Pages

Sunday, April 17, 2011

Safiyyah di labor room

Detik-detik kelahiran Shakir dalam air
Detik-detik kelahiran Shakir dalam air #2


Dalam 2 entry atas tu saya belum cerita lagi macam mana keadaan Safiyyah masa saya bersalinkan Shakir. Dalam perjalanan ke hospital saya memang risaukan Safiyyah sebab dia dah mula meragam. Mengantuk punya pasal. Saya duk berharap yang Safiyyah tertidur dalam kereta dan lena selena-lenanya sampai saya bersalin. Tapi harapan tinggal harapan je la. Dah sampai hospital pun dia tak tidur-tidur padahal dah mengantuk sangat dah dia masa tu. Saya tak dapat nak bayangkan situasi dalam labor room nantinya bagaimana. Kalut gamaknya..

Masa tengah register di hospital, suami saya lepaskan Safiyyah, biar dia bebas ke sana ke mari. 'Cerah' balik biji mata Safiyyah. Hilang dah kisah nak tidur. Seronok dapat bebas. Dalam hati duk berharap...sekalipun dia tak tidur, jangan la dia meragam dan jangan la dia sibuk nak explore setiap ceruk labor room pulak masa saya nak bersalin nanti.

Masuk ke labor room Safiyyah meragam juga la. Dia sibuk nak keluar, tak nak berkurung dalam bilik tu. Tapi alhamdulillah sekejap je dia meragam. Letak atas sofa, diam je dia kat situ buat hal sendiri. Kejap dia tengok TV, kejap dia melukis, kejap dia belek-belek buku. Tak turun-turun dari sofa tu. Kebiasaannya kalau ke tempat baru, dia la paling sibuk sekali. Usik itu, usik ini, bukak tutup laci dan kabinet.

Sampai saat saya masuk dalam tub pun macam tu la dia. Duduk je dia atas sofa. Macam tahu-tahu pulak yang adik dia dah nak keluar. Suami saya sebelum tu tanya nurse boleh ke dia masuk sekali dalam bilik air. Nurse kata boleh tapi diorang tak bertanggungjawab jaga Safiyyah. Suami saya masuk juga ke bilik air tapi kejap-kejap mata dia terarah pada Safiyyah (pintu bilik air memang dibiar terbuka).

Atas sofa tu je la Safiyyah duduk. Tak berganjak dia dari situ. Kat situ la dia tengok TV, situ juga la dia melukis dan situ juga la dia belek buku. Buku-buku dan crayon dia memang dah masuk dalam checklist barang-barang yang nak dibawa ke hospital :)


Saya dibawa ke katil semula pun Safiyyah masih tak berganjak dari sofa tu. Behave sangat dia masa tu. Nurse pun duk puji Safiyyah :). Alhamdulillah..Allah permudah sangat-sangat urusan kami sekeluarga di labor room.

15 minit lepas Shakir keluar. Safiyyah masih di atas sofa :)


Oh, kat sini memang boleh bawak anak masuk dalam labor room. Takde la pening kepala kami nak fikir mana nak letak Safiyyah masa saya dalam labor. Faham-faham je la hidup di bumi asing..bukan ada saudara-mara kat sini. Bukan setakat anak je tau...kaum kerabat dan kawan-kawan pun boleh masuk labor room. Takde had berapa orang boleh masuk. Had masa pun takde. Nak tunggu di hospital dari pagi sampai tengah malam pun takpe. Takkan kena halau punya ;)


Masa nurse uruskan Shakir, Safiyyah sibuk nak tengok sekali. Menjerit-jerit dia nak tengok Shakir. Papa dia angkat dia, terus senyap. Bila papa dia letak semula ke bawah, mengamuk balik. Dia nak tengok sampai nurse habis jalankan tugas ke atas Shakir. Terkejut juga saya dengan reaksi Safiyyah sebab sebelum ni kalau tunjuk baby kat dia...dia buat tak tahu je..macam takde perasaan :p. Mak saya kata sesetengah budak memang macam tu..dia tahu tu bukan adik dia..dia buat tak tahu je la. Safiyyah tergolong dalam kategori tu la ;)

25 comments:

Irfan said...

.. comel je safiyyah... huhu

eB said...

naluri seorg kakak :)

mimmie said...

baiknye safiyyah..mungkin dia dapat rasa tu....

syawalsimpsons said...

bestnyer safiyyah jadi kakak..

Fazlinil Irma said...

pandai safiyyah bawak diri.

yatie chomeyl said...

bagus safiyyah..pandai dia jaga diri masa saat2 genting

Rizziela said...

Pandainya dia jaga adik....bestnya dapat merasa bersalin dalam air

Unknown said...

good girl:)sayang saffiyah!hehe...t jga adek ngan umi elok2 yer..

Unknown said...

wah! bagusnya safiyyah. Sangat2 behave...

best kan semua orang boleh masuk dalam labour room tu.

tmpt kita nak masuk labour room kena kursus lah bagai, tp bukan dari mula pun boleh masuk..huhu

Affieza said...

Bestnya Safiyyah..kecik2 dah ada pglmn masuk labor room...

♥MAMASYAZA♥ said...

syukur, tuhan permudahkan segalanya.
apapun safiyyah, mmg cuteee, mesti dia happy dpt baby baru

Ummi Hanie said...

bagus safiyyah behave...dia paham tu...
urm,hanie rasenye allow suami je masuk kot dlm labor room..segan ler nk bagi ramai2 tengok kite bersalin..hiks :p

Acik Erna said...

alhamdulillah nadiah..memang allah permudahkan urusan nadiah..
sampaikan safiyyah boleh dok diam je diatas sofa tu..

transformed housewife said...

bestnye kat situ semuaa boleh masuk. masa knur bersalinkan Hafizah, kami kena mintak kwn (org Msia jugak) tolong jagakan. Knur keno tido semalaman di wad pun dok teringatkan Fathini.

Kamalia said...

alhamdulillah..Allah mmg permudahkan semuanya waktu tu ye..semoga lepas ni semua perkara dipermudahkan..sungguh comel je saffiyah duk kat sofa tu xgerak2..good girl saffiyah.:)

h4ni3 said...

agak2 safiyyah pelik tak.. eh, mana datang ini budak??? hehehe

Unknown said...

alahai comel saffiyah...dh pandai bawa dirila tu tgk org tak pedulikan dia kan...bagus cerdik dia.

radziah AR said...

tersangatlah comelnya safiyyah.... tahu la tu adik nak hadir, tu yg boleh baik tu....allah permudahkan...tentu seronokkan dpt merasai bersalin dlm air...boleh tak nadiah citer sikit keadaan, proses dan rasa ketika itu yg berbeza dgn bersalin safiyyah normal.

Ummi Salsabila said...

well behaved je safiyyah.baguslah kak long ni.kagum aunty!

Anonymous said...

bagus, bagus.. kak long safiyyah. pandai2 jer aunty ni letak nama panggilan utk safiyyah.. hehehe

Nadiah Sidek said...

irfan: tq :)

eb: ye tak ye jgk :)

cikmimmie: mungkin la agaknya

syawalsimpsons: :)

irma: dah besar kot ;)

Nadiah Sidek said...

yatie: dia mcm tahu2 je waktu tu mmg genting

rizziela: pengalaman yg menarik ;)

nanakimie: ok (tlg jwb bg pihak safiyyah..ehe..

k.yus: uik..sampai kena kursus ke?

affieza: dah besar nnt bukan dia ingat pun..hehe..

Nadiah Sidek said...

mamasyaza: alhamdulillah :)

ummi hanie: akak pun segan gak :D

kak erna: tu la kak..bersyukur sgt

transformed hw: kat NZ takleh bwk anak masuk labor room ek?

k.kamalia: ameen..moga makbul doa akak tu :)

Nadiah Sidek said...

h4ni3: hehe..nmpk mcm dia tak pelik pun :D

k.nieza: alhamdulillah :)

k.zie: insyaAllah nnt nadiah cerita ;)

ummi salsabila: tq aunty! :)

k.fa10: mmg nadiah panggil dia kak long pun..hehe..

Unknown said...

heheh, bagus nya safiyya.. sgt2 behave..
Anis dulu baru 11 bulan masa kakyong bersalinkan ALiya.. & sbb dia melalak tak mau dok dgn nurse, maka dia pun dok sekali dlm labor room, tp dok kat bhgn kepala ibunya jer.. hehehhe...