Pages

Sunday, April 24, 2011

Cerita di postpartum room

Detik-detik kelahiran Shakir dalam air
Detik-detik kelahiran Shakir dalam air #2


Saya dipindahkan dari labor room ke postpartum room lepas semua urusan dalam labor room selesai (sejam lebih lepas saya bersalin) termasuk menyusukan Shakir buat pertama kalinya :).


Dah masuk dalam postpartum room pun Safiyyah masih tak tidur! Lebih kurang jam 3 pagi baru dia tidur TAPI...belum pun pukul 6 pagi dia dah bangun! Bangun tersengih-sengih pulak tu. Kalau tak cukup tidur biasanya dia akan mengamuk. Ni pelik pulak. Excited dapat adik agaknya :)

Muka ceria baru bangun tidur ^_^


Takde gaya macam tak cukup tidur je, kan?


'Pengsan' juga akhirnya! Masa ni Safiyyah tidur dari pukul 8 pagi sampai pukul 3 petang! Memang lena sungguh dia tidur, tak sedar apa dah


Petang-petang 'baca' buku. Bagus anak ummi ni :)


Ni la buku yang Safiyyah 'baca' ;). Papa dia belikan beberapa minggu sebelum saya bersalin tapi tak bagi Safiyyah awal-awal..takut dia koyakkan buku tu sebab dalamnya kertas biasa je, bukan jenis kadbod tu. Dah rancang bawa buku ni masa saya bersalin. Bila bagi buku ni kat Safiyyah, dia nampak macam faham je. Dah jadi buku kegemaran dia pun. Ke hulu ke hilir dibawanya. Nak tidur pun duk angkut sekali buku tu. Kadang-kadang bila dia tengok buku tu...dia tengok adik dia. Sweet sangat ^_^. 'Mesej' pada gambar cover buku tu macam sampai je kat dia. Sampai sekarang masih elok buku tu..sikit pun Safiyyah tak koyakkan. Tak sia-sia papa dia belikan :)


Ni la biliknya. Oleh sebab suami saya dan Safiyyah bermalam sekali di hospital, kami diberi bilik dengan queen size bed. Komputer tu pulak bukan untuk diguna pesakit mahupun pelawat ye. Itu untuk kegunaan nurse. Tiap kali saya diberi ubat, nurse akan catit terus dalam komputer tu. Oh, saya diberi sejenis ubat, Ibuprofen namanya..nak kurangkan rasa sakit di perut. Nurse tawar ubat tu pada saya masa di labor room lagi tapi saya tolak. Dah berjam-jam sakit tu masih tak berkurang dan makin sakit waktu saya menyusukan Shakir, saya minta juga la Ibuprofen tu. Setiap 8 jam la saya diberi Ibuprofen


Antara menu yang disediakan di hospital. Saya tunjuk sebahagiannya je la. Burger ada, pizza ada, steak ada, muffin ada, puding ada, pasta ada, sup ada, isy..banyak la! Kalau nak makan, call je room service nanti diorang hantar ke bilik. Dah macam kat hotel pulak..hihi. Err..yang tak seronoknya...bukannya semua menu boleh dimakan..banyak yang tak boleh makan pun..uhuk!


Belah kiri tu antara makanan saya di hospital. Lebih kurang sama je pun menu yang saya mintak selama 3 hari 2 malam di hospital :p. Yang paling tak tahan kek coklat tu la. Menggiurkan sungguh la. Saya tak makan pun..tak berani..huhu. Duk teringat kek mesti ada telur. Telur kan tak boleh makan masa pantang. Tak tau le pulak kalau kek tu eggless. Tergugat iman :p. Tapi sebelum tu sedap je makan blueberry muffin. Dah licin baru teringat...eh, muffin kan ada telur! :p


Silvana dan anaknya Mariana (jiran kami, Brazilian) datang melawat waktu petang. Sebelum tu anak-anak dara undergrad pun datang juga tapi terlupa nak ambil gambar. Hafiz dan Izza datang melawat waktu pagi pun tak ingat nak ambil gambar


20 Mac 2011

Geng-geng bujang pulak datang melawat. Raihan, Ain dan Hasanah datang buat kali ke-2 :). Terima kasih banyak-banyak pada semua yang datang melawat! :)


Paparazzi ^_^


Tag-tag yang dipakaikan di kiri kanan tangan saya. Tag atas tu siap ada bar code lagi. Nurse akan scan bar code tu bila saya diberi ubat dan terus masukkan datanya dalam komputer. Tag yang bawah tu pulak diberi pada saya, suami dan Shakir...sama sebijik termasuk nombor yang belah kanan tu (58012) cuma tag Shakir kecik saiznya. Nombor tu dirujuk supaya tak tertukar baby. Nak elak baby kena culik pun ye jugak kot. N Peterson tu nama midwife yang sambut Shakir. Nancy Peterson namanya :)


Shakir lagi banyak tag. 2 kat kaki, 1 lagi kat tangan kiri :D


Hasil seni yang Safiyyah tinggalkan di dinding bilik tu :p. Ingat nak cuci sebelum balik tapi terlupa. Harapnya nurse tak marah la. Safiyyah lukis guna washable crayon je pun


Saya dibenarkan keluar hospital pada 21 Mac 2011 waktu tengahari. Itu la sedikit sebanyak pengalaman bersalin di rantau orang :)

26 comments:

mamalieyna said...

waaa safiyyah jd kakak yg baik ye..hehe..sweet je kan, sambil mmbaca sambl tgk adik..faham la tu..^_^

take care~

lina said...

salam - the expensive experience! and i like the book

dinor's family said...

wah rajin kakak mmbaca..t bleh ajak adik mmbaca sama2...

Erna said...

memang cerdik saffiyah.seronok dapat adik agaknya.

yatie chomeyl said...

smpt jugak safiyyah tinggal artwork kat wall spital ek? kui3x

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

ade tak buku tajuk.."Im a big bro"? ngeh ngeh ngeh nak kasi rafiq

myamyza said...

pergg bersalin kat hospital luar negare mmg best lah.. suami boleh teman anak boleh teman siap bagi katil queen lagik...hohohoho bile lah boleh merase...

eB ezrin said...

pengalaman tuh... bkn semuer dpt raser :)

Ummi Salsabila said...

Aunty likeee safiyyah book! So sweet! And also your masterpiece at the hospital wall.precious! Hehehe

h4ni3 said...

bagusnya safiyyah
a good big girl la diaaa
=)

Sitisifir10 said...

wahhh.....tahniah!! MAsya ALLAH dah lamanya tak menjenguk ke sini tgk2 dah beranak.. :)) Tahniah ekk

tini said...

Bagus dak comei nih.. Syukur tuhan permudahkan urusan bl jauh di tempat org :)

nba-Nur said...

Salam. Apa khabar Nadiah? Sempat tu Safiyyah tinggalkan masterpiece kat dinding hospital... Siap ada bar code tu, canggih sungguh..

CatlinaFly said...

nanti nak dtg lagi baca pasal waterbirth...kat malaysia tak glamer lagi pasal ni kan? ;0 cumelnye syakir..congrats safiyyah jadi kakak!E-ein tgh menunggu hehehe

CatlinaFly said...

chop2...mat salleh, berpantang tak?hehehe

Rafidah said...

wah syoknya.. macam ni punya service kat US tiap tahun beranak pon takpe :P eh jap... Nadiah bayar ke FREE ni???

transformed housewife said...

buku tu Fathini pun dpt bila Knur bersalinkan Hafizah. Mmg bagus utk bg diaorg faham.

alimaz kembara terasing said...

tahniah.....

Affieza said...

Cerianya Safiyyah tdo kt sebelah adik tu..hehe

ZarinAziz said...

salam...cerdik dah kakak saffiyah...pandai bawak diri...

Nieza said...

seronoknya baca pengalaman nadiah bersalin disana...pengalaman berharga tu..:)

ishamizu said...

Untungnya husband and Safiyyah leh tdo skali. Besar n best pospaartum room tuh..kt cni pas dok kt recovery ward dok kt maternity ward. Macam maternity ward kt hosp. gomen kt Msia je..so sy tk ambil byk gmbo pon..lgpon tk larat ngan luka c-sect ni kan. :D

Nadiah Sidek said...

mamalieyna: mcm fhm ;)

k.lina: yup ;)

dinor's family: insyaAllah :)

k.erna: nmpk dia happy dpt adik :)

yatie: kenang2an buat nurse..hihi..

rose: ada. nak kirim? :)

myamyza: rezeki sy dpt bersalin kat negara org :)

Nadiah Sidek said...

eb: yup, antara pengalaman berharga :)

ummi salsabila: cantik tak lukisan safiyyah? ehe..

h4ni3: :)

sitisifir10: hihi..tq kak pija!

k.tini: alhamdulillah :)

k.nur: alhamdulillah sihat kak :)

catlina: a'ah, kat malaysia tak glamer lagi waterbirth. cuba la doc ;). mat salleh mana ada pantang2 ni..hehe..

Nadiah Sidek said...

rafidah: erk..tiap2 tahun?? pengsan nnt nak jaga anak berderet :p. hospital sini mana ada free..claim insurans ;)

transformed hw: a'ah, bagus, kan buku gitu?

alimaz: terima kasih :)

afiieza: hehe..

zarinaziz: :)

k.nieza: antara pengalaman berharga di rantau org :)

ishamizu: oo..wad sana brp org 1 bilik?

wahida said...

wow!! mahalnya pengalaman u sis!! anak2 u comel la...gerammm je tgk...