe. Takkan kena halau punya ;)


Masa nurse uruskan Shakir, Safiyyah sibuk nak tengok sekali. Menjerit-jerit dia nak tengok Shakir. Papa dia angkat dia, terus senyap. Bila papa dia letak semula ke bawah, mengamuk balik. Dia nak tengok sampai nurse habis jalankan tugas ke atas Shakir. Terkejut juga saya dengan reaksi Safiyyah sebab sebelum ni kalau tunjuk baby kat dia...dia buat tak tahu je..macam takde perasaan :p. Mak saya kata sesetengah budak memang macam tu..dia tahu tu bukan adik dia..dia buat tak tahu je la. Safiyyah tergolong dalam kategori tu la ;)

Thursday, April 14, 2011

Siapa nak voucher Zulian?

Ada sesiapa nak beli barangan Zulian tak bulan ni? Saya dapat voucher Zulian..menang giveaway (Simple 2nd Giveaway from Dilaz). Saya nak bagi voucher tu pada sesiapa yang nak sebab saya takde budget la nak beli bulan ni. Voucher tu sah sehingga 30 April ni je. Kalau nak, emel saya (nadiah_s@yahoo.com) cepat ye. Siapa cepat dia dapat ;).

Nilai voucher yang saya dapat:


Voucher ni hanya boleh digunakan di Dilaz Collection (http://dilazcollection.blogspot.com/) sahaja tau. Nak tengok barangan Zulian yang dijual di Dilaz Collection klik link yang saya bagi tu ye..

Tuesday, April 12, 2011

Safiyyah nak terjun tasik!!!

Tarikh kejadian: 16 Mac 2011
Tempat kejadian: Holmes Lake Park


Isk. Tengok la anak dara ni. Tanah punya la luas, tasik jugak yang dia berkenan. Melalak-lalak tak dapat masuk dalam tasik -_-". Dia ingat tasik ni cetek agaknya


Dah lama berlaku baru nak cerita :p. Saya tak sempat nak buat entry ni...'meletup' awal. Kami saje jalan-jalan ambil angin di Holmes Lake Park petang tu memandangkan cuaca elok. Saya pun ambil kesempatan la berjalan-jalan kat situ dengan harapan mudah bersalin nantinya.

Gambar-gambar bawah ni sekitar Holmes Lake Park..hari yang sama Safiyyah nak terjun tasik tu le :p. Sambil jalan sambil ambil gambar ;). Winter berakhir dah masa ni..sekarang ni Spring :)










Berdua lebih baik..? :p




Macam dah malam pulak




Cik Safiyyah yang suka sangat main air sampai nak berendam dalam tasik :p

Sunday, April 10, 2011

Detik-detik kelahiran Shakir dalam air #2

Detik-detik kelahiran Shakir dalam air

...sambungan..


11.15 malam, 18 Mac 2011
Kami sampai di hospital hampir pukul 11.15 malam. Keluar dari kereta, suami suruh jalan cepat-cepat sebab dia takut saya terberanak sebelum sampai labor room :p. Kalut sungguh suami saya masa tu. Laju je dia jalan tak toleh-toleh belakang. Saya ketinggalan jauh di belakang! Adeh..sabar je la. Dia yang nak bersalin ke..saya yang nak bersalin sebenarnya ni..? :p

Macam mana la saya nak jalan laju-laju. Tiap kali contraction je mesti saya berhenti. Tak boleh nak jalan. Tu yang ketinggalan jauh di belakang suami tu. Dah sampai kat pintu masuk hospital baru suami saya perasan yang saya tertinggal di belakang :p. Kelam-kabut dia patah balik..ehe. Kebetulan pulak masa tu sorang nurse keluar, baru habis shift agaknya. Terus dia datang kat saya tanya saya ok ke tak. Dia nak pimpin saya jalan tapi saya tengah tak boleh nak bergerak pun masa tu. "It's my contraction", kata saya. Faham la nurse tu kenapa saya tak bergerak bila saya kata macam tu.

Pastu datang pulak nurse sorang lagi. Nurse yang duk pimpin saya ni bagitau nurse sorang lagi tu (yang kebetulannya memang bertugas di wad bersalin) yang saya nak bersalin. Terus dia ambil kerusi roda. Saya ingat saya nak berjalan aje bagi cepat bersalin tapi dah nurse tu ambilkan kerusi roda, saya duduk je la atas tu. Lagipun, entah berapa lama pulak masa akan saya ambil nak ke labor room yang terletak di tingkat 4 kalau asyik berhenti je tiap kali contraction.

Kalau nak diikutkan, nurse yang pimpin saya tu boleh je terus balik bila nurse sorang lagi take over tapi dia hantar saya sampai ke tingkat 4! Saya dah selamat sampai di tingkat 4, baru dia balik. Baik sungguh la nurse tu. Terharu dibuatnya. Sayangnya, saya tak tahu nama kedua-dua nurse tu. Muka lagi la saya tak ingat sebab tengah sibuk menahan sakit..uhuhu..

Dah sampai ke tingkat 4, kena register dulu pulak. Lama juga ambil masa kat situ..huhu. Masa register tu saya serahkan sekali birth plan saya. Dah selesai, baru saya ditolak masuk ke labor room dan terus disuruh pakai gaun hospital. Lepas nurse pasang electronic fetal monitor kat perut, kena bersoal jawab pulak dengan nurse yang bertugas tu. Macam-macam la yang ditanya..bila due date, bila contraction bermula, air ketuban pecah atau turun tanda..bla, bla, bla..


11.45 malam
Nurse check bukaan serviks. Alhamdulillah, jalan dah terbuka 4 cm. Nurse call midwife dan katanya midwife akan sampai setengah jam lagi. Saya asyik tengok jam kat dinding je..resah terbaring atas katil. Terasa lambat benar masa berjalan..makin tak tahan rasanya menanggung sakit. Dalam kepala dah terfikir nak mintak pain medication tapi saya cuba bertahan juga sebab seboleh-bolehnya biarlah kelahiran kali ni tanpa bantuan apa-apa ubat sekalipun. Masa bersalinkan Safiyyah dulu saya mintak pain medication..tak berjaya nak menahan sakit..huhu..tak tau apa nama ubat tu..yang pastinya bukan epidural la.


12.15 pagi, 19 Mac 2011
Sekali lagi nurse check bukaan serviks...6 cm dah terbuka. Lepas tu nurse tanggalkan fetal monitor tu dan benarkan saya berjalan dalam labor room. Baru 2-3 langkah, saya terus berlutut! Ya Allah...sakitnya...! Sakit sangat sampai saya tak boleh nak berdiri pun. Tiap kali contraction mesti saya berlutut.


12.30 pagi
Midwife masih tak sampai-sampai lagi. Nurse pulak tak bagi saya masuk dalam tub selagi midwife belum sampai. Nurse bagi birthing ball kat saya untuk duduk atas tu bagi legakan sikit sakit contraction tu tapi saya tak sempat nak guna pun sebab tiba-tiba saya rasa macam nak push!

"Abang, kenapa rasa macam nak push ni..?" Boleh pulak saya tanya soalan tu kat suami saya masa tu. Macam la suami saya tahu :p. Saya sendiri pun tak tahu macam mana rasanya gesaan nak push sebab masa bersalinkan Safiyyah dulu kan saya ambil pain medication, saya tak terasa pun gesaan nak push dan tak perasan pun kepala Safiyyah dah keluar (crowning) masa tu (saya tengah mamai..kesan daripada ubat)..mujur masa tu nurse saje datang tengok keadaan saya..kelam-kabut dia panggil doktor :p.

Lagipun saya duk fikir takkan la dah nak bersalin..rasa macam awal lagi. Masa bersalinkan Safiyyah dulu, 4 jam dalam labor room baru bersalin. Risau la pulak kalau-kalau saya ter'push' selagi belum masanya. Suami saya tolong bagitau nurse yang saya rasa nak push. Saya takut saya terberanak atas lantai, saya naik semula atas katil. Baru je baring, midwife pun sampai. Midwife sampai pukul 12.45 pagi kalau tak silap saya.


12.50 pagi
Lepas midwife siap-siap, saya dipimpin ke bilik air...masuk dalam tub yang berisi air suam. Saya terlupa sekejap yang saya tengah sakit nak bersalin masa kaki saya masuk ke dalam tub. Tenang pulak rasa. Bila dah duduk dalam tub, midwife kata kepala baby dah crowning dan air ketuban dah pecah...dah boleh le dah saya push. Saya pulak boleh relax je masa tu..terlupa nak push..macam tengah mengelamun pun ada :p. Mengejutkan saya dari 'mimpi', midwife bersuara sekali lagi, "Ok, you can push when your next contraction's coming".

Alhamdulillah..dengan sekali push baby pun keluar. Midwife terus letak baby atas dada saya. Lepas tali pusat baby berhenti berdenyut, baru midwife clamp dan bagi suami saya potong tali pusat tu. Dah selesai, nurse ambil baby dan saya disuruh berdiri nak keluarkan placenta. Rasa ringan perut tiba-tiba..ehe. Pastu nurse dan midwife tolong saya tukar gaun yang kering dan dibawa ke katil. Kat atas katil baru nurse tekan-tekan perut saya bagi keluar darah. Erk. Ngeri pulak bila darah keluar berlambak-lambak.

Tepat jam 12.55 pagi (19 Mac 2011)..lahirlah adik Safiyyah ke dunia..alhamdulillah..



...sambungannya insyaAllah dalam entry lain ;)