Pages

Thursday, October 8, 2009

25 September & 2 Oktober 2009

Kemalasan sekali lagi menguasai diri...mujur la blog ni tak boleh berkulat...hehe. Ada je nak diceritakan tapi lepas je tulis 2-3 ayat terus cancel dan sign out. Malaaaassss sangat rasanya nak update. Hmm...mungkin 2-3 entry yang akan saya buat lepas ni (termasuk le entry ni) boleh dikatakan agak basi tapi layankan aje la ye kenyit.


25 September 2009
Pindah rumah ke University Park Apartment. Huhu...ikutkan hati memang tak mau pindah sebab saya suka rumah yang kami sewa sebelum ni tapi apakan daya...kami bukannya orang yang kaya-raya. Sekali tengok, sewa rumah sebelum ni dengan student apartment ni lebih kurang sama tapi bila dicampur dengan bil elektrik dan gas (heater), university apartment ni jauh lebih murah (duduk di student apartment; elektrik dan gas - free of charge!) ditambah dengan kabel TV (lebih kurang 70 channel. Kalau duduk di luar, kabel TV kena bayar...ala-ala melanggan Astro la) dan kabel internet free (tapi sampai saat saya menaip ni masih menggunakan wireless...tak tau kenapa kabel internet takleh guna...suami saya asyik lupa je nak tanya pihak pengurusan adus).

Tapi suami saya kena bayar 1000 dollar lebih (banyak tu! huhu...) untuk rumah lama dulu sebab melanggar kontrak (pindah awal daripada tempoh kontrak yang dah ditandatangan). Tak sangka sebenarnya boleh dapat awal apartment ni. Dalam list menunggu masa apply apartment ni, kami dalam ranking 20 lebih. Ingatkan dalam tahun depan la baru dapat apartment ni, tengok-tengok masa bulan puasa lepas dapat dah. Rezeki kami agaknya. Suami saya minta postponed pindah rumah memandangkan masa tu puasa...letih lak nanti duk angkut barang.

2 sebab utama saya tak nak pindah:
  1. rumah sebelum ni lebih besar daripada apartment ni walaupun kedua-duanya hanya ada 1 bilik tidur
  2. dapur di rumah lama tersorok tak macam dapur di apartment ni. Kat rumah lama, dapur terletak dalam satu 'bilik' dan agak tersorok tapi di apartment ni masuk-masuk rumah je dapur di sebelah kanan dan ruang tamu di sebelah kiri...huhu..tak best!

2 perkara pula yang paling saya suka di apartment baru:
  1. dapat kelengkapan dapur yang baru (kabinet, microwave dan dapur + digital oven). Oh, karpet juga baru (rumah-rumah kat sini takde yang takde karpet. Tak suka karpet macam mana sekalipun, kena suka juga sebab nanti time sejuk tak terpijak lantai!). Sebelum kami masuk ke apartment ni, ia diubahsuai (renovate) dulu. Terubat juga la rasa hati bila pertama kali masuk ke apartment ni...macam kami penghuni pertama pulak padahal dah berapa keluarga agaknya yang menetap di sini sebelum kami
  2. dapat kabel internet free (walaupun masih tak dapat digunakan lagi...huhu..). Mujur juga la wireless agak laju kalau nak dibandingkan dengan rumah lama yang selalu disconnect (al-maklum le...dapat sipi-sipi je universiti punya wireless network connnection jelir)

Bawah ni gambar-gambar apartment baru kami:

Dapur. Di sebelah kirinya ruang tamu. Pintu yang ada dalam gambar tu adalah closet


Ruang tamu. Memang kecik dibandingkan dengan rumah lama




View depan rumah



2 Oktober 2009
Alhamdulillah, Safiyyah genap 9 bulan. Dulu selama 9 bulan dia berada dalam rahim saya dan sekarang ni dah 9 bulan dia membesar di depan mata. Pantas sungguh masa berlalu. Masih terbayang lagi betapa terujanya saya saat merasakan pergerakan Safiyyah buat pertama kali sewaktu dia di alam rahim. Juga di saat saya mahu melahirkannya. Mengandung dan bersalin - suatu pengalaman terindah saya yang sukar digambarkan dengan kata-kata...

Safiyyah dan pandai melambai-lambai tangannya babai. Orang pertama yang dilambai adalah pekerja yang buat inspection di rumah ni Jumaat lepas. Tak sangka la pulak dia nak lambai kat orang tu sebab sebelum ni saya duk ajar dia lambai-lambai tangan tapi masih tak reti lagi. Masa tu pekerja tu dah nak keluar dah pastu dia saje la lambai kat Safiyyah, tengok-tengok Safiyyah melambai balik. Pekerja tu terkejut (saya pun terkejut!) tengok Safiyyah balas lambaiannya sengihnampakgigi.

Bila suami saya balik dari lab, saya ceritakan kat dia.

"Amboi...babai kat mat salleh ye. Dengan papa pun tak lambai lagi," ujar suami saya dengan nada tak puas hati. ihikhik


Petang tu kami ke rumah Silvana. Silvana buat jamuan kecil-kecilan untuk kawan-kawan sepejabat (salah seorangnya suami saya la). Beria-ia sungguh dia sekeluarga nak kami hadir ke rumah mereka sampai duk tanya tanya pasal makanan halal pada suami saya. Berusaha dia gi beli daging halal di kedai Arab. Pencuci pinggan dibelinya yang baru. Peralatan-peralatan lain (dulang pembakar, pisau dan sudu garpu) dipinjam dari kami. Terharu kami dibuatnya. Mana la boleh nak menolak kalau dah begitu caranya. Jamuan mula dalam pukul 6 tapi pukul 6 lebih baru kami bertolak dari rumah (dekat je pun rumah Silvana dengan rumah kami). Ingatkan kami la tetamu terakhir yang sampai rupanya ada lagi yang belum sampai, jadinya terpaksa tunggu diorang sampai baru boleh makan. Janggal rasanya masuk ke rumah Silvana dengan berkasut. Kita kan dah biasa tanggalkan kasut sebelum masuk rumah. Takpe la, anggap je la macam masuk ke pejabat..ehe..

Pertama kali saya hadir ke jamuan yang disediakan sekali wine dan makanan-makanan yang tidak halal yang lainnya serta berdepan dengan couple (belum kahwin) yang sangat 'mesra' (ke depan jalan berpelukan dan bercium, ke dapur pun begitu juga...ke mana-mana pun macam tu la jugak...ala-ala belangkas). Memang rasa agak tak selesa tapi duduk di sini memang takleh lari dari perkara-perkara macam tu. Dan pertama kali juga saya rasakan amanah yang terpikul di bahu saya sebagai seorang Muslim terasa sungguh berat. Susah nak explain, tapi secara kasarnya, saya bimbang seandainya Islam difitnah gara-gara kami sekeluarga...na'uzubillah...




Apa pun, Silvana sekeluarga memang baik tambah-tambah Silvana yang suka bertanya macam-macam termasuk yang berkaitan dengan Islam. Mudah-mudahan terpancar hidayah buat mereka sekeluarga satu hari nanti...

Monday, September 28, 2009

2 Syawal 1430H / September 21, 2009

Isnin lepas kami ke People's Health Center...rutin biasa setiap bulan...bawa Safiyyah gi check up. Sambil-sambil tunggu turn, saya duk belek-belek majalah yang ada atas kerusi sebelah saya. Majalah budak-budak. Helaian demi helaian saya buka (buka je...tak baca pun jelir), tiba-tiba ada 1 gambar yang membuatkan tangan saya terhenti untuk menyelak helaian seterusnya. Gambar ini yang saya maksudkan:


Terkejut juga la saya tengok gambar ilustrasi wanita bertudung tu. Terus saya baca keseluruhan artikel tu sebab nak sangat tahu isinya. Bimbang juga kalau-kalau cerita di sebaliknya memburukkan Islam. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. It's a very good article/short story indeed! Cerita pasal 2 beradik (Amina, 10 tahun dan Rukiyah, 8 tahun) yang berkisar tentang puasa di bulan Ramadhan. Nak tahu cerita lanjut baca sendiri daripada gambar bawah ni ye (klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas). Saya malas la nak ceritakan semula jelir. Tapi memang bagus ceritanya. Sungguh tak sangka boleh dapat artikel macam tu kat sini...



Oh ye, berat Safiyyah sekarang 7 kg (6.99 kg to be exact. 7 kg la tu, kan? sengihnampakgigi) dan hari tu juga Safiyyah diberi flu shot. Macam biasa la dia...menangis kejap je bila kena cucuk, lepas tu happy balik macam takde apa yang berlaku senyum.

Then kami decide balik ke apartment jalan kaki je. Pergi ke klinik tu kami naik bas. Oh, rupanya tidak le jauh mana pun, setengah jam je kalau berjalan kaki! Tak berpeluh langsung sebab masa tu sejuk berangin. Safiyyah?? Lena dalam stroller! Syok kot tidur sejuk-sejuk gitu. Seronok juga sekali-sekala jalan kaki...sambil-sambil tengok pemandangan dan dapat hirup udara segar kurniaan Allah, dapat juga exercise! Baru perasan dah lama tak exercise...sejak kahwin tak exercise pun. Mana tak...sebulan kahwin dapat tahu tengah mengandung. Rindu rasanya nak berjogging, hiking, cycling...rindu (oh, sejak dulu saya memang tak minat netball, volleyball, badminton dll tu). Harapnya 1 hari nanti dapatlah saya buat aktiviti-aktiviti tu semula..


p/s: no wonder la Safiyyah asyik meragam je akhir-akhir ni...nak tumbuh gigi rupanya sengihnampakgigi! Baru keluar sikit je sebatang gigi bawahnya..

Thursday, September 24, 2009

Pengalaman pertama beraya di Lincoln

Pengalaman pertama beraya di perantauan tidaklah seburuk yang disangka. Raya juga la kami walau tak semeriah di tanahair sendiri tapi sehari sebelum raya tu memang saya takde mood langsung apatah lagi nak memikirkan raya keesokan harinya. Atas permintaan suami, hari Sabtu tu sempat juga la buat mini popia berintikan serunding daging (serunding daging tu kakak ipar saya yang pos). Petang tu entah kenapa rasa takde tenaga pulak. Dah akhir puasa baru rasa letih sangat-sangat padahal bukannya buat apa sangat seharian tu. Petang tu duk sediakan bahan-bahan untuk buat kuah kacang then berbuka dengan cucur bawang je memandangkan suami berbuka di masjid. Lagipun memang tak sempat nak masak lauk, meragam aje Safiyyah petang tu. Ingatkan malam tu nak buat kuah kacang dan masak nasi impit siap-siap tapi dek kerana badan rasa terlalu lemah ditambah dengan mood raya yang tak datang-datang lagi, tak jadi la buat malam tu. Cheese cake (oreo cheese cake) pulak yang saya buat malam tu! Haih...orang duk sibuk-sibuk sediakan juadah raya...lain pulak yang saya buat jelir.

Suami saya pulak terlebih rajin duk buat ketupat pulut sebab dia duk teringat kat kampung dia...tiap-tiap tahun mak buat ketupat daun palas tu. Start dari tengahari dia duk mengukus pulut sampai la ke petang. Malam tu baru duk bungkus pulut tu dengan daun pisang. Dah sini takde daun palas, pakai daun pisang aje la. Tak sia-sia suami saya belajar bungkus ketupat dengan maknya dulu. Nak harapkan saya...memang tak jadi la ketupat. Tak reti anyam-anyam ketupat nih. Makan reti la sengihnampakgigi. Kalau ikut belah family saya, makan nasi impit je setiap kali raya...mana la reti nak anyam-anyam ni..


Ketupat daun pisang hasil kreativiti suami saya




Ahad pagi (pagi raya) baru la saya terkejar-kejar buat kuah kacang dan masak nasi impit. Alhamdulillah sempat la siap sebelum suami balik dari solat sunat Aidilfitri di masjid. Dalam duk masak tu, Safiyyah meragam pulak. Aduhai...memang la sangat letih memasak sambil melayan ragam anak penat. Lepas masak tu ingatkan nak sediakan bahan untuk buat soto ayam tapi tergendala juga la. Tak tahu la kenapa mood Safiyyah 2 hari tu sangat tak ok. Tak nak diletak langsung. Diletak aje...malalak la dia! Macam kena dera lagaknya.

Suami saya sampai rumah, baru saya dapat bersiap-siap nak ke rumah Hafiz/Izza. Orang dah kenyang, kami baru sampai. Faham-faham je la...ada anak kecik...nak kena menyusukan dia dulu la apa la...dah settle semua baru boleh keluar. Oh, kat situ kami jumpa dengan 1 lagi family Melayu...Bon/Roz sekeluarga. Sebelum ni memang kami tak pernah berjumpa sebab rumah diorang jauh sikit dari rumah kami...diorang duduk di City Campus, kami di East Campus. Menu utama di rumah Hafiz/Izza: nasi impit + rendang ayam + kuah lodeh. Saya jamah sikit je. Entah kenapa rasa takde selera nak makan juadah raya. Kuih raya pun takde selera nak telan. Duk teringat kat Malaysia je...sedih.


Safiyyah je pakai baju baru, saya dan suami recycle baju kahwin...dah alang-alang kami berdua pakai baju warna sama...belikan juga la Safiyyah dengan baju sama warna




We're Malaysian! At Hafiz/Izza's house



Bon/Roz ajak kami semua ke rumah diorang dalam pukul 2 petang tapi saya tak dapat nak ikut sebab kena masak soto ayam...takut nanti tak sempat siap sebelum pukul 5. Suami saya je la pergi, sebagai wakil. Suami saya janji nak balik awal tapi hampir pukul 4.30 baru dia sampai rumah. Geram tau. Memang saya keletihan yang amat sangat sebab duk memasak sambil dukung Safiyyah. Kalau dia menangis sikit-sikit, saya biarkan aje juga la dia tapi ni duk meraung sekuat hati. Saya dukung je terus dia diam. Aduh...sabar je la. Mujur sempat settle sebelum pukul 5. Ingatkan sempat la kemas-kemas dapur sebelum tetamu datang, tengok-tengok Justin (kawan suami saya, Canadian) sampai rumah kami tepat-tepat jam 5 petang (suami saya la pandai-pandai tukar waktu ke pukul 5 padahal duk bincang sebelum tu nak buat open house pukul 5.30 gigil). Sudahnya, dapur dibiar berkecah je la. Nasib la...buat-buat aje la tak nampak siul.

Dalam pukul 5 lebih Silvana (juga 1 department dengan suami saya, Brazilian) dan family pulak sampai. Memandangkan yang lain tak sampai-sampai lagi, suami saya ajak Justin dan Silvana sekeluarga makan dulu. Menu di rumah kami: Nasi impit + soto ayam + kuah kacang + ketupat + serunding daging. Suami saya la duk ajar nasi impit nak makan dengan apa...ketupat nak makan dengan apa...soto ayam tu nak makan macam mana senyumkenyit. Yang kelakarnya, diorang ni habis makan sejenis juadah, diorang buang mangkuk/pinggan polisterin tu dan ambil yang baru untuk ambil juadah lain pulak sebab diorang tak nak rasa makanan tu bercampur. Punya la nak merasa betul-betul setiap hidangan tu sengihnampakgigi. Silvana la terutamanya sebab dia memang suka merasa makanan lebih-lebih lagi makanan tu semua dia tak pernah rasa.


Silvana sekeluarga dan Justin (di kanan sekali)



Alhamdulillah la diorang suka dengan makanan-makanan tu. Sebelum tu duk risau kalau diorang tak suka. Nanti kesian lak tak makan apa-apa. Lagipun takde 1 pun masakan yang pedas. Suami saya awal-awal lagi warning saya supaya jangan buat kuah kacang tu pedas, buat manis-manis...sambal kicap tu pun jangan buat pedas. Isy...apa la sedapnya kalau tak pedas...? Tapi nak buat macam mana...dah dapat suami yang tak makan pedas...terpaksa ikutkan juga la. Nak buat 2 versi (1 pedas, 1 tak pedas) tak rajin le pulak. Antonio (suami Silvana) suka sungguh kuah kacang. Agaknya sebab rasa manis kot padahal dia tak tahu kuah kacang yang saya buat tu terlebih serai sengihnampakgigi. Inilah untungnya kalau jamu pada orang yang tak pernah rasa masakan Malaysia...diorang tak tahu pun apa yang terlebih, apa yang terkurang...hehe.

Pukul 6 lebih baru la geng-geng Malaysia sampai. Mula-mula Suhaizi dan Bon sampai, lepas tu Muzammil, diikuti dengan Hafiz, Izza dan Iman...dan last sekali Sek Yee, Roz dan anaknya. Dah berkumpul ramai-ramai tu meriah jadinya. Kurang la sikit rasa rindu kat Malaysia. Lepas duk makan hidangan berat, diorang makan pulak kuih raya. Saya sempat buat 4 jenis: Butterscotch Chip Cookies (yang sebenarnya nak buat chocolate chip cookies tapi dah tersalah beli...ingatkan betul dah beli chocolate chip...rupanya butterscotch chip...tengah duk mengadun baru perasan tersalah...hentam je la guna butterscotch chip! jelir), Honey Cornflakes, Almond Lincoln (request daripada suami...ikutkan saya memang malas nak buat sebab nak buatnya leceh) dan mini popia. Dalam takde feel nak raya...4 jenis kuih buat...agaknya kalau ada feel raya mau sampai 10 jenis kot (haha...takde maknanya..! jelir). Oh...ada tambahan 1 lagi...Oreo Cheese Cake! Saya buat sikit je...dalam loyang 8 inci...tak sangka la pulak yang datang ke rumah kami semuanya peminat cheese cake (saya sorang je kot yang tak suka cheese cake)...memang tak cukup la.


Tetamu yang hadir di rumah kami





Inilah kuih raya saya...siap ada balang kuih raya lagi! Tak sangka pulak ada dijual di sini...saya pesan kat suami belikan bekas-bekas yang sesuai untuk hidang kuih raya...duk bayangkan tupperware je...sekali dapat balang kuih raya...sukanya...! sengihnampakgigi




Dalam pukul 8 malam baru la sorang-sorang beransur balik. Dan baru saya tersedar yang saya tak jamah apa-apa makanan sejak balik dari rumah Hafiz/Izza pagi tu. Tak tahu nak makan apa malam tu. Nak makan juadah raya tetap juga takde selera...end up saya makan bihun goreng yang Roz bawa untuk saya...itu pun tak habis padahal bukannya banyak pun! Entahlah...mungkin sebab rasa letih tak hilang lagi kot. Kalau letih-letih memang tak lalu nak makan. Malam tu suami saya yang duk kemas-kemas dan cuci pinggan mangkuk semua. Saya dah tak terdaya nak buat apa-apa dah...

Sehari tu je la kami merasa kemeriahan Aidilfitri. Kalau kat Malaysia, seminggu raya pun meriah lagi. Open house tak habis-habis selagi Syawal tak menutup tirainya. Tapi ok la tu...dapat juga la kami rasa suasana hari raya walaupun cuma sehari je...

Salam Aidilfitri 1430H

* Sticky post *
Please scroll down for the latest entry senyum


Kepada teman-teman semua...sudi-sudilah ambil kad raya dari kami sekeluarga kenyit





Bawah ni pula kad-kad yang saya terima. Thanks ya!