Pages

Sunday, May 31, 2009

Pameran Buku Read Malaysia '09

Just nak inform..

PAMERAN BUKU READ MALAYSIA '09 akan diadakan pada:

29 Mei - 7 Jun 2009


Bertempat di:

MINES RESORT CITY,
Seri Kembangan,
Selangor


Pada jam:

11 pagi - 10 malam



Masuk adalah PERCUMA!!!


p/s: hajat di hati memang nak pergi..sebagai pengubat hati tak dapat nak pergi Pesta Buku di PWTC hari tu..huhu..


p/p/s: sape-sape yang ke pameran buku tu...boleh la singgah ke rumah saya...dekat je..tapi kalau jalan kaki jauh la..hehe


Berjalan-jalan di Bukit Bintang

Tengahari tadi kami bertiga (saya, suami dan Safiyyah) berjalan-jalan di Bukit Bintang. Sebelum tu singgah ke kenduri kahwin jiran. Saje nak bawa Safiyyah jalan-jalan untuk biasakan dia dengan keadaan ramai orang sambil-sambil mencari barang yang diperlukan. So far alhamdulillah, Safiyyah tak meragam. Diam je dia tengok sekeliling cuma bila dah nak sampai ke rumah baru dia meragam. Mungkin dia dah rasa tak selesa dan keletihan agaknya.



Lepas duk pusing-pusing, akhirnya ini yang saya beli:







Ikutkan hati, saya tak gemar pakai beg besar tapi bila dah ada anak ni terpaksa juga la. Mana tidaknya..setiap kali nak keluar walaupun sekejap, kena bawa sekali diaper 2-3 keping, botol susu, baju bersih 2-3 pasang, puting, alat mainan, nursing cover dan benda-benda lain yang seangkatan dengannya.



Sambil-sambil tu duk survey stroller. Ingatnya nak beli juga stroller. Safiyyah lebih selesa, ummi dan papa pun turut selesa kalau nak ke mana-mana. Saya idamkan stroller yang boleh diubah suai penyandarnya daripada keadaan duduk ke baring, dan sebaliknya. Juga sedikit besar supaya boleh digunakan sehingga umur Safiyyah 2-3 tahun. Apa pun, kena bergantung pada budget juga la. Sejak ada anak ni, banyak duit terpaksa dilaburkan. Barang-barang sekarang ni pulak bukannya murah. Baju baby sehelai pun (sehelai, bukan sepasang) mencecah puluhan ringgit. *sigh*. Jadinya, kena la pandai-pandai berbelanja dan rancang ekonomi..



Saya duk cari juga blouse labuh berbutang depan supaya mudah nak BF Safiyyah tapi tak jumpa. Kalau ada pun, jarang (transparent). Kalau tak jarang, lengannya singkat la pulak! *sigh again*. Hmm...bukan rezeki saya gamaknya..



Wednesday, May 27, 2009

Award from Jiji

I was given this



from
Jiji



p/s: dengan muka tak malunya saya ambil award ni. Hehe. Anyway, thank you!


Tuesday, May 26, 2009

Bentan

Saya baru je baca salah satu topik dalam majalah Pa&Ma. Makanan Sejuk vs Makanan Panas. Itu tajuknya. Ia ada kaitan dengan bentan. Saya teringat insiden yang berlaku semasa saya dalam tempoh berpantang. Hampir 2 minggu selepas Safiyyah dilahirkan, saya demam. Demam yang saya rasakan tak seperti demam biasa yang pernah saya alami. Serasa tak larat sangat nak bangun tapi demi anak, saya gagahkan jua untuk menyusukannya.


"Mak risau kamu bentan je ni. Itu la, mak suruh pantang betul-betul tak nak. Degil. Kalau kena bentan nanti nak bangkit pun tak boleh tahu tak," kata mak.


Masa tu saya tak tahu apa itu bentan. Nak bertanya inginkan kepastian tapi saya takut. Saya takut saya betul-betul kena bentan walaupun saya tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan bentan. Alhamdulillah selepas 3 hari, demam saya kebah.


Tika itu baru saya berani bertanya mak, "Mak, bentan tu macam mana?"


"Bentan tu demam teruk. Kalau kena bentan susah nak baik. Ada orang kena berminggu-minggu, ada yang berbulan-bulan baru baik. Nak bangun memang tak boleh. Tu sebab mak suruh pantang betul-betul. Bukan saje-saje nak suruh berpantang. Makanan sejuk tak boleh makan. Nasi pun kena makan masa panas-panas. Badan kena sentiasa panas. Dulu masa mak pantang, kalau tak pakai sweater, tak pakai stokin...hah siaplah kena marah dengan opah kamu. Tak kira la cuaca panas ke, kena juga pakai sweater dengan stokin tebal sampai basah kuyup jadinya bermandi peluh. Ini kamu mak tengok kejap pakai kejap tak pakai. Nasib baik tak bentan," panjang lebar leteran mak saya tika tu.


Saya hanya mendiamkan diri. Tak berani nak bersuara. Sedar kesilapan diri tapi saya memang susah mendisiplinkan diri sewaktu berpantang. Namun saya tetap bersyukur demam yang saya alami bukannya bentan. Mungkin keadaan diri yang masih lemah kesan daripada proses bersalin membuatkan demam yang saya alami agak 'kuat' berbanding kebiasaannya. Apa pun, ia tetap menjadi peringatan buat diri saya sendiri...